16 July 2009

warna yg penting~



saje-saje ni dah lama tak update blog..tetibe bukak rasa bosan ngan header yang lama so tukar la yang baru ni..hehe dh kecik kan ckit saiz..huhu yang penting ada kale pepel mesti nyr nak ada unsur pepel,violet ke or adik bradik kale tu lah..eceh..tak tau lah ok sangat ke tak asal sedap mata memandang dh la..hehehe

p/s: nak komen tak kisah pun..tak marah pun..haha

10 July 2009

kadang-kadang


kadang-kadang
rasa selesa, kadang-kadang tak selesa sangat


kadang-kadang
sejuk sangat, kadang-kadang rasa biasa je

kadang-kadang
malu, kadang-kadang rasa tak malu sangat

kadang-kadang terfikir nak buat camne ni, kadang-kadang rasa tak payah fikir

kadang-kadang
rasa susah nya, kadang-kadang rasa senang sangat


wah..sume nyr kadang-kadang..hee mungkin seseorang akan merasa camni bila tangannya jenis yang sering basah or berpeluh..mestilah tak selesa, rasa nak lap sentiasa bila nak menulis, menaip or pape je lah.bila tangan dah selalu basah ni..pantang jumpa econ..sejuk macam manusia berdarah sejuk plak..opss..manusia sume berdarah panas hee.nak salam or berjabat tangan ngan orang lain malu gak..mesti kena tegur 'sejuknya tangan awak' / 'tangan awak basah ye?'.sinonim lah dengan seseorang yang jenis tangan berpeluh ni.tipu lah kalau tak pernah terfikir rasa camne nak buat..biasala tu..tapi susahnya kalau nak detect cap jari via computer kat bank ke kat mana-mana tempat rasmi...nak kena try beberapa kali..huh tapi paling senang nak buat cap jari sebab cepat lekat dakwat hitam kat tangan yang basah..hee Penyakit ke tangan berpeluh ni???nway mmg penyakit pun, tapi tak merbahaya dan seseorang yang mengalaminya tidak perlu risau sangat.

Info daripada Pakar Perunding Bedah Am,Vaskular & Endovaskular, Hospital Pakar Regency, Masai, Johor

Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.
Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.

Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 - 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.


p/s: apapun bersyukur ke hadrat ilahi,sume yang berlaku dalam kehidupan seharian kita ada kebaikan dan kelebihannya~;D

02 July 2009

ingat dalam berleka

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawab Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri."

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.

Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......! !!!

#Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
#Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Dipetik dariapada ruangan Kamar Sepi