Showing posts with label woman. Show all posts
Showing posts with label woman. Show all posts

21 September 2012

dan disaat

dan disaat ku termimpi dirimu, aku sudah terfikir itu adalah mimpi
kerap kali mimpi itu hadir membuatkan daku terfikir tentang dirimu
mungkin ianya sekadar mimpi yang biasa-biasa sahaja
dan disaat kamu bertanya khabarku, aku menjawabnya dengan berlengah
seakan-akan aku malas untuk menjawabnya walaupun aku tertunggu
terkadang aku berfikir apakah perlu kamu tahu kesihatanku
sedangkan aku tidak lansung bertanya tentang khabar dirimu
dan disaat aku berada ditempat yang sama dengan dirimu
kamu sering sahaja tidak perasan akan kehadiranku
namun kamu selalu sering mengharapkan aku berada di tempat
yang sama dimana dirimu berada
dan disaat aku makan kau selalu harap aku makan apa yang kamu minati
sedangkan kamu sudah tahu yang citarasa kita sangat berbeza
dan disaat aku ingin memiliki sesuatu yang daku impikan 
kamu tidak mengiyakan yang itu adalah impian kamu juga
namun kamu nyatakan impian itu di laman sosialmu dan 
mungkin tidak terfikir yang aku dapat melihatnya
dan disaat ku bertanya kebenaran tentang keluargamu
kamu sering mengelak sedangkan aku sebenarnya sudah mengetahuinya
dan disaat kamu menawarkan sesuatu tentang hadiah 
aku anggap ianya hanya lakonan semata-mata darimu
dan disaat kau memuji ketinggian dan kekurusanku
kamu mengharap aku memuji dirimu juga,namun jangan haraplah

dan disaat tangkap gambar..hoyeah!

p/s :nukilan untuk menilai tahap bahasa melayu aku yg agak lemah ;p

22 February 2012

15 February 2012

jarum mas



ahaks.lihat, lihat and sila lihat.oh this my birthday present baru-baru ni.tapi dh sebulan lebih yang lalu hujung tahun tau bukan awal tahun.haha ok nak perasan muda sebab lahir akhir tahun.ibu yang bagi.btw sebelum ni tak pernah kenal aksesori girl tuk yang ni.tapi value dia agak tinggi.tengok je camtu harga hampir rm200.huh this one adalah gelang yang diperbuat dari batu jarum mas hitam.salah satu batu yang agak bernilai selain yang lain-lain.haha banyak sangat namanya susah nak sebut and taip.mesti ada yang tak pernah dengar kan.lau nak tau jenis-jenis batu ni lah yang dibanggakan cina.batu-batu ni bernilai tinggi sebab cantik and nampak neutral.memang semulajadi and tak semua orang leh nilai batu ni dilihat cantik or tak.tapi bagi orang cina memang bernilai.macam-macam jenis batu ada.lau nak kenal jenguk kedai kristal cina-cina kat mall mana-mana.actually lepas dapat gelang ni baru je tau pasal batu-batu ni.my mum memang minat sangat..he tapi for me paling minat jenis jarum mas ni.ada macam-macam warna tapi susah nak dapat.sebab rare harga dia leh cecah ribuan ringgit.huh semangat.baik beli emas kan..haha orang cina pakai sebab fikir batu ni ada kebaikan bagi kepercayaan diorang la.tak percaya tanya diorang..haha kita tak boleh percaya tau.nanti jadi khurafat batu.penah keluar sekali dokumentari tentang khurafat jenis ni kat oasis.he untuk suka-suka cantik-cantik ok je.he




yang ni jenis batu emetist.suka tengok sebab warna ungu.gelang batu ni memang cantik.haha


p/s:jiwa perempuan tak lari dengan benda-benda yang cantik;)

15 December 2011

mismatched

mata dah ngantuk ni tapi rasa nak membebel kejap sebelum tido.hee puas berjalan-jalan then makan-makan area Batu Pahat with my nenek.agak-agak siapa dapat teka diba pakai baju warna apa tadi?.he it's ok nanti diba update pasal jalan-jalan tadi.he bagi yang selalu hangout ke jalan-jalan mesti sampai satu tahap rasa 'erk..tak tau dah nak pakai baju apa kan..rasa semua baju dah biasa pakai,tapi baju banyak..huh nak termuntah dah almari dalam bilik tu kan2x??haa terasa gak macam tu sebenarnya,opss tapi tak banyak sangat kot baju;P

actually..memang baju kita banyak kan.lepas tu kita selalu dah set..baju ni pakai dengan seluar ni, ok tudung ni.biasa ikut tema warna betul x??haa tapi rasa tak salah kan sebenarnya kita pakai lain..tudung ni, baju tu..seluar  lain plak, maybe yang agak kontra warnanya.tapi orang nampak macam mismatced la..bagi yang yakin sebenarnya sepadan.he betul tak? kebanyakan orang takut or tak berani nak pakai dengan warna-warna kontra, contoh hijau biru, oren purple..tapi sekarang rasa macam dah trend kot.bagi diba.apapun semua bergantung pada keyakinan kita and kesesuaian badan kita.jangan takut kalau tudung kuning baju biru then seluar jeans and sneakers oren..fuhhh..mmg mantap..haa sebenarnya penah buat camtu..;P pastu ada orang tegur mismatched..haa maklumlah sneakers rata-rata warna yang oren, purple of coz la feberet, coklat and biru..


perasan tak kalau kita pakai macam ala-ala warna or style yang mismatched, mesti orang pandang.haha rare kot orang buat camtu.tapi persepsi orang kan dua-dua ada positif and negatif.he so apapun dalam berfesyen ni kena yakin baru penampilan tu menyerlah.kalau kat kaca tv selalunya pengacara-pengacara pakaian diorang bukan satu tema warna pun.tapi bila sesuatu tema warna dah dibiasakan orang tak nampak pelik pun.sekarang ni tema untuk perkahwinan pun tak macam dulu kan.kalau semua pink semua serba serbi pink.tapi sekarang tak..ada pink + grey..pink + blue..sebab ada yang mulakan so semuanya nampak ok,actually pada asalnya kira mismacthed.so tak perlu bila beli satu baju je terus nak beli tudung, kasut or seluar yang sama sepadan, tambah-tambah butang lagi brooch tu..haa memang penat lah..hand bag lagi..payahlah..hee btw jangan membazir jugak!he


p/s: orait sok nak drive bp to ks..so tidoww dulu.

29 September 2011

20 August 2011

cuci-cuci tandas

kebersihan tandas sangat penting!

sekarang ni mesti musim-musim nak bersihkan rumah,mengecat rumah dan menghias rumah.perkara biasa la bila aidilfitri nak datang.tapi dalam rumah sebenarnya apa yang paling penting ialah tandas.bukan masa raya je.hari-hari pun kena bersihkan.baru selesa nak membuangkan.he tapi masa aidilfitri nanti mesti bersih.yela mana tahu tetamu datang nak tumpang toilet.jauh-jauh beraya then makan and minum, banyak pergi beraya pun melepas.kadang-kadang kita boleh tengok ciri tuan rumah tu kalau tengok tandas dia.sebab hari-hari pergi tandas kan.mestilah nak bersih, cantik, wangi and mybe berkilat-kilat.haha

pemutih

ok rasa-rasa korang mesti penat kan kalau nak cuci-cuci tandas ni.masalahnya setakat nak cuci mangkuk tandas tak pe kot.aha kalau tandas tu besar sekali bilik air.dinding-dinding tu pun nak kena bersih.lantai lagi la.betul tak.selalu toilet guna marmar kan.biasa marmar cerah plak tu.sebab tu kena bersihkan selalu.cara bersihkan tandas selalu guna apa?sabun kan.lepas tu berus-berus kadang-kadang ada yang tak hilang betul tak.cuba korang nak jimat masa or tenaga try satu cara ni.selalunya kat rumah mesti ada 'clorox' kan..biasa diba panggil je camtu.bahasa biasa dia pemutih.kan kalau nak rendam baju putih or telekung ke mesti guna pemutih bagi dia hilang kotoran degil.apa kata korang guna gak untuk toilet and bilik air.lepas korang rasa dah berus then kotoran degil tak hilang.korang curah 'clorox' tu kat tempat-tempat yang sepatutnya.tinggal dalam 15 - 30 minit.then korang berus and bersihkan.insyaallah boleh bersih and berkilat.lagi-lagi yang marmar yang kale cerah.if korang ni jenis malas sangat nak berus-berus bersihkan toilet bolehlah guna 'clorox' .lepas curah bilas ckit je.he selamat mencuba ye('',)


p/s : 10 ramadhan yang terakhir.manfaatkan ~

04 August 2011

part 1: aktiviti lepas terawih

agak-agak terawih selalu habis pukul berapa?yang lapan rakaat je la..kalau 20 rakaat ada gak yang habis dekat pukul 12.Alhamdulillah memang bagus.Masjid area sini, lapan rakaat je, saf tinggal dua je.tapi nasib baik ada lagi, kalau tak sian pada pak imam.so kalau diba dalam area pukul 10 malam tu dah habis 8 rakaat and witir.so malam semalam saja la nak keluar jap, isi minyak la katakan.memang suka isi malam.sebab JIMAT!ahaa semata-mata keluar selalu nak isi minyak.sebab apa jimat?haa nanti la diba cerita bagi yang tak tahu.he

ha..semalam makan tak sempat snap.so grab pic ni dalam internet;)


haa..nak dijadikan cerita dah lama nak merasa kedai tutti fruti tu.mula-mula tahu memang tak nak la makan sebab kedai yogurt kan.memang xminat kot!hee tapi sebab ada ternampak gambar kat blog someone ni, tengok macam aiskrim je.muahaha itu rasa tetiba nak merasa gak.dari hari-hari lepas nak pergi tak sempat.tak sangka semalam dah pukul 10.30 malam tutti fruti area bangi ni menyala lagi lampunya and banyak kereta.apa lagi jom la serang sekejap.akhirnya dapatlah merasa benda alah tu.memang sedap and tak rasa la yogurt tu sebab rasa aiskrim.so yang tak berminat yogurt macam saya pun boleh telan.he apa yang beshnya semalam hari 1st ladies promotion.every tuesday je tau sepanjang bulan ramadhan 15%.kalau student 10%.diskaun tu pilih salah satu je la.he try la.terliur je puasa-puasa ni tengok gambar dalam blog orang..hee

p/s : flavour yang sedap baru ni rasa "death chocolate"

19 May 2011

slim jom!

  

p/s : layan tuk week ni..slim jom!



Photobucket

29 March 2011

botol susu anak





Ha..baru-baru ni..kerajaan sibuk mengingatkan kita mengenai botol susu baby ni..mana yang bahaya dan mana yang tak bahaya..maklumlah baby zaman sekarang semua minum susu dalam botol.Tapi apa yang penting kesihatan baby haruslah dijaga dan dipelihara.Bukan sahaja untuk bakal ibu atau ibu namun pihak umum juga harus mengetahui tentang jenis botol susu yang seharusnya sesuai digunakan.Tak digalakkan untuk membeli dan menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.


Terdapat kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER

Contoh :





Dalam hal ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free) mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
polypropylene (PP) antaranya barangan daripada jenama TUPPERWARE..terdapat juga produknya yang dikeluarkan untuk set botol susu bayi.Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan pada diba..hee promot plak..katalog next entry..

p/s: nak jadi ahli TUPPERWARE...dialu-alukan..!hee
Photobucket

24 January 2011

froggie menjaga kakiku

ahaa...disebabkan nasihat ibu yang suruh jaga kaki.so beli lah selipar ni pakai dalam rumah..biasa kalau kat rumah family pijak atas karpet..tapi duduk rumah sewa ni..karpet tak lah sepenuhnya..hee itu pun dah bawak tikar dari rumah.maklumlah risau ibu kat rumah tu anaknya duduk atas mar mar yang sejuk..memang sejuk sangat bila malam.tambah-tambah sekarang pun musim hujan..



menurut info kesihatan dari sri kasih.com terdapat beberapa cara penjagaan kaki yang baik :


* Sentiasa memakai sandal apabila ke kolam renang.

* Jangan ke mana-mana dengan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah.

* Jangan biarkan kaki anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas atau terlalu
sejuk.

* Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran
darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan
kaki anda.

* Jika kaki anda luka atau melecet, bersihkan luka tersebut dengan serta-merta
menggunakan salina. Sapukan krim antiseptik dan balut bahagian tersebut
dengan pembalut steril. Terus membalutnya sehingga luka tersebut sembuh.
Dapatkan rawatan perubatan jika luka berkenaan tidak menunjukkan
tanda-tanda sembuh selepas dua hari.


p/s: nak lawa and sihat kenalah jaga kaki kita;D


Photobucket

14 November 2010

kekasih suami orang


kekasihmu suami orang ?
kekasih dia suami orang ?
kekasihnya suami orang ?

adakah pertanyaan ini dalam nada terkejut atau sekadar biasa sahaja..bergantung keadaan sekarang samada kita selalu mendengar kisah seperti ini atau tidak..setujukah jika kekasih kawan kamu suami orang?faham kan kalau jodoh memang tak boleh nak kata apa..tapi biarlah pada tempat yang betul..fikir lah secara rasional..kita ingin bahagia dalam perkahwinan tapi kenapa pula perkahwinan kita menyebabkan kesengsaraan orang lain..percaya benar ke pada suami orang yang mencintai perempuan lain itu..

berikut sebab tidak digalakkan bercinta dengan suami orang:

SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan m

sumber: Cari.com.my Forum

p/s : pada yang belum berkawhin..berhati-hati dalam memilih pasangan..(me too;)



01 November 2010

rizom nelumbo nucifera


♬ Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah ♬

pernah dengar tak lagu ni..cuba ingat siapa yang nyanyikan..ehee tajuk lagu ni TERATAI..
just sebagai set induksi pada hari ini ye~~

Teratai / Nelumbo nucifera / Lotus / indian lotus, sacred lotus / bean of India / pokok lili air

hari ni rasa nak tulis pasal pokok teratai sebab teringat kat masakan ibu yang pernah memasukkan rizom teratai sebagai salah satu sayuran dalam masakan.gaya macam budak sains sangat plak.rizom ni juga dikatakan sebagai ubi teratai.pelbagai jenis lagi bahagian pada pokok teratai ini boleh dimasak dan berkhasiat.

sayur campur masakan ibu,yang berlubang itulah rizom teratai

namun pada bahagian rizomnya ini adalah lebih berkhasiat berbanding bahagian yang lain.Menurut buku Vegetables for Health and Health, rizom segar lotus mengandungi 80 hingga 85% air, 10 hingga 12% karbohidrat, 2 hingga 3% protein, 0.5 hingga 1% fiber, asid askorbik, riboflavin, kalsium dan thiamine.

rizom /ubi teratai

Walaupun teratai dikatakan berasal sama ada dari Timur Tengah atau India, yang jelas, kebaikan teratai menyebabkan populariti tumbuhan akuatik itu tersebar ke seluruh dunia. Orang Jepun dan Cina antara yang sudah sekian lama mengeksploitasi nikmat kesihatan teratai.Dalam buku Vegetables for Health and Health juga menyatakan, daun teratai baik untuk merawat cirit-birit, pening dan demam manakala bunga teratai baik untuk merawat pendarahan dan impetigo (jangkitan kulit kerana bakteria). Tidak kurang menariknya bunga teratai juga didakwa baik untuk kaum lelaki kerana ia merawat ejakulasi pramatang.

potongan ubi teratai

Sementara itu, antara khasiat yang diberikan rizom teratai kepada tubuh termasuklah pendarahan usus, kolera, cirit birit, pendarahan hidung dan demam. Kemampuan teratai merawat beberapa penyakit itu dikaitakan dengan fungsinya yang menghilangkan panas dalam tubuh.

Salah satu kegunaan biji dan rizom teratai ini ialah menghilangkan panas dalam tubuh. Tetapi pengambilannya tidaklah boleh terlalu berlebihan kerana ia tinggi dengan protein.


fakta teratai diambil dari sihatselalu.com

p/s: rasa dia ala-ala sengkuang juga..nak rasa masaklah sendiri('',)

21 October 2010

Rianti Cartwright murtad??


agak-agak korang ingat tak gambar kat atas ni berkaitan dengan apa??? tak ingat pun tak apa lah...diba jawab je..haha dulu kita pernah dihujani dengan fenomena Ayat-ayat cinta iaitu sebuah filem cinta yang dikatakan Islamic daripada Indonesia..berdasarkan adaptasi novel oleh penulis terkenal Habiburrahman El-Shirazi..Pelakon utama dalam filem ini seperti mana di dalam gambar diatas iaitu Rianti Rhiannon Cartwright yang memegang watak Aisha isteri kepada Fahri dikatakan telah keluar daripada Islam dengan kata nama lain murtad..ketika berita ini disiarkan terdapat lagi 2 orang pelakon Indonesia yang turut murtad..maklumat lanjut disini..

Rianti Cartwright merupakan pelakon terkenal di Indonesia yang juga banyak berlakon di dalam sinetron yang berkonsepkan Islamic seperti Munajah Cinta yang seingat diba pernah ditayangkan di TV9..pelakon ini dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas..Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.Rianti juga dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

p/s: now Ayat-Ayat Cinta dah habis musim..beralih arah ke Ketika Cinta Bertasbih


12 October 2010

botol plastik


aish..malas nak cakap ngan fenomena sekarang..kalau pegi shopping hari ahad or sabtu.. plastik bag mesti tak dapat..so terpaksa beli..tak pasal2 membazir..kononnya nak kurangkan plastik tapi botol air tu melambak2 yang botol plastik...susah nak nampak botol air mineral yang botol kaca ke botol besi..lau botol sos and kicap tu berlambak la..tu pun ada juga yang botol plastik..

kenapa??botol plastik tak pecah kan..senang nak bawa..murah..tu yang disukai ramai..kaca memang payah..tapi kalau nak banding ngan kesihatan kita sebagai manusia mana lebih diutamakan..kadang-kadang kita tak sedar semua tu kan..nak buat camne..lau diba pun yang penting murah...tapi lau nak tengok kat rumah nenek diba..semua botol air...botol kaca..orang2 tua pun still jaga kesihatan..walaupun nampak benda remeh...tapi kita yang muda2 ni..buat tak kisah kan..ni satu aspek kesihatan yang kita kurang jaga..padahal banyak lagi aspek kesihatan yang kita tak jaga...


Peringatan Utk Wanita:

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

kalau ikutkan..air2 panas atau benda2 panas yang diletakkan dalam bekas yang diperbuat daripada bahayalah..Ini baru salah satu bahayanya botol plastik pada manusia..padahal banyak lagi boleh dikupas melalui jenis2 plastik yang berbeza dalam pembuatan botol air..

p/s: botol kaca dan botol besi tahan karat adalah lebih baik


07 October 2010

bahaya panadol

angkat tangan sapa tak pernah makan panadol??ahaks

4 oktober 2010

pagi : menghadapi manusia melepaskan marah dekat setengah jam jugalah kat tapak perhimpunan.then baru dimulakan nyanyian lagu..time tu hanya Allah yang tahu pening nya kepala ni dan sakitnya perut..mybe ada effect lepas tengok orang marah2..ish2..
terpaksa lah balik bilik tidur.sempat gak beli panadol kat koperasi sebab tak tahan sangat..balik2 tengok panadol extend yang tuk sendi2 tu..tak jadi la nak telan panadol tahan je la sakit2 tu.

petang: around hari 2..tdo je..bangun juga la then tdo ag sampai petang si fulanah ni ajak teman buka pose

si fulanah : weh..ko cmne ok dh pening kepala ngan sakit perut ko??

diba : ok gak lah..tapi td tak dapat nak telan panadol coz tersalah beli..aku nak panadol activefast..hoo feberet dh cepat rase lega..he

si fulanah : weh..pakwe aku kata, tak elok ah panadol tu..ada effect kat buah pinggang..cmne ntah tapi yang penting menganggu proses buah pinggang and mengambil masa untuk pulih balik dalam badan kita

diba : ko siyes ke??ak memang selalu je lau penin kepala and sakit perut, demam telan panadol..lau camtu ak takut gak..sekarang dah ah senang je aku tengok orang sakit buah pinggang


so after ni diba try tuk kurangkan and the best tak payah ambil panadol..muda ag plak tu..hari tua kang bahaya..ada kisah ni diba share kan tuk semua pembaca blog ini bagi sesiapa yang belum tahu secara terperinci...ianya merupakan kenyataan yang benar..

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


p/s: so sekarang kita perlu berjaga2 terutamnya kepada wanita..


17 April 2010

rose di pagi hari


kau mawarku...shuaaaaa
suci murni..gadis yang ku rindu...lalalala~~

aha..ingatkah anda dengan lagu itu...tak tahu sudah..tak penting pun..disini bukanlah nak berjiwang2 ngan lagu tu...saja sebagai set induksi...huahua..;) actually semalam adalah hari last diba berada disekolah ngan murid2...sedih gak rasa nak tinggal murid2 yang banyak bagi kenangan and pengalaman,.so selepas ini bermulalah kehidupan seperti dulu di maktab..

pagi jumaat semalam..dengan perasaan rileks datang ke sekolah membawa hadiah yang bermacam2 untuk sekolah, guru pembimbing and student...ahaa datang tuk hari last..melepaskan pintu gerbang maktab yang rasminya dibuka pada pagi tersebut jam 7.15..ehee jem traffic light depan maktab kesimpulannya dari maktab jam 7.20 pagi...itulah tolak tambah lebih kurang waktu kebiasaaan diriku ke sekolah..ianya mengambil masa sepuluh minit dan sampailah jam 7.30...

nak dijadikan cerita pagi tu datang sekolah tengok2 bilik guru kosong ngan kipas and lampu padam..aik pelik gak dalam hati..kenapa ni...huu so kaki ni bergerak ke tapak perhimpunan setiap pagi...tak wajib pun tapi rasa nak tengok muka2 murid sek Jenderam Hilir buat kali terakhir la tuk hari tu..he on da way nak jalan ke sana..rupa2 nya sume cikgu mesyuarat kecuali kami guru praktikum and makcik kantin...ngeee;)

tengok plak student di tapak perhimpunan mula beransur ke kelas...al maklumlah semua kelas pagi tu tiada guru...semua ke meeting..so tercegat lah diba duk menengok kerenah murid2 tu kat tengah2 dataran perhimpuanan...macam2 kerenah ada yang lompat2 depan kelas..berlari2 di padang...biasalah camtu gak la diba kat sekolah time tiada guru..heee

so duk berdiri tercegat kat tengah2 dataran tu..datang lah seorang murid memberi sekumtum bunga..ahaaa cantik2 rose berwarna merah...after that ramai plak yang datang bawa hadiah..ahaa terkejut sangat...tambah plak dengan kata2 diorang "ustazah ni buat kenangan..jangan lupa kami ye" huhu..sonok tengok diorang ada rasa sifat menghargai..bermula sekuntum bunga tu la..hadiah and bunga2 diterima..rasa macam kelakar pun ada...haha diba gtau diorang pun "ustzah pun ada hadiah gak tau tuk awak"..aha,,..so masa tu naik la bilik guru nak pergi bagi hadiah tuk student2 diba ngaja sementara cikgu meeting..ahaa..pas ambil hadiah tuk student tu..rupanya semua guru dan student berkumpul di dataran dah...Majlis tuk perpisahan kami tuk guru praktikum...ahaa dengan guru2 and murid2...paling letih duk bersalaman ngan student satu sekolah..huh...tapi time tu lah best..time bagi nasihat and bermaafan..kita sebagai guru pun manusia gak kan..ada punya lah salah silap..hee

alhamdulilah..perasaan lega dan seronok bila dapat bersama warga Sek Keb Jenderam Hilir..memang rase rileks and dapat input yang banyak...maceh tuk semua warga Sek Keb Jenderam Hilir.Sepang, Selangor...i'm so happy with YOU all;)




12 November 2009

sampai disini..

Ya Allah aku berserah padamu..

huh.. tak larat dah nak fikir pasal satu benda ni...rasa dh buat apa yang patut dan terbaik...lau difikir-fikir memang tak larat..buat tak tau je lah...aku sayang dirimu..namun hanya berdoa semoga dirimu akan sedar~~





p/s: hanya luahan semata..huhu

30 June 2009

*tak tahu*


kalaulah kau tahu
sesuatu yang kau tak tahu
pada awalnya, pasti
mindamu kan terbelenggu
dengan perkara yang ku tahu..

kalaulah aku tahu
sesuatu yang tidak kau tahu
tentunya
aku takkan keliru
bilamana kau lantang memberitahu..

kalaulah mereka tahu
sesuatu yang tidak kau tahu
aku yakin itu
kau kan terus memburuku
memaksa aku mengatakan itu
yang aku rahsiakan dari kamu..

kalaulah kita sama-sama tahu
apa yang kita mahu
pastinya..
takkan wujud sesuatu yang tidak kau tahu..



p/s: tapi setelah kita saling memberitahu tiada apa yang kita tidak tahu

02 June 2009

wanita equal to epal

gambar ini adalah hiasan semata-mata


Wanita ibarat epal..epal yang berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah.tapi epal yang berkualiti tidak mampu diambil kerana ia berada dipuncak.susah dipetik dan susah juga digapai.terkadang epal itu risau kenapa diriku belum dipetik?lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya.hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.mungkin bukan didunia tetapi diakhirat..

"seindah hiasan adalah wanita solehah yang mendambakan kasih"

p/s : untuk renungan bersama.semoga menjadi inspirasi dijiwa

14 May 2009

u never ever forget..

wah..baru-baru ni Hari Ibu kan..semua orang sibuk wish kat mama@ibu@ummi masing-masing kan.baguslah sekurang-kurang nya ada hari yang dapat mengingati jasa ibu ini..walaupun tak dapat jumpa ibu time hari tu..cume dapat wish pun ok..masa tu pun ibu saya pergi jumpe ibunya(nenek saya) di kampung..maklumlah tak hari-hari jumpa kn..huhu apa pun walaupun dah lepas beberapa hari lalu Hari Ibu ni..sentiasa ingat akan jasa dan pengorbanan ibu dalam mencorakkan dan mendidik kita sehingga dewasa.walaupun kejauhan berdoa lah sentiasa beliau dalam rahmat dan redha Allah subhanawataala.anggaplah bila-bila masa adalah Hari Ibu dan sentiasa lah mengingati beliau.

bagi saya apa yang paling berharga dalam hidup ini..adalah belaian dan kasih sayang ibu..tidak dapat diberi oleh orang lain yang menyamai beliau sejak dari lahir diriku diatas muka bumi Allah ini..teringat diriku pada lagu yang diperkenalkan sewaktu saya berada di sekolah menengah


Belaian Ibu

Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu



U never EVER forget my mum...

She’s kind of perfect
She’s kind of everything I’m not
Yeah, she’s an angel
And it’s amazing how she’s patient
Even more at times I’m not
She’s my conscience
And who decided I’d be hers
I wanna hate them
Cos I can’t live without her


p/s: nak exam ni..minta doa dari ibu ye...may Allah bless our mum