Showing posts with label kaki jalan. Show all posts
Showing posts with label kaki jalan. Show all posts

04 October 2012

seni lompatan

last week sangat happy join vacation dengan family office ayah.PKD Kuala Selangor.even sebelum ni dah selalu pergi Pangkor, tapi trip kali ni sangat berlainan.semua benda dapat try and buat.so ini sebahagian keseronokan di sana ditonjolkan dengan pelbagai aksi lompatan! haha 


up up and up : akmal


on water with my mother


geng blogger shirt :p


siapa tinggi?ha


nice sangat lompatan ayahku


assume depan tu kolam renang


hoyeahhh!


happy family: )

p/s : free vacation taww,gambar lagi next entry! ('', )

19 September 2012

the icon is back



hasrat tahun lepas tak kesampaian,so tahun ni dapat jugak pergi autoshow vw.even kene booking awal tapi berbaloi sangat-sangat.tak macam tahun lepas open je,tak silap kat bukit jalil.wahh..nice and superb la autoshow vw tahun ni.bila kawan-kawan tanya aku, eh ada lagi tak autoshow vw ni?ahaa memang tak la.aku pun book tiket tu 4 hari sebelum tarikh kejadian.kali ni punya show vw tampilkan version baru punya kereta yang dulu-dulu tu kan.korang biasa-biasa panggil kereta kodok kan,so tukar kereta kumbang sekarang..so banyak la bunga yang minat model ni nanti termasuklah aku..eceh, impian tu..honda jazz pun kalah kot.kereta impian bertahun-tahun.hee


yang sangat menarik masa ni,ialah ada satu booth tuk shoot dalam kereta vw.gaya macam kereta tu kita punya la.kelakar tengok gelagat orang buat macam-macam gaya.siyes dalam sesi yang aku pergi tu sabtu malam ahad.8.00 - 9.30 ,malam.orang melayu boleh kira kot dengan jari apatah lagi orang yang bertudung.ada seorang tu makcik, siap pakai baju kurung lagi mybe orang penang kot sebab muka dia mamak-mamak giteww.tak pasti la mungkin ramai yang tak tahu pasal show ni.


the icon is back kira tema untuk show 2012.siap ada lagu tema agak suspen jugak.tu yang menarik tau.ok nak tengok koleksi gambar The Bettele lebih banyak lagi ----> the icon is back



boleh layan video bawah ni.

13 August 2011

hot peri-peri

tak ada gosip panas or meletup disini.tapi rasakan sendiri jika ingin meletup-letupkan organ dalaman anda apabila mendapatkan hot peri-peri or more lagi extra hot peri-peri.ahaks apa lah yang aku sebenarnya merepek-repek kan pasal hot peri-peri.kalau korang nak tahu ni adalah sos.puas hati la lau pekena sos ni..haha tambah-tambah ambil set yang hot spicy tuk food yang nak makan tu.mana korang nak dapat benda ni.ada je jual kat kedai.kalau tak pergi je makan kat nando's.tu la yang aku nak cerita ni.berbuka puasa di nando's with my ayahanda and bonda.thank you so much ek.luangkan masa untuk anakanda..hahaha

last-last ayahanda makan ngan sos tomato..manis je;)


since aku pernah makan nando's selama ni.aku tak pernah tempah makanan.memang orang lain yang tempah.aku  tahu makan je.haha memang benda paling menarik sos dialah.memang suka.bak kata bonda ' eh..tak pedas ke??pergh cool gila ' haha.orang jawa kan.kalau makan tak pedas rasa tak sah kot.haa even aku ni suka makan makanan atau lauk yang kale dia jarang-jarang or pudar.senang kata macam masak sup ke tomyam ke 'lauk bening' ke.tapi mesti pedas.tak tahan pedas tu memang tapi rasa puas hati makan.tak percaya tanya sume orang jawa camne kalau dia makan.haaa tapi memang cian kat ayahanda semalam.merah-merah berair dah mata.itulah jangan berani-berani lagi tempah yang hot.tambah plak sos dia pun memang hot.ahaa.memang meletup-letup rasa perut kat dalam tu.he hopefully pasni boleh terima ye if bonda and anakanda nak makan kat 'chilis' yang ramai sangat orang tu..muahahaha silap-silap ayahanda minum air je kang.apapun berbuka puasa yang sangat menarik dan manis.('',)


p/s:apa pun makan buka puasa jangan sampai tak ingat dunia ek~

12 August 2011

shopping ramadhan

shopping barangan raya jom!
haa..ni untuk peminat-peminat tupperware.1st time kot karnival ni!
 
memenuhi masa wekend yang kedua dalam bulan ramadhan tahun ini.jangan lepaskan peluang shopping.ehe kat mana-mana pun ramai orang kan.so berhati-hatilah di jalan raya.amalan sunat dalam bulan ramadhan pun jangan ditinggalkan, lagi-lagi solat terawih.bershopping, shopping gak.ramadhan hanya sekali setahun.rebutlah peluang sebaiknya dan termampu.jangan membazir.sentiasa tingkatkan amalan-amalan yang baik,('',)


credit to xoxo Illy Muzliza Brotherhood Arts untuk doodle ramadhan yang sangat cute!


p/s: 10 ramadhan yang kedua adalah keampunan..mohon doa banyak2 ('',)

04 August 2011

part 1: aktiviti lepas terawih

agak-agak terawih selalu habis pukul berapa?yang lapan rakaat je la..kalau 20 rakaat ada gak yang habis dekat pukul 12.Alhamdulillah memang bagus.Masjid area sini, lapan rakaat je, saf tinggal dua je.tapi nasib baik ada lagi, kalau tak sian pada pak imam.so kalau diba dalam area pukul 10 malam tu dah habis 8 rakaat and witir.so malam semalam saja la nak keluar jap, isi minyak la katakan.memang suka isi malam.sebab JIMAT!ahaa semata-mata keluar selalu nak isi minyak.sebab apa jimat?haa nanti la diba cerita bagi yang tak tahu.he

ha..semalam makan tak sempat snap.so grab pic ni dalam internet;)


haa..nak dijadikan cerita dah lama nak merasa kedai tutti fruti tu.mula-mula tahu memang tak nak la makan sebab kedai yogurt kan.memang xminat kot!hee tapi sebab ada ternampak gambar kat blog someone ni, tengok macam aiskrim je.muahaha itu rasa tetiba nak merasa gak.dari hari-hari lepas nak pergi tak sempat.tak sangka semalam dah pukul 10.30 malam tutti fruti area bangi ni menyala lagi lampunya and banyak kereta.apa lagi jom la serang sekejap.akhirnya dapatlah merasa benda alah tu.memang sedap and tak rasa la yogurt tu sebab rasa aiskrim.so yang tak berminat yogurt macam saya pun boleh telan.he apa yang beshnya semalam hari 1st ladies promotion.every tuesday je tau sepanjang bulan ramadhan 15%.kalau student 10%.diskaun tu pilih salah satu je la.he try la.terliur je puasa-puasa ni tengok gambar dalam blog orang..hee

p/s : flavour yang sedap baru ni rasa "death chocolate"

10 May 2011

cchop time!

sampai dah masa bila kuliah pun ulangkaji..otak rileks-rileks..mata pun rasa nak tidur..kaki nak jalan-jalan.hee tapi budget dalam poket kedekut-kedekut je..bila malam nak dinner apa..semua pening pale..masak kang asyik-asyik benda yang sama..siang pun makan kat cafe benda yang sama..betul tak..haa so semalam merasa western food..takkan nak layan fast food je..tak elok kan..apa lagi cecuba kedai yang belum rasa iaitu AUSTIN..area seksyen 7 Bangi..lama juga la lepak disini sebab persekitaran yang nyaman dengan lampu yang malap-malap..cuma tv je tak ada..actuallu kedai ni bertemakan cowboy-cowboy gitu..he



my housemate


cik lyana merasa kesedapannya


suasana dalam restoran AUSTIN






aduss...pipiku 


p/s : cubalah makan kat cni..besh gak..shedap;)











Photobucket

18 January 2011

review filem khurafat


sebuah filem arahan Syamsul Yusof dibawah Skop Production dilihat sangat membanggakan apabila jumlah kutipan sehingga Ahad lepas mencecah 2.5 juta selepas ditayangkan bermula 13 Jan yang lepas.ianya membuka tirai 2011 yang sangat baik apabila filem ini dilihat berjaya sekalipun pengarahnya buat kali pertama mengarah filem bergenre seram ini..so diba juga tak ketinggalan menonton filem ini..cadangan pada mulanya ingin menonton filem Hollywood 'Faster' pada Jumaat lepas..kononnya menganggap filem Melayu tak best..tapi ok lah..sebab my adik yang suggest menukar cadangan tengok filem ni..nampaknya tak rugi..filem khurafat ini dilihat banyak pengajaran dan lakonannya boleh dianggap real..huu

sedikit review daripada pandangan saya :

lakonan liyana jasmay dan sabrina ali sangat menaikkan watak johan yang dilakukan oleh syamsul

hantu dalam cerita ni boleh dikatakan menjadi dan muncul secara mengejut..itu yang ramai nak tengok..kira lakonan hantu menjadi..he ala-ala ju-on pun ada..itu yang bagi ibu mengandung and orang sakit jantung jangan tengok tau!he

since hantu tak apa lagi kot..paling rasa tak boleh tengok bila sabrina ali yang memegang watak anna bekas kekasih johan membunuh diri..hirisan pisau pada tangan dan cucukan pisau pada paha...huish..dahsyat..tak boleh tahan tengok since tu..

then since kereta mayat jatuh tu..memang cantik dan real..ha

setakat ni dengar feedback filem ni sangat baik la..thumbs up for syamsul yusof..sesiapa yang masih belum or pening-pening lagi nak merancang filem hendak ditonton..pilihlah khurafat-perjanjian syaitan...bagi yang dah tengok apa komen korang plak??

p/s: bagi peminat genre seram jangan tak tengok ye;)




Photobucket

08 January 2011

22 or 23

tahun baru, azam baru, semester baru dan juga umur baru..

22 or 23 ye umur diba tahun ni.. nak 22 lah..hee perlu lah 22 tahun sebab baru je lepas tarikh birthday..hee ala..hendak muda sangat pn tak boleh memang telah ditentukan yang umur kita makin meningkat..tetapi sebenarnya kan tempoh kehidupan kita semakin berkurang..kan3x kenapa gembira pada tarikh birthday??sebab dapat kek??or hadiah?? sebenarnya jika kita sedih pada tarikh birthday berkemungkinan juga kerana mengingatkan tempoh kita hidup semakin singkat..dan berfikir sudah bersedia ke untuk kemungkinan akan datang tambah-tambah pula di saat kematian atau hari kiamat.

malam ulang tahun kelahiran 22 tahun('',)


kegembiraan dan keseronokan pada hari ulang tahun menunjukkan kebahagiaan di dalam sebuah keluarga yang terbina..ibu dan ayah selamat membesarkan kita pada usia yang dicapai..kesyukuran dipanjatkan pada Allah..semoga dengan bertambah usia kita akan sentiasa menambahkan kesyukuran dan ketaatan pada yang esa..sebab semua yang berlaku di dunia ini adalah ketetapan Allah.rasa nak perasan muda gak la sebab lahir dekat-dekat akhir tahun..hee terima kasih semua yang mendoakan dan membuatkan diriku bahagia sehingga hari ini...buat blogger-blogger dan follower tersayang juga..teruskan berblogging...keep it up!

p/s: hepi new year to all blogger('',)


Photobucket

14 December 2010

1 virus seringgit


1 virus seringgit


korang rasa kat mana nak jumpa virus semurah ini..hee virus ni bukan stakat ada kat sesetengah tempat tapi semua tempat yang ada komputer..actually ini hendak menceritakan pasal virus komputer..paling senang nak dapat virus ni kalau kita pergi cyber cafe or kedai komputer untuk printing..betul tak??ehee..


hendak dijadikan cerita..bulan lepas diba ada lah sedikit urusan kerajaan di shah alam..eceh..masa ni memang urgent sangat nak print surat rasmi...tak sempat nak print kat rumah..cari punya cari kedai jumpa satu kedai gambar..kat tempat tu bagi print tapi die kata kalau pendrive ada virus kena cas..huh.. diba dengar macam pelik je..tapi ibu nak juga print kat kedai tu..nasib baik tak ada virus...actually harga satu virus yang muncul seringgit...hee


tak kisah lah..nak cas tu... 2 3 hari tengok pendrive tu...document yang di print kat kedai tu..dah terdelete..memang kedai tu lah..sebab last guna pendrive masa print tu..aish geram juga..maklumlah surat rasmi tu untuk urusan kerajaan..boleh kata antara hidup dan mati kot..betapa pentingnya..tapi bukan diba punya...my mum punya....hee


p/s : lain kedai lain style..macam2 kan..hee





Photobucket

13 December 2010

12/12

pinky theme...gambar dari FB..hee

12 disember 2010

dua tahun berturut since tahun lepas diba tiada dirumah pada tarikh 12/12..maklumlah tarikh cantik untuk wedding kan..tahun lepas di besut, terengganu dan tahun ni diba ke ipoh, perak untuk perkahwinan rakan sekelas syakira dan pasangannya muhammad yang juga rakan semaktab diba..aha..tahun depan tak tahu plak kat mane..hee wait and see....

tahniah untuk kamu berdua ('',)'',) semoga berbahgia ke akhir hayat~



salah satu gambar dari cameraman




p/s : kebahagiaan dalam pertemuan bila ramai member-member datang('',)



Photobucket

10 December 2010

maha 2010


sempena cuti sekolah ni sempat juga pergi ke pameran-pameran..maklumlah bosan-bosan boleh juga cuci mata..

pameran MAHA yang diketahui ramai telah pun tamat..macam2 yang boleh kita dapat dari pameran tu..kalau nak tengok satu-satu, satu hari pun tak habis..buah-buahan, sayur-sayuran semuanya murah..

ada cadangan PM bahawa tapak pameran MAHA ni dijadikan tapak pelancongan dan sentiasa mempunyai aktiviti setiap bulan..

ha..semua ada tinggal beli je..tapi mcd tak ada la plak


ha lempok durian cara terkini


ada tembikai 4 segi time ni


nampak macam real gak la gambar ni


di tapak pameran



sempat gak snap gambar sendiri..he



p/s: korang rasa best tak pameran nI??huk2




Photobucket

01 December 2010

kehijauan menghilang



tatkala pulang ke kampung
daku sempat mendaki kebun yang berbukit
selangkah demi selangkah mengalir peluhku
sesampainya di puncak
ku lihat kiri dan kanan
kanan masih ku lihat kehijauan yang nyaman
kurasakan mataku tenang melihatnya
namun dikiri ku lihat ukiran tanah
ukiran berbentuk 'c' tanpa pokok
mungkinkah tanah kupijak itu akan begitu
aku harap tidak
namun takdir yang menentukan nasib tanah tersebut..
kurasakan mataku semakin tidak tenang melihat
tanah yang gersang tanpa sebarang pepohon..

p/s: save our world!




Photobucket

26 November 2010

Daiso


pusat peralatan/ kedai serbaneka

dah beberapa hari ni tak post entry..biasalah cuti-cuti akhir tahun ni sibuk juga.berjalan cuci-cuci mata.hari ni baru rileks nak menghadap laptop kesayangan..baru ni singgah ke Sunway Pyramid meronggeng bersama rakan-rakan..nak tau apa aktiviti Diba kat sana tengok my FB..ahaa

masa kat sana sempatlah melihat-lihat Daiso Shop..ahaa sapa tak pernah dengar angkat tangan cikgu terangkan..kalau malu cikgu tetap nak terangkan..hee ringkas je..actually kedai ni dah lama juga ada kat Malaysia....kedai ni kalau masuk rasa-rasa macam ada kat Jepun..ok lah tak payah nak naik kapal terbang kan..hee yang menarik kedai ni satu je..semua barang RM5 dari yang sekecil-kecil ke yang sebesar-besar barang..baik ambil yang besar kan...haaa


p/s : ada la beli kotak-kotak comel kat cni..hee

17 October 2010

Kotak : Episod 1


Kotak Kayu + Dalam Tanah =Keranda

Hari ni nak cerita pasal keranda..tapi bukan nak tazkirah tentang sakaratul maut...hu cuma perasaan ni geram sangat beberapa hari lepas sebab berasa seolah-olah diperkotak katik kan di dalam kotak kayu..tapi bukan diba duduk dalam kotak kayu or keranda..sebenarnya geram dengan satu movie kat cinema sekarang,baru ni main redah je pergi tengok movie..konon-konon tak nak la tengok cerita melayu..so pilih la cerita omputih...ha..tajuk macam ok..siap 18 tahun keatas je..keluar wayang frust je...huk2 ..


tajuk movie : BURIED

pelakon : sorang je tak ingat nama dye..he and ada ular seekor

tempat : kotak kayu lebih tepat keranda sahaja..terang and gelap dalam tu je..ha

bahan-bahan : handphone and mancis


jalan cerita dye simple je..orang tu ditanam hidup-hidup selepas ditahan..then lepas sedar tengok-tengok lam keranda..mengisahkan bagaimana dye cuba untuk menyelamatkan dirinya keluar daripada keranda..endingnya mati juga tertimbus dengan pasir...huh! mybe ada orang lain kata best...pendapat orang kan lain-lain ...daa~

p/s :entry ni bermulanya episod yang bertemakan kotak dan jalan cerita yang berbeza untuk episod seterusnya...hee


11 October 2010

tragedi 10.10.10

jam 8.45 malam sampai nya berhampiran persimpangan susur keluar simpang empat/ alor gajah..kesesakan lalu lintas yang amat sangat dan sewaktu itu dalam perjalanan balik ke bangi daripada rumah di batu pahat..setelah beberapa minit baru lah mendapat berita mengenai kemalangan dan menyebabkan highway dari arah utara dan selatan ditutup..jem nyr camne tak tahu nak cakap..semua kereta terpaksa masuk ke laluan biasa yang juga bergerak perlahan..tak nak cerita banyak2 lah..letih ni lewat sampai...huuu video diambil daripada salah seorang yang sempat merakam kemalangan..lihat disini kemalangan ngeri 10.10.10...tersebut beberapa laporan mengenai kemalangan setakat ini.~

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Harakahdaily

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.


12 maut, lebih 40 cedera dalam kemalangan enam kenderaan
Metro


REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.
Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital

berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-Bernama


12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan
Utusan


SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.

Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.


p/s: alhamdulilah sampai gak ngan selamat



29 August 2010

i-city

ramadhan ke 19..alhmdulilah..dapat diriku berpuasa dalam keadaan baik.. bukan sekadar menahan lapar bahkan menambahkan amalan2 yang baik..seronok bila adanya ramadhan dan menunggu kedatangan syawal..begitu juga siangnya seronok menunggu kedatangan malam apabila dapat mengisi perut yang lapar..namun bukan sahaja perut mata juga..ahaks..


now a story...ku hidangkan mataku pada lampu2 yang berada di i-city yang terletak di Shah Alam..belum agak lama tempat ini dibuka..kekerapan diriku berada di Shah Alam..namun tidak berkesempatan mengunjunginya pada malam hari..tapi semalam dapat juga menenangkan fikiran dengan melihat lampu2 yang menarik bersama bentuk2 bertema..selalunya pada siang hari kelihatan padang jarak padang tekukur..ops...rupenya malam indahnya..disamping menjadi tumpuan ramai...rileks la tgk..bagus tuk induvidu yang suke amek2 gambar...nice and amazing..tak rugi pun lau gi...hee

p/s: camat pose sume ye~