28 October 2010

bencana cinta


semakin rancak diri ini menonton sinetron cinta kirana dan terkesan terhadap kebahagiaan cinta dan kesakitan cinta di dalamnya..bila dilihat daripada aspek penderitaan dan kesakitan cinta bolehkah cinta ini dikatakan bencana..bencana ni semua aspek buruk sahaja ke..ahaa..cuba kita lihat salah satu bencana alam gunung berapi ni..ianya telah ditetapkan di dalam kejadian bumi akan terjadinya letusan gunung berapi dan mengeluarkan lavanya..kejadian ini amat digeruni namun pada beberapa ketika selepasnya kawasan yang dilimpahi lava akan menjadi subur dan mendatangkan keuntungan kepada manusia..betulkan..haa angguk-angguk..hee macam tu lah cinta..memang telah ditakdirkan dalam sesebuah hubungan percintaan itu adanya kebahagiaan dan kesedihan dimana setiapnya ada hikmah yang tersirat.


cinta ni kan bukan sekadar perasaan tapi cinta ni merupakan komitmen..sebab perasaan sebenarnya akan datang dan kemudian pergi..cinta tidak seharusnya berakhir bahagia kerana sebenarnya cinta tidak harus berakhir..mungkin pada suatu ketika cinta akan meninggalkan hatimu ibarat serpihan kaca-kaca yang dipecahkan..huk huk namun tajamkanlah fikiranmu pandang kehadapan bahawa ada seseorang yang akan datang merawat luka dan mencamtumkan kembali serpihan-serpihan kaca itu..sehingga hatimu akan bersemangat kembali..bahagiakan..

jika dirimu mencintai orang lain jangan terlalu mengharapkan orang yang kamu cintai itu mencintai kamu setaraf dengan cinta kamu itu..pasti diantaranya akan mencintai lebih dan adanya yang seorang lagi itu kurang..kerana itu didalam cinta ada yang mencari dan ada pula yang menanti....hanya orang yang bercinta itu dapat menilai cintanya..

jangan pernah takut untuk jatuh cinta terutamnya jatuh cinta kembali, mungkin akan menyebabkan kesakitan, kesedihan dan menderita..tapi jika tidak mengikut kata hati pastinya jauh lebih pedih dan mungkin ada penyesalan..kerana pada saat itu mungkin seseorang itu tidak memberikan cinta itu satu jalan...namun kata hati itu perlu juga diiringi dengan akal fikiran yang rasional

maka apabila komitmen cinta ini sedia diterima perlulah sedia untuk menerima penderitaan kerana jika hanya mengharapkan kebahagiaan bukanlah mencintai melainkan memanfaatkan..lebih baik kehilangan sifat ego itu daripada kehilangan seseorang yang kita cintai kerana dilihat perasaan itu yang selalu ada dalam sesuatu hubungan cinta..

kita selalu mendengar '' cintakan bunga akan layu..cintakan manusia akan mati..cintakan Allah kekal abadi..'' sangatlah benar namu dalam cinta manusia yang semua insan miliki perlulah '' mencintai seseorang itu bukan ibarat bunga kerana bunga akan mati maka mencintailah seperti samudra dikala lautan sentiasa mengalir selamanya''


cinta sejati mendengar walaupun tidak dikatakan dan mengerti walaupun tanpa penjelasan sebab cinta tidak hadir dari bibir dan lidah atau fikiran melainkan dari HATI..

p/s: daaaa...bebelanku sebelum tido..nite~




14 pok pek:

ghost said...

sampai 2 entry ko pasal cinta jer diba..adakah hatimu sudah didatangi musim bunga?atau semakin berkembang bunganya?

Attoae said...

k.dba asyik tulis tang cinta jekk lately... sah laa tuhh ati sdg berbunga-bunga... ble maw tawen nihh...???

diba said...

@si biskut
aha..trpost 2 kli..dh delete pn stu..ehee mne ade skang bru nak tnam je bunga nye..haa

diba said...

@attoae
ceh..bile plak blog akk bnyk post cinta..he sje nk kne kan la tu mntang2 bru ni akk tnye psal lagu..hee tggu fizah tawen lu la;p

KuntumMarjinah said...

waduh cinta cinta cinta....:-)
kdng2 nida sndri tak phm apa mksd cinta...sbb dh jmpa cinta dlm pelbgai bntuk..kdng2 tk d sngka2 tu la cinta...hihihihi

nie msti kes dh jtuh hati ni^_^

Seri said...

musim bunga datang lagi ke diba? hehe

drama tv ni. jap baik jap gaduh jap merajuk jap elok balik. tapi kadang2 layan gak. siap cari sinopsis 'cinta kirana' sebab tak tahan nak menunggu kat tv

Mr_17 said...

ni tgh layang jiwang la ustazah kita nie..ahahaha

diba said...

@:"♥Warnida:"♥
mmg la..pape pn cinta xprnah d sangka...he

diba said...

@Seri
aaha..mmg lyan ah lau tgk cite tu..mnjdi je watak2 dye..he

diba said...

@Mr_17
stahun skali xdr salah nyr kan..hee

Unknown said...

best je baca..
logik..
tapi realitinya kadang-kadang bukan macam ni..

diba said...

@En Jay
realitinya brgantung pd yg mncintai dan dicintai('',)

Unknown said...

peh, sedap jwapan ko tu..
aah depend.. setuju2

nway nice post, keep going

diba said...

@En Jay
aha..xslah kn..he

ok u too..keep blogging..teng's ;)