18 October 2010

PHD membunuh jiwa


diri ini bukan seorang yang sempurna yang tidak mempunyai dosa tapi sebagai hamba Allah yang bernama insan sudah semestinya sifat alpa itu ada dalam diri.makna perkataan insan itu juga berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud lupa.kebelakangan ini kita dapat lihat dan dengar bermacam-macam kejadian berlaku dalam kehidupan seharian kita.boleh dikatakan semuanya berpunca daripada hasad dengki dan iri hati..seolah-olah manusia kini tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimilikinya..kebahagiaan orang lain dirampas,harta terlalu banyak hendak direbut, kecantikan paras rupa orang lain hendak dimusnahkan, jawatan yang disandang juga ingin dimiliki padahal semua itu bersifat sementara..sedar tidak sedar itulah yang kita lihat pada hari ini..

PHD membunuh jiwa

Hasad dengki diumpamakan seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti apa yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih berada di dalam diri, itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempurna, malah sifat itu adalah diwarisi daripada syaitan. Apabila sesorang itu mempunyai rasa hasad dengki mahupun dendam tidak mustahil syaitan akan memainkan peranan agar seseorang itu terus tersasar dan sesat dari pegangan agama islam...


Mari kita ambil dari kata-kata Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin menggariskan bahawa sifat "hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka." Itulah yang banyak berlaku pada hari ini..perlakuan keji dan mungkar ini timbul sehinggakan ibu bapa dan anak-anak tidak bertegur sapa, adik-beradik boleh berpecah, kawan-kawan boleh berputus sahabat, suami isteri boleh bercerai..Maka bagaimana hendak dilihat sifat perpaduan kita sebagai Muslim ingin dicapai..


Menurut Imam Al-Ghazali juga, dengki itu ada tiga jenis:

Pertama, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama.Tipulah kalau tiada sifat ini, diba juga merasakannya bagi meningkatkan kemajuan diri kita.Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah.Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.Apa yang penting tidak mendatangkan kesusahan atau keburukan pada orang lain, tetapi kita sendiri yang berubah meningkatkan kemajuan diri.

p/s: hadith dan kata-kata Imam Al Ghazali dipetik daripada Halaqah.net

4 pok pek:

ellieandcarl'sstories said...

this kind of phd also cause of permanent head damage.. mmg merosakkan.

diba said...

@ticnube
moga2 kita dijauhkan dri sifat ni or mnjdi mgsa hasad dengki;)

kerangRebus said...

haih..sugguh jht juga sy penuh sifat dgki..huhu ..mudah2han berubah cpt ke arh kbaikan ..amin~~! =_=

diba said...

@kerangRebus
hidup kita ni...mmg slalu prlukan prubhan..kearh kbaikan je taau..he