15 October 2010

weight and height


hari ini rasa tak selesa...mukus-mukus muncul dalam ruang hidungku..argh...membuatkan ku malas, padahal hidung je pun..yang lain baik-baik je....nasib baik hari ni jumaat hati senang je lau hari jumaat..tak nak wat entry berat-berat cuma nak share pasal berita terbaru yang berkaitan kanak-kanak dan ala ala kanak-kanak..satu pasal ketinggian satu pasal berat badan..




weight

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kilogram (kg) yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibunya Xiao Lin dari bandar Guangzhou, selatan China kini merayu doktor supaya membantu mengurangkan berat badannya.

"Saya membawanya berenang bagi tujuan senaman tetapi amat sukar untuk mencari pakaian renang yang sesuai buatnya," kata ibunya.

Beberapa doktor menyatakan kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan pertumbuhan hormon.

Purata berat kanak-kanak seusia dengannya ialah 12.70kg.

Seorang doktor dari sebuah hospital kanak-kanak Guangdong, Lu Hong berkata, kanak-kanak itu bukan sahaja berat berlebihan tetapi amat tinggi.

"Dia (kanak-kanak itu) tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegini kerana jantungnya tidak mampu untuk menanggung berat badannya," kata Hong.


height

POKHARA, Nepal - Seorang remaja Nepal, Khagendra Thapa Magar diisytiharkan sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh seorang pegawai Guinness Book of World Records, Marco Frigatti semalam.

Magar yang setinggi 67 sentimeter (sm) dan berat 5.5 kilogram (kg) mengambil alih gelaran itu daripada Edward Nino Hernandez dari Colombia yang setinggi 70sm.

Dia diumumkan sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas umurnya genap 18 tahun sekali gus menepati syaratGuinness Book of World Records yang hanya menyenaraikan individu berumur 18 tahun ke atas sebagai pemegang rekod dunia.

Majlis pengisytiharan itu diadakan di sebuah hotel di Pokhara barat Kathmandu, Nepal.

Semasa dilahirkan, beratnya cuma 600 gram.

Pada tahun depan, dia menjadi duta muhibah yang dilantik pemerintah sempena Tahun Melawat Nepal.

"Saya sangat gembira dan teruja," kata Magar yang merupakan anak seorang penjual buah-buahan.

Dia mempunyai adik lelaki berusia 13 tahun yang mempunyai ketinggian normal.

Doktor-doktor tempatan gagal menjelaskan punca yang menyebabkan tubuh Magar tidak membesar.

Dr. Hum Prasad Newpane yang menjadi doktor Magar sejak lima tahun lalu berkata, struktur tubuh remaja itu seperti budak tiga tahun dan dia berfikir serta berkelakuan seperti kanak-kanak.


p/s: kejadian Allah itu pelbagai dan setiapnya ada hikmah yang tersembunyi

7 pok pek:

ahsfantasy24 said...

sis..
2-2 tu sgt comel!! ◕‿◕

tdk dijadikn ssuatu itu sia2~
◕‿◕

piKOk said...

keciknya lelaki tuuuuu.
tp siyes comel..ehehe

diba said...

ahsfantasy@ a'ah kan..kiup je.nway..keadaan yg mcm mne pn shat2 je;)

pikok@ tu la..lme dh dye xmmbsar..tpi sbb umo die bru 18 tu yg msuk world records..he

Seri said...

dua2 ada masalah hormon rupanya

diba said...

@Seritu yg wat die jd lain dri yg normal..

ticnube said...

3 thn beso cm tuh.,.. iskk bio betol.. yg kecik, kecik sgt dh beso over la plak..

diba said...

@ticnube dah nak wat cmne..dh dilahirkan dye cm2..syukur je lah('',)