22 February 2012

15 February 2012

jarum mas



ahaks.lihat, lihat and sila lihat.oh this my birthday present baru-baru ni.tapi dh sebulan lebih yang lalu hujung tahun tau bukan awal tahun.haha ok nak perasan muda sebab lahir akhir tahun.ibu yang bagi.btw sebelum ni tak pernah kenal aksesori girl tuk yang ni.tapi value dia agak tinggi.tengok je camtu harga hampir rm200.huh this one adalah gelang yang diperbuat dari batu jarum mas hitam.salah satu batu yang agak bernilai selain yang lain-lain.haha banyak sangat namanya susah nak sebut and taip.mesti ada yang tak pernah dengar kan.lau nak tau jenis-jenis batu ni lah yang dibanggakan cina.batu-batu ni bernilai tinggi sebab cantik and nampak neutral.memang semulajadi and tak semua orang leh nilai batu ni dilihat cantik or tak.tapi bagi orang cina memang bernilai.macam-macam jenis batu ada.lau nak kenal jenguk kedai kristal cina-cina kat mall mana-mana.actually lepas dapat gelang ni baru je tau pasal batu-batu ni.my mum memang minat sangat..he tapi for me paling minat jenis jarum mas ni.ada macam-macam warna tapi susah nak dapat.sebab rare harga dia leh cecah ribuan ringgit.huh semangat.baik beli emas kan..haha orang cina pakai sebab fikir batu ni ada kebaikan bagi kepercayaan diorang la.tak percaya tanya diorang..haha kita tak boleh percaya tau.nanti jadi khurafat batu.penah keluar sekali dokumentari tentang khurafat jenis ni kat oasis.he untuk suka-suka cantik-cantik ok je.he




yang ni jenis batu emetist.suka tengok sebab warna ungu.gelang batu ni memang cantik.haha


p/s:jiwa perempuan tak lari dengan benda-benda yang cantik;)

10 February 2012

guru itu aku


tak pernah terfikir dari kecil untuk aku jadi cikgu dan bukan dalam senarai cita-citaku.segalanya ditentukan Allah.DIA yang Maha Mengetahui terbaik untuk hambanya.Kini aku berada di alam pekerjaan yang sangat baru bagiku.Dunia kian berubah serta merta yang tidak dapat digambarkan.Apa yang pasti tanggungjawab semakin besar dan serius.Huh..rasa muda lagi tapi bukannya belasan tahun ,dalam masa kurang 10 bulan umur akan mencapai 24 tahun.woww..itulah hakikat yang semakin banyak bilangannya namun tempoh hayat semakin pendek.Nway aku bersyukur dengan kehidupanku sekarang yang bergelar guru baru beberapa minggu.Biarpun di tengah bandar, harap aku mampu untuk menghadapi cabaran dan pengalaman yang memberi makna terbesar dalam hidup ini.Yup! duniaku hanya di Selangor, sedikit pun tidak keluar dari negeri ini.Biarpun darah yang mengalir adalah campuran Selangor dan Johor, oppss Singapore kot..huu Dari lahir hingga ke hari ini.Kehidupanku di Selangor.Kini di Shah Alam untuk menjadi penyampai ilmu kepada warga SK Seksyen 7, Shah Alam.Aku akan cuba menjadi guru yang terbaik semampu yang mungkin.Apa yang terbaik dalam kehidupanku adalah dapat menggembirakan semua insan tersayang yang berada disekelilingku.Doakan yang terbaik untuk diriku di SK Seksyen 7.I'm teacher now!


p/s: 1st tyme tulis entry rasa macam dah matang kit..haha

09 February 2012

# 5 Spontaneous Thursday


oh..entry 1st for this year..