Showing posts with label healthy. Show all posts
Showing posts with label healthy. Show all posts

11 October 2011

cuci gigi


diba : 'eh, ko g mane td siti??'
siti  : aku pegi cuci gigi..besh tau puas hati aku diba..ahha
diba : weh..aku teringin gak nak cuci gigi..ehe mesti bersih n putih ckit kan..
siti  : pegi je weh..g klinik kerajaan, isnin ngan rabu...tak rugi pn

perbualan suatu ketika pada tahun lepas.ikutkan dulu tak pernah pun dengar istilah cuci gigi..duduk kat maktab ni baru tahu pasal scaling a.k.a cuci gigi.baru-baru ni diba baru ada smangat nak cek gigi sebab ikut housemate cek gigi bongsu and dalam hati kata 'yeah..ni la peluang diba nak cuci gigi.mesti jadi putih ckit'ahaa..masuk-masuk bilik tu gemuruh gak.dah lama kot tak dating dengan doctor.haa lepas doctor cek-cek.


doctor : bagus gigi adik,jaga leklok and kekalkan.
diba    : dah ek doctor?
doctor : a'ah dah..he
diba    : tapi kan doctor,macam mana kalau saya nak cuci gigi,hee
            (masa tu baring lagi bawah lampu)
doctor : adik.. orang yang kena cuci gigi untuk buang karang gigi, adik punya   
            gigi tak payah dah elok.he
diba    : oo ye..tak boleh la ye.he

aha..malu je tyme tu.ada plak nak mintak cuci gigi.padahal orang lain takut kot.haa nurse-nurse ngan pembantu dalam bilik tu dah gelak-gelak dah.ceh..mentang-mentang mulut diorang bertutup.he ingat kalau cuci gigi tu boleh putihkan gigi, tapi bukan sebenarnya, untuk membuang plak-plak atau karang gigi.so lepas ni nak buang persepsi salah dalam diri ni.haha sebenarnya tak tahu sangat kot pasal gigi ni.padahal dulu ambisi kedua nak jadi dentist,he orait..kenapa sebenarnya kena cuci gigi and betul ke boleh putihkan gigi?ahaks


cuci gigi a.k.a scaling


Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadinya sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi), 3 bulan sekali ( mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ), 6 bulan sekali ( kebiasaan orang) dan juga setahun sekali ( mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).yang tak pernah cuci?haa sumber dari blog "gigi sihat senyuman menawan".ahaks yang penting gigi sihat, gigi putih pun belum tentu sihat..erkk..yeke..haa


p/s : sapa pernah cuci gigi hands up..hee

20 August 2011

cuci-cuci tandas

kebersihan tandas sangat penting!

sekarang ni mesti musim-musim nak bersihkan rumah,mengecat rumah dan menghias rumah.perkara biasa la bila aidilfitri nak datang.tapi dalam rumah sebenarnya apa yang paling penting ialah tandas.bukan masa raya je.hari-hari pun kena bersihkan.baru selesa nak membuangkan.he tapi masa aidilfitri nanti mesti bersih.yela mana tahu tetamu datang nak tumpang toilet.jauh-jauh beraya then makan and minum, banyak pergi beraya pun melepas.kadang-kadang kita boleh tengok ciri tuan rumah tu kalau tengok tandas dia.sebab hari-hari pergi tandas kan.mestilah nak bersih, cantik, wangi and mybe berkilat-kilat.haha

pemutih

ok rasa-rasa korang mesti penat kan kalau nak cuci-cuci tandas ni.masalahnya setakat nak cuci mangkuk tandas tak pe kot.aha kalau tandas tu besar sekali bilik air.dinding-dinding tu pun nak kena bersih.lantai lagi la.betul tak.selalu toilet guna marmar kan.biasa marmar cerah plak tu.sebab tu kena bersihkan selalu.cara bersihkan tandas selalu guna apa?sabun kan.lepas tu berus-berus kadang-kadang ada yang tak hilang betul tak.cuba korang nak jimat masa or tenaga try satu cara ni.selalunya kat rumah mesti ada 'clorox' kan..biasa diba panggil je camtu.bahasa biasa dia pemutih.kan kalau nak rendam baju putih or telekung ke mesti guna pemutih bagi dia hilang kotoran degil.apa kata korang guna gak untuk toilet and bilik air.lepas korang rasa dah berus then kotoran degil tak hilang.korang curah 'clorox' tu kat tempat-tempat yang sepatutnya.tinggal dalam 15 - 30 minit.then korang berus and bersihkan.insyaallah boleh bersih and berkilat.lagi-lagi yang marmar yang kale cerah.if korang ni jenis malas sangat nak berus-berus bersihkan toilet bolehlah guna 'clorox' .lepas curah bilas ckit je.he selamat mencuba ye('',)


p/s : 10 ramadhan yang terakhir.manfaatkan ~

04 August 2011

part 1: aktiviti lepas terawih

agak-agak terawih selalu habis pukul berapa?yang lapan rakaat je la..kalau 20 rakaat ada gak yang habis dekat pukul 12.Alhamdulillah memang bagus.Masjid area sini, lapan rakaat je, saf tinggal dua je.tapi nasib baik ada lagi, kalau tak sian pada pak imam.so kalau diba dalam area pukul 10 malam tu dah habis 8 rakaat and witir.so malam semalam saja la nak keluar jap, isi minyak la katakan.memang suka isi malam.sebab JIMAT!ahaa semata-mata keluar selalu nak isi minyak.sebab apa jimat?haa nanti la diba cerita bagi yang tak tahu.he

ha..semalam makan tak sempat snap.so grab pic ni dalam internet;)


haa..nak dijadikan cerita dah lama nak merasa kedai tutti fruti tu.mula-mula tahu memang tak nak la makan sebab kedai yogurt kan.memang xminat kot!hee tapi sebab ada ternampak gambar kat blog someone ni, tengok macam aiskrim je.muahaha itu rasa tetiba nak merasa gak.dari hari-hari lepas nak pergi tak sempat.tak sangka semalam dah pukul 10.30 malam tutti fruti area bangi ni menyala lagi lampunya and banyak kereta.apa lagi jom la serang sekejap.akhirnya dapatlah merasa benda alah tu.memang sedap and tak rasa la yogurt tu sebab rasa aiskrim.so yang tak berminat yogurt macam saya pun boleh telan.he apa yang beshnya semalam hari 1st ladies promotion.every tuesday je tau sepanjang bulan ramadhan 15%.kalau student 10%.diskaun tu pilih salah satu je la.he try la.terliur je puasa-puasa ni tengok gambar dalam blog orang..hee

p/s : flavour yang sedap baru ni rasa "death chocolate"

19 May 2011

slim jom!

  

p/s : layan tuk week ni..slim jom!



Photobucket

18 May 2011

turn to exam fever



erk..demam ke? tak boleh la..esok kan nak exam, so hari ni la baru betul-betul nak baca dengan serius nota-nota exam.So demam sekejap..Tido buku, Tengok tv buku, Muka buku pun..haaa Makan pun buku..sempat plak layan kupon Mcd hari ni..Sempat juga berbincang-bincang dan studi la kununnya kat sana.Kondusif gak cuma mata menyilau nak tengok orang je..haa apa pun..untuk semua IPG students yang menghadapi exam minggu ni.Selamat berjuang dan buat sehabis baik..(dah macam pengakap plak).hee Doakan yang terbaik untuk semua.


Bittaufiq Wannajah

Good Luck!

Selamat Berjaya.


Sempat lagi ni..sebelum midnight nanti;)


p/s: dah-dah nak solat asar and stud..;)


Photobucket

30 March 2011

dinner apa lagi??


malam ni nak dinner apa ye?balik dari aktiviti koko kat sekolah ni keletihan jugak..tapi kalau nak fikir lagi dinner nak makan apa pun letih..tu la nak makan pun susah..cuba bagi idea ckit readers blog dibaviolet ni..he duduk rumah sewa ni bukan malas nak masak tapi kurang rajin tu adalah la sebab keletihan kan..he nak masak apapun rasa dah tak ada idea..padahal kalau kat rumah ngan family, ibu masak apa pun..sama dengan semalam pun sumbat je..ahaa betul tak..cakap je la nak ibu yang masakkan betul tak..ahaa dah besar-besar ni duduk rumah sewa tak boleh macam tu..cukuplah dapat balik rumah family setiap minggu..jangan jeles..hee

tapi kan dinner yang bagus kan sebelum maghrib..sunnah nabi kan..kadang-kadang dinner awal gak..tapi nanti malam ckit dah lapar balik..kan3x  tu yang selalu makan area dekat pukul 9..jom kita terjah amalan pemakanan yang mengikut sunnah ye!


 * Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih 
    dahulu, baru makan nasi.



* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam  
  dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak 
  memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka 
  pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.ha..dengar tu!

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat  
  mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.




p/s: tetiba rasa nak makan subway plak! sapa nak belanja??ahaha

Photobucket

29 March 2011

poco-poco

betul ke tarian poco-poco dah tak boleh??selama selalu sangat buat time aerobik..masa tahu pasal pengharaman tarian ni pun terkejut gak..merujuk kepada blog loqman hakim.apa pun baca surat kat bawah ni:






p/s: peringatan bersama ye;)






Photobucket

botol susu anak





Ha..baru-baru ni..kerajaan sibuk mengingatkan kita mengenai botol susu baby ni..mana yang bahaya dan mana yang tak bahaya..maklumlah baby zaman sekarang semua minum susu dalam botol.Tapi apa yang penting kesihatan baby haruslah dijaga dan dipelihara.Bukan sahaja untuk bakal ibu atau ibu namun pihak umum juga harus mengetahui tentang jenis botol susu yang seharusnya sesuai digunakan.Tak digalakkan untuk membeli dan menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.


Terdapat kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER

Contoh :





Dalam hal ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free) mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
polypropylene (PP) antaranya barangan daripada jenama TUPPERWARE..terdapat juga produknya yang dikeluarkan untuk set botol susu bayi.Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan pada diba..hee promot plak..katalog next entry..

p/s: nak jadi ahli TUPPERWARE...dialu-alukan..!hee
Photobucket

24 January 2011

froggie menjaga kakiku

ahaa...disebabkan nasihat ibu yang suruh jaga kaki.so beli lah selipar ni pakai dalam rumah..biasa kalau kat rumah family pijak atas karpet..tapi duduk rumah sewa ni..karpet tak lah sepenuhnya..hee itu pun dah bawak tikar dari rumah.maklumlah risau ibu kat rumah tu anaknya duduk atas mar mar yang sejuk..memang sejuk sangat bila malam.tambah-tambah sekarang pun musim hujan..



menurut info kesihatan dari sri kasih.com terdapat beberapa cara penjagaan kaki yang baik :


* Sentiasa memakai sandal apabila ke kolam renang.

* Jangan ke mana-mana dengan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah.

* Jangan biarkan kaki anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas atau terlalu
sejuk.

* Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran
darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan
kaki anda.

* Jika kaki anda luka atau melecet, bersihkan luka tersebut dengan serta-merta
menggunakan salina. Sapukan krim antiseptik dan balut bahagian tersebut
dengan pembalut steril. Terus membalutnya sehingga luka tersebut sembuh.
Dapatkan rawatan perubatan jika luka berkenaan tidak menunjukkan
tanda-tanda sembuh selepas dua hari.


p/s: nak lawa and sihat kenalah jaga kaki kita;D


Photobucket