11 October 2010

tragedi 10.10.10

jam 8.45 malam sampai nya berhampiran persimpangan susur keluar simpang empat/ alor gajah..kesesakan lalu lintas yang amat sangat dan sewaktu itu dalam perjalanan balik ke bangi daripada rumah di batu pahat..setelah beberapa minit baru lah mendapat berita mengenai kemalangan dan menyebabkan highway dari arah utara dan selatan ditutup..jem nyr camne tak tahu nak cakap..semua kereta terpaksa masuk ke laluan biasa yang juga bergerak perlahan..tak nak cerita banyak2 lah..letih ni lewat sampai...huuu video diambil daripada salah seorang yang sempat merakam kemalangan..lihat disini kemalangan ngeri 10.10.10...tersebut beberapa laporan mengenai kemalangan setakat ini.~

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Harakahdaily

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.


12 maut, lebih 40 cedera dalam kemalangan enam kenderaan
Metro


REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.
Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital

berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-Bernama


12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan
Utusan


SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.

Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.


p/s: alhamdulilah sampai gak ngan selamat



2 pok pek:

bazz rianne said...

innalillah

weh..ko smpi kol bape?

diba said...

ak smpai kul 11.45..huh gram gile ak ngn pak guard..!