15 December 2011

mismatched

mata dah ngantuk ni tapi rasa nak membebel kejap sebelum tido.hee puas berjalan-jalan then makan-makan area Batu Pahat with my nenek.agak-agak siapa dapat teka diba pakai baju warna apa tadi?.he it's ok nanti diba update pasal jalan-jalan tadi.he bagi yang selalu hangout ke jalan-jalan mesti sampai satu tahap rasa 'erk..tak tau dah nak pakai baju apa kan..rasa semua baju dah biasa pakai,tapi baju banyak..huh nak termuntah dah almari dalam bilik tu kan2x??haa terasa gak macam tu sebenarnya,opss tapi tak banyak sangat kot baju;P

actually..memang baju kita banyak kan.lepas tu kita selalu dah set..baju ni pakai dengan seluar ni, ok tudung ni.biasa ikut tema warna betul x??haa tapi rasa tak salah kan sebenarnya kita pakai lain..tudung ni, baju tu..seluar  lain plak, maybe yang agak kontra warnanya.tapi orang nampak macam mismatced la..bagi yang yakin sebenarnya sepadan.he betul tak? kebanyakan orang takut or tak berani nak pakai dengan warna-warna kontra, contoh hijau biru, oren purple..tapi sekarang rasa macam dah trend kot.bagi diba.apapun semua bergantung pada keyakinan kita and kesesuaian badan kita.jangan takut kalau tudung kuning baju biru then seluar jeans and sneakers oren..fuhhh..mmg mantap..haa sebenarnya penah buat camtu..;P pastu ada orang tegur mismatched..haa maklumlah sneakers rata-rata warna yang oren, purple of coz la feberet, coklat and biru..


perasan tak kalau kita pakai macam ala-ala warna or style yang mismatched, mesti orang pandang.haha rare kot orang buat camtu.tapi persepsi orang kan dua-dua ada positif and negatif.he so apapun dalam berfesyen ni kena yakin baru penampilan tu menyerlah.kalau kat kaca tv selalunya pengacara-pengacara pakaian diorang bukan satu tema warna pun.tapi bila sesuatu tema warna dah dibiasakan orang tak nampak pelik pun.sekarang ni tema untuk perkahwinan pun tak macam dulu kan.kalau semua pink semua serba serbi pink.tapi sekarang tak..ada pink + grey..pink + blue..sebab ada yang mulakan so semuanya nampak ok,actually pada asalnya kira mismacthed.so tak perlu bila beli satu baju je terus nak beli tudung, kasut or seluar yang sama sepadan, tambah-tambah butang lagi brooch tu..haa memang penat lah..hand bag lagi..payahlah..hee btw jangan membazir jugak!he


p/s: orait sok nak drive bp to ks..so tidoww dulu.

12 December 2011

SPP ohh..SPP

lamanya tak update blog.huh..nway alhmdulilah selamat dah semuanya diba menghabiskan tugas-tugas kat maktab.and the last hari tu temuduga SPP stand for Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.macam-macam jangkaan sebelum temuduga tu.tahniah untuk semua kawan-kawan IPG yang dah lepas.untuk yang akan datang.all da best!yakin btw kena study gak la.tak boleh main taram je masuk bilik temuduga.he senyum sentiasa itu yang penting.orait nak kongsi ckit masa temuduga SPP hari tu.diba antara group terawal coz hari pertama daripada kawan-kawan yang lain.

Tarikh : 30 November 2011
Masa : Jangkaan 9.30pagi  tapi masuk bilik area 11.30 pagi
Rakan Group : Ise, Jijah, Kiah and Chah ( maceh sume !)
Bilik : Bilik Temuduga 2. (bilik feberet..he)

Actually kteorang semua tak tahu pun penemuduga tyme hari tu.so yang tak disangka-sangka bilik tu bertuah ditemuduga oleh Timbalan SPP sendiri.wah..seronok sebab muka beliau memang tersenyum sentiasa.so kteorang pun cool je dalam bilik tu.Geng-geng yang temuduga sebelum tu dalam bilik yang sama gak respons memang seronok and tersenyum.tapi keputusan tak tahu la kan.and lagi seorang penemuduga iaitu Pn. Rohaya.

TIMBALAN PENGERUSI SPP
YBHG. DATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

totally masa temuduga tu pertanyaan sebanyak 4 soalan.tapi menjawab nya lama kot.sebab sorang-sorang kan.sebelum soalan-soalan itu diajukan kteorang memperkenalkan diri dalam bahasa Arab sebab kteorang coz bahasa
Arab..hee dari situlah tau rupanya penemudaga Dato Haji Pangiran ni orang tempat diba gk..haa orait antara soalannya:

1.satu situasi diberikan and kami diminta kupas pendapat sebagai seorang guru.
Jawapan : depends pada pendapat korang.yang penting sentiasa bersikap positif.

2. apa beza maklumat ilmu and maklumat??
Jawapan : ilmu dah diproses, maklumat belum diproses : huraiannya maklumat tu kan kita boleh dapat kat mana-mana but tak tahu lagi sahih ke tidak.tapi ilmu ni suatu benda yang kita dah tahu ianya betul.so sebab itu ilmu untuk disampaikan dan 'Ilmu itu Pedoman Hidup'

3.apa itu 1M 1S ?
Jawapan : baca nota tu then huraikan lah.rasa senang je kan nak faham

4. cara bagaimana tarik minat murid untuk sukan?
Jawapan : Guru itu sendiri kena minat then kita join dan fahami murid-murid kita.baru murid-murid rasa bersemangatkan.macam-macam lagilah yang ni boleh difikirkan and yang penting positif sebagai seorang cikgu.

Apa yang penting dalam temuduga ini..cara percakapan kita sebagai seorang cikgu.positif dan setiap hujah and pendapat perlu berasaskan daripada mana-mana sumber.bukan diba cakap ni, penemuduga yang cakap.sebelum temuduga dah bagitahu kriteria apa yang nak dilihat.penampilan itu mestilah.nametag jangan lupa sebab senang nak dipanggil nama;))


after temuduga SPP tu..ramai juga la yang berjaya dalam SPP nya plak ;P yang ni stand for Suruhanjaya Pertunangan Perkahwinan.ahaks! ..hee  especially tuk kawan-kawan sebatch maktab diba yang selamat bertunang and berkahwin.semoga berbahagia selamanya;) sory tak dapat nak attend semua invitation..tapi dapat gak tengok muka-muka berseri korang kat FB.Congrate !


Kahwin:
Fazila(mon) & Husband
Qamar & Dila
Wan Fitri & Zatul
Amirul Syahida & Husband
Shida & Husband 

Tunang:
Afiq & Seha
Lias & Chah


p/s: semoga berjaya untuk SPP..;))


19 October 2011

12 October 2011

#4 Wordless Wednesday : terbalik?



p/s: mana pintu ek?

11 October 2011

cuci gigi


diba : 'eh, ko g mane td siti??'
siti  : aku pegi cuci gigi..besh tau puas hati aku diba..ahha
diba : weh..aku teringin gak nak cuci gigi..ehe mesti bersih n putih ckit kan..
siti  : pegi je weh..g klinik kerajaan, isnin ngan rabu...tak rugi pn

perbualan suatu ketika pada tahun lepas.ikutkan dulu tak pernah pun dengar istilah cuci gigi..duduk kat maktab ni baru tahu pasal scaling a.k.a cuci gigi.baru-baru ni diba baru ada smangat nak cek gigi sebab ikut housemate cek gigi bongsu and dalam hati kata 'yeah..ni la peluang diba nak cuci gigi.mesti jadi putih ckit'ahaa..masuk-masuk bilik tu gemuruh gak.dah lama kot tak dating dengan doctor.haa lepas doctor cek-cek.


doctor : bagus gigi adik,jaga leklok and kekalkan.
diba    : dah ek doctor?
doctor : a'ah dah..he
diba    : tapi kan doctor,macam mana kalau saya nak cuci gigi,hee
            (masa tu baring lagi bawah lampu)
doctor : adik.. orang yang kena cuci gigi untuk buang karang gigi, adik punya   
            gigi tak payah dah elok.he
diba    : oo ye..tak boleh la ye.he

aha..malu je tyme tu.ada plak nak mintak cuci gigi.padahal orang lain takut kot.haa nurse-nurse ngan pembantu dalam bilik tu dah gelak-gelak dah.ceh..mentang-mentang mulut diorang bertutup.he ingat kalau cuci gigi tu boleh putihkan gigi, tapi bukan sebenarnya, untuk membuang plak-plak atau karang gigi.so lepas ni nak buang persepsi salah dalam diri ni.haha sebenarnya tak tahu sangat kot pasal gigi ni.padahal dulu ambisi kedua nak jadi dentist,he orait..kenapa sebenarnya kena cuci gigi and betul ke boleh putihkan gigi?ahaks


cuci gigi a.k.a scaling


Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadinya sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi), 3 bulan sekali ( mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ), 6 bulan sekali ( kebiasaan orang) dan juga setahun sekali ( mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).yang tak pernah cuci?haa sumber dari blog "gigi sihat senyuman menawan".ahaks yang penting gigi sihat, gigi putih pun belum tentu sihat..erkk..yeke..haa


p/s : sapa pernah cuci gigi hands up..hee

05 October 2011

#3 Wordless Wednesday: couple tumbler


p/s: harga boleh runding and murah lagi!

30 September 2011

Sony NEX-C3 I Professional Quality inYour Pocket

rasa menyesal juga sebab tahan ayah dulu.. jangan beli DSLR.tahu and maklumlah yang DSLR memang bagus and cantik gambarnya.tapi fikirkan susah nak bawa pergi mana-mana.rasa tak perlu lah.niat hati memang nak belajar fotografi tu dan menuntut la juga dari geng-geng yang berkenaan.he tapi untuk gambar-gambar sendiri je.so fikir-fikir tunggu la akan datang nak cari kamera yang comel-comel tapi kualiti gambar cantik and superb!.rasa sekarang dah banyak even tak sepenuhnya dapat menandingi DSLR.hu salah satunya Sony NEX-C3 ni.mudah nak bawak kemana-mana itu yang penting.nanti coming soon boleh jadi juga camera handphone tahap DSLR..haa siapa tahu kan.nampak menarik camera ni dengan tagline 'like DSLR quality anywhere' ahaks.



Sony NEX-C3






click this for Sony NEX-C3 ISO Tests

malas nak cakap banyak tengok video ni;p 



p/s: next entry nanti kita review panasonic lumix and olympus..awesome too!

29 September 2011

28 September 2011

oh..roti canai

ay ay ay dapat roti canai! ay ay ay dapat roti canai! betul-betul layan that great song, sampai terbawak-bawak dalam entry.haaa kempunan dua hari berturut makan roti canai malam-malam tyme diner.ok tak? makan tyme dinner.he bukan itu je.roti canai + nasi goreng cili api.haa memang teringin kot.lau kat rumah, ibu catu kot bila nak makan roti canai.tunggu dah lama tak makan baru boleh makan.haha dulu selalu kena kuliah ngan ibu tyme awal duduk matrix kat melaka.hari-hri petang balik kuliah makan roti canai sambil tengok bola.tyme tu memang world cup punya ulang siaran.layan lah hari-hari kot.haha area tahun 2006.dulu hari-hari ibu call tanya makan apa, sekarang je kadang-kadang ibu tanya.yang penting ibu kata jangan makan manis-manis selalu and kurangkan ais.ada tak mama or ibu korang pesan macam tu??ahaks.

puas hati dapat makan roti canai ;)

tapi-tapi tau dah roti canai ni bahaya gak.tapi dah makan pun dua malam berturut-turut lagi.he ok bahaya macam mana tu.Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung.Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Hari ni dah makan roti canai dah sempat berlari-lari, agak-gak dah boleh bakar belum kalori terlebih tu..hee Selain itu, terdapat so much oil in roti canai. Nak uli tepung, bubuh minyak, nak canai, bubuh minyak,nak goreng bubuh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia)? eeeiii..no no ..diba tengok la tyme dia buat roti canai tu.haaa kalau tak terfikir-fikir gak nak makan.he ok nak tahu kalori sebenar roti canai and kita banding beza dengan roti-roti lain ek.

p/s : aha..kalau teringin nak makan apa-apa..makan je.alhamdulilah;) tapi yang penting beringat! 

26 September 2011

suka jual ikan


agak-agak secara jujur dalam diri kan, suka tak dengan orang yang jual ikan?? haa mesti kata tak suka, tak de klas la..haa tapi kan sebenarnya orang yang jual ikan kat pasar tu paling besh kot.kalau diorang tak ada macam mana nak dapat ikan then nak makan ikan sedap-sedap.ahaks feberet fish. siakap! aiyaiyai..tapi kan yang jual ikan itu tak apa lagi.tapi kalau 'selfish' good bye la..aiyaiyai..kadang-kadang perlu juga kan kalau nak selfish dalam diri, tapi jangan la sampai melampau-lampau dengan trademark 'i love myself + thats all matters' hello..! kat dalam dunia ni, bukan kita hidup sorang-sorang.kalau tak  hidup la dalam hutan kan..aiyaiyai.





apa yang buruknya kalau kita 'selfish' or pentingkan diri sendiri yang sangat tinggi,akan timbul perangai-perangai yang tak manis yang lain.dengan kata lain perangai yang orang lain tak suka.aiyaiyai.yang paling nampak sekali, kedekut la.Ya Allah jauhkan la sifat itu dalam diri ini..Ameen. jangan la sampai nak jadi terlalu berkira tambah-tambah kalau kita hidup dalam ramai-ramai. keluarga di rumah, kawan-kawan di asrama, ngan laki or perempuan masa hadapan, or dengan siapa-siapa sekalipun.jangan sampai sifat pentingkan diri sendiri itu menyebabkan orang lain tidak suka or dengan kata kasar benci, menyampah etc.bila kita dalam sesuatu kelompok tu.. sharing is caring right? even dengan pasangan sangat-sangat sharing dengan yang lain-lain pun perlu kan.ayaiyai.cakap-cakap ni pun tuk diri sendiri.kita manusia biasa.sesiapa pun tak ada yang sempurna tapi cuba untuk menyempurnakan diri sendiri dan memuaskan hati orang lain semampu yang mungkin.apapun saling menghargai antara satu sama lain tu pun perlu! ayaiyai

cara penilaian seseorang itu memang berbeza tapi kita yang hidup ni orang lain yang dapat menilai kita daripada kita menilai diri sendiri.antara cara penilaian seseorang itu:


HALO EFFECT- kecenderungan mengambil sesuatu sifat di dalam diri individu sahaja, sekiranya sifat baik positif la, kalau negatif, sendiri mau ingat la!!

LACK OF OBJECTIVE-  penilai tidak tahu objektif yang hendak dinilai!, ni lagi susah, nampak je salah orang lain!

PERSONAL BIAS- pilih kasih, sikap penilai yang berat sebelah, tidak melakukan penilaian secara telus!


p/s: ayaiyai..ayaiyai...great song! ce teka?? 

22 September 2011

# 3 Spontaneous Thursday


purple still no 1 !

21 September 2011

DJ terkini


ahaa..lama juga tinggalkan post dalam blog ni.kesian rasa.tapi disebabkan kunun-kununnya banyak kerja..macam tak sempat lah.padahal sama je dengan kunun-kununnya banyak berjalan-jalan.terutamanya tengok member-member kahwin.setakat ni dua minggu berturut-turut gak.haa sekarang ni rasa tengok ramai yang dah kawin, dah tunang.ha apa lagi cuci-cuci mata  la tengok gambar-gambar diorang.lepas tu sempat berangan.haha itu la kerja DJ terkini semalam.aha disebabkan kedatangan kelas yang ketiadaan lecturar itu yang rasa macam bosan.sepatutnya macam-macam boleh buat kat rumah sewa..apa die???ahaks tapi macam-macam la.macam sekarang ni.he


DJ terkini bersama tetamu undangannya semalam kui..kui 


jom tengok-tengok jap.pic yang sempat grab dari FB..haha
 congrate korang and maceh jemput!all da best in ur life!

wedding reception yana kat hotel marriot..both of u gojes! 

wedding robek at pontian..ahaks it's me there, ce teka yang mana;p




p/s : makan sedap-sedap tambah free.saat paling besh! next nasi minyak sapa ek??haaa

07 September 2011

25 August 2011

#2 Spontaneous Thursday

kadang-kadang rasa macam ni kan?

22 August 2011

KCB 3 : dari sujud ke sujud


ahaks..sapa layan KCB kt sini sila angkat tangan.wah-wah ramainya..;p untuk sesiapa yang layan semua maklum ada KCB 1 then KCB 2 lepas tu ada juga KCB the series Ramadhan.tahun lepas tak silap.untuk tahun ni ditayangkan sebelum Ramadhan lagi di Indonesia kira KCB 3 tapi tajuk dia 'dari sujud ke sujud' haa..kalau perasan lagu dalam page diba lagu tema cerita tu la.opss untuk yang tak pernah dengar or tak tahu.KCB stand for Ketika Cinta Bertasbih.sebuah cerita yang diadaptasi dari novel.then novelis terkenal Habiburrahman El Shirazy juga turut berlakon sekali.so far setakat yang diba dah tengok macam biasa tak menghampakan.he sedih, geram, seronok semua ada if tengok cerita ni.actually orang yang agak kurang nak membaca novel macam diba memang layan je la.if dah baca novel tak apalah.malas nak cakap panjang-panjang nak tahu sinopsis klik sini.pelakon-pelakon dia rasa semua dah terkenal.senang kata yang berminat nak layan sila tengok.



p/s : jangan lupa adanya lailatulqadar pada 10 malam yang terakhir ramadhan

20 August 2011

cuci-cuci tandas

kebersihan tandas sangat penting!

sekarang ni mesti musim-musim nak bersihkan rumah,mengecat rumah dan menghias rumah.perkara biasa la bila aidilfitri nak datang.tapi dalam rumah sebenarnya apa yang paling penting ialah tandas.bukan masa raya je.hari-hari pun kena bersihkan.baru selesa nak membuangkan.he tapi masa aidilfitri nanti mesti bersih.yela mana tahu tetamu datang nak tumpang toilet.jauh-jauh beraya then makan and minum, banyak pergi beraya pun melepas.kadang-kadang kita boleh tengok ciri tuan rumah tu kalau tengok tandas dia.sebab hari-hari pergi tandas kan.mestilah nak bersih, cantik, wangi and mybe berkilat-kilat.haha

pemutih

ok rasa-rasa korang mesti penat kan kalau nak cuci-cuci tandas ni.masalahnya setakat nak cuci mangkuk tandas tak pe kot.aha kalau tandas tu besar sekali bilik air.dinding-dinding tu pun nak kena bersih.lantai lagi la.betul tak.selalu toilet guna marmar kan.biasa marmar cerah plak tu.sebab tu kena bersihkan selalu.cara bersihkan tandas selalu guna apa?sabun kan.lepas tu berus-berus kadang-kadang ada yang tak hilang betul tak.cuba korang nak jimat masa or tenaga try satu cara ni.selalunya kat rumah mesti ada 'clorox' kan..biasa diba panggil je camtu.bahasa biasa dia pemutih.kan kalau nak rendam baju putih or telekung ke mesti guna pemutih bagi dia hilang kotoran degil.apa kata korang guna gak untuk toilet and bilik air.lepas korang rasa dah berus then kotoran degil tak hilang.korang curah 'clorox' tu kat tempat-tempat yang sepatutnya.tinggal dalam 15 - 30 minit.then korang berus and bersihkan.insyaallah boleh bersih and berkilat.lagi-lagi yang marmar yang kale cerah.if korang ni jenis malas sangat nak berus-berus bersihkan toilet bolehlah guna 'clorox' .lepas curah bilas ckit je.he selamat mencuba ye('',)


p/s : 10 ramadhan yang terakhir.manfaatkan ~

19 August 2011

kisah koko krunch

koko krunch, koko krunch, oh koko krunch  sangat la disukai ramai.betul tak?termasuk la diba.sangat addicted kot.tak boleh tinggal rasa nak makan setiap hari.selalu dalam ramadhan memang ada untuk bersahur.lepas makan nasi makan lagi koko krunch dengan air milo.kekenyangan la time bersahur.tu kalau kat rumah dengan family la.kat rumah sewa kalau sempat je makan nasi.hee


since diba kecik lagi memang koko krunch tak boleh kalau tak ada kat rumah.bila diba masuk asrama 5 tahun tingkatan 1- 5.mesti beli untuk bekalan makanan kat asrama.takut kebuluran.kalau beli biskut or etc.lambat je nak sentuh and makan.cuba nampak koko krunch memang kejap je boleh habis.but lama kelamaan ibu halang juga makan koko krunch ni selalu.yela sebab manis.dah besar-besar ni pun beli gak kalau dah teringin sangat-sangat.sebab kecik-kecik dah makan banyak sangat, dah besar-besar kena kurangkan.tapi stil makan lagi setiap bulan ada la ckit..haha yeke.


 peace !time ramadhan ni la koko krunch murah-murah;)

satu kisah masa ramadhan zaman-zaman kecik-kecik tak silap masa darjah 3.masa time tu dah belajar-belajar puasa la kan.pahtu tengahari tu ada rasa lapar-lapar biasalah budak-budak.haha tak silap masa tu nak cari apa ntah dalam almari.ternampak bekas letak koko krunch yang selalu buat sahur.hee masa tu tengok telan air liur.tengok punya tengok memang tak tahan.hahaha last-last bukak bekas tupperware koko krunch then makan.haa memang menipu la masa tu.tipu tak puasa.ingat tau masa tu diba darjah 3.hahah dah lepas makan tu.siap gosok gigi lagi.takut ibu ngan ayah perasan lau ada coklat-coklat kat gigi.ahahaha sengal kan.tapi pastu puasa balik petang buka puasa macam biasa.tak minum air kot.memang pasal koko krunch tak tahan nak makan jugak..haha dah besar-besar ni tak adalah nak buat macam tu.haha jangan tiru aksi ni tau.;p

p/s : sapa-sapa nak bagi hadiah tak payah susah-susah pk bagi je koko krunch;p

18 August 2011

#1 Spontaneous Thursday


so kita hidup untuk saling melengkapi

14 August 2011

Syieda_Joy 1st GA

dah lama tak join benda-benda camni.tetiba rasa nak.1st GA from syieda.klik disini untuk yang nak join skali.

mana tahu berpeluang jadi pemenang kan;)

13 August 2011

hot peri-peri

tak ada gosip panas or meletup disini.tapi rasakan sendiri jika ingin meletup-letupkan organ dalaman anda apabila mendapatkan hot peri-peri or more lagi extra hot peri-peri.ahaks apa lah yang aku sebenarnya merepek-repek kan pasal hot peri-peri.kalau korang nak tahu ni adalah sos.puas hati la lau pekena sos ni..haha tambah-tambah ambil set yang hot spicy tuk food yang nak makan tu.mana korang nak dapat benda ni.ada je jual kat kedai.kalau tak pergi je makan kat nando's.tu la yang aku nak cerita ni.berbuka puasa di nando's with my ayahanda and bonda.thank you so much ek.luangkan masa untuk anakanda..hahaha

last-last ayahanda makan ngan sos tomato..manis je;)


since aku pernah makan nando's selama ni.aku tak pernah tempah makanan.memang orang lain yang tempah.aku  tahu makan je.haha memang benda paling menarik sos dialah.memang suka.bak kata bonda ' eh..tak pedas ke??pergh cool gila ' haha.orang jawa kan.kalau makan tak pedas rasa tak sah kot.haa even aku ni suka makan makanan atau lauk yang kale dia jarang-jarang or pudar.senang kata macam masak sup ke tomyam ke 'lauk bening' ke.tapi mesti pedas.tak tahan pedas tu memang tapi rasa puas hati makan.tak percaya tanya sume orang jawa camne kalau dia makan.haaa tapi memang cian kat ayahanda semalam.merah-merah berair dah mata.itulah jangan berani-berani lagi tempah yang hot.tambah plak sos dia pun memang hot.ahaa.memang meletup-letup rasa perut kat dalam tu.he hopefully pasni boleh terima ye if bonda and anakanda nak makan kat 'chilis' yang ramai sangat orang tu..muahahaha silap-silap ayahanda minum air je kang.apapun berbuka puasa yang sangat menarik dan manis.('',)


p/s:apa pun makan buka puasa jangan sampai tak ingat dunia ek~

12 August 2011

shopping ramadhan

shopping barangan raya jom!
haa..ni untuk peminat-peminat tupperware.1st time kot karnival ni!
 
memenuhi masa wekend yang kedua dalam bulan ramadhan tahun ini.jangan lepaskan peluang shopping.ehe kat mana-mana pun ramai orang kan.so berhati-hatilah di jalan raya.amalan sunat dalam bulan ramadhan pun jangan ditinggalkan, lagi-lagi solat terawih.bershopping, shopping gak.ramadhan hanya sekali setahun.rebutlah peluang sebaiknya dan termampu.jangan membazir.sentiasa tingkatkan amalan-amalan yang baik,('',)


credit to xoxo Illy Muzliza Brotherhood Arts untuk doodle ramadhan yang sangat cute!


p/s: 10 ramadhan yang kedua adalah keampunan..mohon doa banyak2 ('',)

10 August 2011

sangkar burung marah

yang addicted game angry bird layan gambar-gambar ni.suka yang mana?ahaks


















paling suka design sneakers tu..nice sangat!


haa..ni dia sangkar angry bird
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya..mana tahu ada membela burung or nak buat koleksi sangkar burung menghiasi laman rumah aidilfitri tahun ini boleh hubungi saya.

harga : RM 30 (boleh tawar lagi kot;p )

p/s : jualan ni betul-betul bukan main-main..tak baik tipu bulan puasa ni;)

08 August 2011

just a dream


(Uh uh uh)


I was thinking about you 
Thinking bout me 
Thinkin bout us (us)
What we gunna be?
Open my eyes, (Yeah)
 it was only just a dream...

tiba malam-malam ni layan lagu just a dream.erm..diminta semua mimpi indah berkenaannya ini pergi sebab realitinya memang tak kan berlaku.realitinya dah berlaku tapi bukan seperti yang kuimpikan.sila mimpi ini jangan terjadi lagi.jangan ganggu tidurku lagi.



rama-rama purple gak nak!

sedar bahawa ianya seperti rama-rama semakin kalian mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian, biarkan rama-ramamu terbang kemana saja ia suka, siapa tahu apabila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai, duniawi yang engkau tidak sangka mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu...

p/s : hope mimpi indah yang lain muncul lah ;p

04 August 2011

part 1: aktiviti lepas terawih

agak-agak terawih selalu habis pukul berapa?yang lapan rakaat je la..kalau 20 rakaat ada gak yang habis dekat pukul 12.Alhamdulillah memang bagus.Masjid area sini, lapan rakaat je, saf tinggal dua je.tapi nasib baik ada lagi, kalau tak sian pada pak imam.so kalau diba dalam area pukul 10 malam tu dah habis 8 rakaat and witir.so malam semalam saja la nak keluar jap, isi minyak la katakan.memang suka isi malam.sebab JIMAT!ahaa semata-mata keluar selalu nak isi minyak.sebab apa jimat?haa nanti la diba cerita bagi yang tak tahu.he

ha..semalam makan tak sempat snap.so grab pic ni dalam internet;)


haa..nak dijadikan cerita dah lama nak merasa kedai tutti fruti tu.mula-mula tahu memang tak nak la makan sebab kedai yogurt kan.memang xminat kot!hee tapi sebab ada ternampak gambar kat blog someone ni, tengok macam aiskrim je.muahaha itu rasa tetiba nak merasa gak.dari hari-hari lepas nak pergi tak sempat.tak sangka semalam dah pukul 10.30 malam tutti fruti area bangi ni menyala lagi lampunya and banyak kereta.apa lagi jom la serang sekejap.akhirnya dapatlah merasa benda alah tu.memang sedap and tak rasa la yogurt tu sebab rasa aiskrim.so yang tak berminat yogurt macam saya pun boleh telan.he apa yang beshnya semalam hari 1st ladies promotion.every tuesday je tau sepanjang bulan ramadhan 15%.kalau student 10%.diskaun tu pilih salah satu je la.he try la.terliur je puasa-puasa ni tengok gambar dalam blog orang..hee

p/s : flavour yang sedap baru ni rasa "death chocolate"

01 August 2011

kesyukuran ramadhan


alhamdulilah.bertemu lagi aku ramadhan kali ini.Allah masih lagi peluang padaku untuk mempertingkatkan amalan dan pahala pada waktu ramadhan.harap aku sentiasa bersemangat dan istiqamah pada ramadhan kali ini serta dipermudahkan untuk melakukan perkara-perkara sunat.kemenangannya adalah syawal nanti.semoga semua umat islam dapat memanfaatkan ramadhan yang dikurniakan ini.salam ramadhan dariku;)

layan jap gelagat anwar hadi with his friend ni.he




p/s : juadah buka puasa 1 ramadhan??

30 July 2011

tetap ungu



kegilaan kepada purple or violet or ungu masih lagi dalam diriku.walaupun oren juga menjadi sasaran dan seterusnya kelabu.paling feberet tetap ungu la.band ungu pun sama.haha ini koleksi ungu terbaru.purse tropicana girl memang dapatkan warna betul lah.barang pertama beli sebab elaun masuk.bukan sebab nak beli tapi ternampak so selagi stok masih ada ambillah.tak dinafikan memang peminat tropicana life pun.papehal kena singgah gak kat tropicana life nya kedai if pergi mall.now ada macam-macam promotion.beli online sekarang free postage.ok kan..hee



p/s : handset je..tak sampai hati ag nak tukar smartphone..