29 March 2011

botol susu anak





Ha..baru-baru ni..kerajaan sibuk mengingatkan kita mengenai botol susu baby ni..mana yang bahaya dan mana yang tak bahaya..maklumlah baby zaman sekarang semua minum susu dalam botol.Tapi apa yang penting kesihatan baby haruslah dijaga dan dipelihara.Bukan sahaja untuk bakal ibu atau ibu namun pihak umum juga harus mengetahui tentang jenis botol susu yang seharusnya sesuai digunakan.Tak digalakkan untuk membeli dan menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.


Terdapat kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER

Contoh :





Dalam hal ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free) mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
polypropylene (PP) antaranya barangan daripada jenama TUPPERWARE..terdapat juga produknya yang dikeluarkan untuk set botol susu bayi.Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan pada diba..hee promot plak..katalog next entry..

p/s: nak jadi ahli TUPPERWARE...dialu-alukan..!hee
Photobucket

8 pok pek:

Izzuddin Akmal said...

dah merancang dah nie...smp pikir botol susu ank da yerk..heheh

diba said...

@Izzuddin Akmal
aha...mane ade yg pntg pesanan kt bwah tu..nk promote brang tupperware..heee

pRiNCe said...

nice...entry...:)
thnx tau datng melawat...:)

awak dah join contest cabutan bertuah kat blog sy??

diba said...

@pRiNCe
thnxs too..;)

Cikgu Fikri said...

wah...
bagus..
merancang dr awal..
info botol susu..huuuhuh :)

Atikah Azmidi said...

aip... bile lak cik diba jd agen tupperware nih... tokey la skg ni ek.. :-P

Atikah Azmidi said...

aip... bile lak cik diba jd agen tupperware nih... tokey la skg ni ek.. :-P

diba said...

@Atikah Azmidi
aha..ade la hri tu jd..lau nk bli brang tupperware gtau ek..hee insyaallah leh bli stu2 xyah ikut set..;p