Showing posts with label tupperware. Show all posts
Showing posts with label tupperware. Show all posts

05 October 2011

#3 Wordless Wednesday: couple tumbler


p/s: harga boleh runding and murah lagi!

12 August 2011

shopping ramadhan

shopping barangan raya jom!
haa..ni untuk peminat-peminat tupperware.1st time kot karnival ni!
 
memenuhi masa wekend yang kedua dalam bulan ramadhan tahun ini.jangan lepaskan peluang shopping.ehe kat mana-mana pun ramai orang kan.so berhati-hatilah di jalan raya.amalan sunat dalam bulan ramadhan pun jangan ditinggalkan, lagi-lagi solat terawih.bershopping, shopping gak.ramadhan hanya sekali setahun.rebutlah peluang sebaiknya dan termampu.jangan membazir.sentiasa tingkatkan amalan-amalan yang baik,('',)


credit to xoxo Illy Muzliza Brotherhood Arts untuk doodle ramadhan yang sangat cute!


p/s: 10 ramadhan yang kedua adalah keampunan..mohon doa banyak2 ('',)

29 March 2011

botol susu anak





Ha..baru-baru ni..kerajaan sibuk mengingatkan kita mengenai botol susu baby ni..mana yang bahaya dan mana yang tak bahaya..maklumlah baby zaman sekarang semua minum susu dalam botol.Tapi apa yang penting kesihatan baby haruslah dijaga dan dipelihara.Bukan sahaja untuk bakal ibu atau ibu namun pihak umum juga harus mengetahui tentang jenis botol susu yang seharusnya sesuai digunakan.Tak digalakkan untuk membeli dan menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.


Terdapat kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER

Contoh :





Dalam hal ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free) mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
polypropylene (PP) antaranya barangan daripada jenama TUPPERWARE..terdapat juga produknya yang dikeluarkan untuk set botol susu bayi.Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan pada diba..hee promot plak..katalog next entry..

p/s: nak jadi ahli TUPPERWARE...dialu-alukan..!hee
Photobucket