31 October 2010

attracted


I was attracted to it


suggested entry:


p/s: smalam tak sihat hari ini letih..entry yg pendek...daa~~

28 October 2010

bencana cinta


semakin rancak diri ini menonton sinetron cinta kirana dan terkesan terhadap kebahagiaan cinta dan kesakitan cinta di dalamnya..bila dilihat daripada aspek penderitaan dan kesakitan cinta bolehkah cinta ini dikatakan bencana..bencana ni semua aspek buruk sahaja ke..ahaa..cuba kita lihat salah satu bencana alam gunung berapi ni..ianya telah ditetapkan di dalam kejadian bumi akan terjadinya letusan gunung berapi dan mengeluarkan lavanya..kejadian ini amat digeruni namun pada beberapa ketika selepasnya kawasan yang dilimpahi lava akan menjadi subur dan mendatangkan keuntungan kepada manusia..betulkan..haa angguk-angguk..hee macam tu lah cinta..memang telah ditakdirkan dalam sesebuah hubungan percintaan itu adanya kebahagiaan dan kesedihan dimana setiapnya ada hikmah yang tersirat.


cinta ni kan bukan sekadar perasaan tapi cinta ni merupakan komitmen..sebab perasaan sebenarnya akan datang dan kemudian pergi..cinta tidak seharusnya berakhir bahagia kerana sebenarnya cinta tidak harus berakhir..mungkin pada suatu ketika cinta akan meninggalkan hatimu ibarat serpihan kaca-kaca yang dipecahkan..huk huk namun tajamkanlah fikiranmu pandang kehadapan bahawa ada seseorang yang akan datang merawat luka dan mencamtumkan kembali serpihan-serpihan kaca itu..sehingga hatimu akan bersemangat kembali..bahagiakan..

jika dirimu mencintai orang lain jangan terlalu mengharapkan orang yang kamu cintai itu mencintai kamu setaraf dengan cinta kamu itu..pasti diantaranya akan mencintai lebih dan adanya yang seorang lagi itu kurang..kerana itu didalam cinta ada yang mencari dan ada pula yang menanti....hanya orang yang bercinta itu dapat menilai cintanya..

jangan pernah takut untuk jatuh cinta terutamnya jatuh cinta kembali, mungkin akan menyebabkan kesakitan, kesedihan dan menderita..tapi jika tidak mengikut kata hati pastinya jauh lebih pedih dan mungkin ada penyesalan..kerana pada saat itu mungkin seseorang itu tidak memberikan cinta itu satu jalan...namun kata hati itu perlu juga diiringi dengan akal fikiran yang rasional

maka apabila komitmen cinta ini sedia diterima perlulah sedia untuk menerima penderitaan kerana jika hanya mengharapkan kebahagiaan bukanlah mencintai melainkan memanfaatkan..lebih baik kehilangan sifat ego itu daripada kehilangan seseorang yang kita cintai kerana dilihat perasaan itu yang selalu ada dalam sesuatu hubungan cinta..

kita selalu mendengar '' cintakan bunga akan layu..cintakan manusia akan mati..cintakan Allah kekal abadi..'' sangatlah benar namu dalam cinta manusia yang semua insan miliki perlulah '' mencintai seseorang itu bukan ibarat bunga kerana bunga akan mati maka mencintailah seperti samudra dikala lautan sentiasa mengalir selamanya''


cinta sejati mendengar walaupun tidak dikatakan dan mengerti walaupun tanpa penjelasan sebab cinta tidak hadir dari bibir dan lidah atau fikiran melainkan dari HATI..

p/s: daaaa...bebelanku sebelum tido..nite~




26 October 2010

sSsSsSsS


sSsSsSsS=== saya telah ditag..oleh cikgu azam (ipg ipoh)...kui2,walaupun sebenarnya malas..hee saya akan menggunakan setiap ayat dengan huruf S k...dah baca sila senyum je('',)


Once you have been tagged, you are supposed to write a note

with 25 random things, fact, habits, or goal about you.

At the end, choose 25 people to be tagged.

You have to tagged the person who tagged you

If I tag you, its because i want to know more about you

gambar hiasan: cuba teka umur girl lam gambar ni??

1. suka jalan-jalan makan angin..mujur la angin tak ada mulut ley makan semua orang..aaha

2.sudah biasa dikatakan sombong sebelum orang mengenali diri ini..eceeh..he

3.sampai bila-bila pun tetap suka warna ungu ni

4.sangat tertarik kepada lelaki yang bermuka kebudak-budakkn kot..wahaaha

5.sana-sini tetap mengingati ibu dan ayah tercinta

6.sesiapa pun jangan cuba merampas kebahagiaan yang diba ada tau!

7.sensitif bila masa memerlukan...hu

8.suruh masak boleh....menjahit belum pro lagi la

9.saat-saat waktu di sekolah amat dirindui

10.sekolah ku : intersaber, sliss, samsed

11.sengal-sengal badan apabila hendak ke kelas dan sesuka hati tido sahaja di bilik (kadang-kadang)

12.selalu mandi pada waktu yang ditetapkan sendiri

13.sejuk yang teramat apabila berada di dalam econ sampai ada yang berkata ''ko darah sejuk ke diba''

14.sweet sour sangat suka tapi gula-gula tak suka

15.selain itu,suka sangat melayan sinetron indonesia hindustan no no no!

16.sejenak terfikir bila lah tarikh kawin aku ek...hoho

17.solat pada waktu yang tidak diharamkan

18.senior kerek sangat anti!tapi jadi senior kerek mcam besh kot..huk

19.semalam aku makan roti canai

20.sudah-sudah la..rasa penat la nak jawab sampai 25 ni

21. sungguh terharu pada yang menghargai

22.simple jangan yang serabut-serabut last2 kelam kabut

23.study smart better than stud hard (tuk yang kurang rajin)

24.susah macam mana pun hidup ni kena tempuh gak..harap diri ini tabah

25.semua yang diatas tiada menyentuh individu atau pihak lain hanya diri ini..

p/s: daaaaaa!jawab la tag ni sapa2 yang rajin ek('',)

iwak sardin


"seng jeneng nge iwak yo..sopo orak kenal"..hee saja nak mulakan dengan bahasa keturunan diba..tapi tak pandai pun nak bertutur..tahu untuk menggunakan dan faham bila didengar..

iwak = ikan

lately ni diba kurang update blog memandangkan line broadband yang agak slow..rasa dah duduk kawasan bandar..huh camtu lah..kadang-kadang rasa tak berbaloi setiap bulan..pasal entry ikan sardin ni konpem semua orang suke kan..suka makan la...tak suka angkat tangan..yang dalam tin tu la..ramai beli lagi-lagi yang duduk kat asrama..dulu diba pernah dengan pasal ikan sardin satu jenama ni yang dikatakan sedap sebab diletakkan katak dalam ramuannya..aahaa dengar macam tak percaya je..ni ada satu lagi kisah pasal orang yang suka makan ikan sardin dalam tin..dapat daripada kiriman e-mel dan mungkin ada yang pernah terbaca di FB


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Assalamualaikum wbh


Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal. Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin.

Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin. Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin.

Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya. Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras. Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin. Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin?

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

p/s: berhati-hati lah dengan makanan yang korang makan..kesihatan perlu diutamakan

21 October 2010

Rianti Cartwright murtad??


agak-agak korang ingat tak gambar kat atas ni berkaitan dengan apa??? tak ingat pun tak apa lah...diba jawab je..haha dulu kita pernah dihujani dengan fenomena Ayat-ayat cinta iaitu sebuah filem cinta yang dikatakan Islamic daripada Indonesia..berdasarkan adaptasi novel oleh penulis terkenal Habiburrahman El-Shirazi..Pelakon utama dalam filem ini seperti mana di dalam gambar diatas iaitu Rianti Rhiannon Cartwright yang memegang watak Aisha isteri kepada Fahri dikatakan telah keluar daripada Islam dengan kata nama lain murtad..ketika berita ini disiarkan terdapat lagi 2 orang pelakon Indonesia yang turut murtad..maklumat lanjut disini..

Rianti Cartwright merupakan pelakon terkenal di Indonesia yang juga banyak berlakon di dalam sinetron yang berkonsepkan Islamic seperti Munajah Cinta yang seingat diba pernah ditayangkan di TV9..pelakon ini dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas..Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.Rianti juga dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

p/s: now Ayat-Ayat Cinta dah habis musim..beralih arah ke Ketika Cinta Bertasbih


20 October 2010

Kotak : Episod 2


hye! wah seronoknya hari ni..rasa dah merdeka plak..padahal exam belum lagi..hee menunggu tarikh exam lama lagi 9hb November nanti..hari ini selesai ujian hafazan yang bagi diba subjek killer kot untuk semester 6 ni....memperbanyakkan masa bersama kotak ungu dikala masa-masa begini kuliah mungkin berkurangan..hee rasa tempat yang paling besh kot kotak ungu ni..tempat tido yang paling bahagia diwaktu diba menuntut di IPG ini..hee

sebahagian suasana di dalam kotak ungu

kotak ungu ni diba sayang sangat even setiap minggu kerap kali diba tinggalkan kerana kerinduan terhadap ibu dan ayah..maka pulanglah ke rumah..boleh kata setiap minggu kalau tak balik maksudnya ada aktivitilah kat sini..tapi kadang-kadang rasa tertekan juga jikalau lama berada di dalam kotak ungu ini..yelah kalau satu hari terperuk dalam kotak ungu ni boleh demam kot...kena juga tengok dunia luar..hee sudah lebih kurang 4 tahun diba mendiami kotak ungu ini..dikira dari awal 2007 hinggalah akhir 2010 ini..sedih juga bila memikirkan mungkin tahun depan tidak lagi dapat mendiami kotak ungu ini..waaa..mesti rindu sangat kot..


pemiliknya('',)


p/s: sekali lagi setiap episod bagi entry kotak ini segalanya tiada kaitan..hanya bertemakan kotak (kununnyaa)=p

18 October 2010

PHD membunuh jiwa


diri ini bukan seorang yang sempurna yang tidak mempunyai dosa tapi sebagai hamba Allah yang bernama insan sudah semestinya sifat alpa itu ada dalam diri.makna perkataan insan itu juga berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud lupa.kebelakangan ini kita dapat lihat dan dengar bermacam-macam kejadian berlaku dalam kehidupan seharian kita.boleh dikatakan semuanya berpunca daripada hasad dengki dan iri hati..seolah-olah manusia kini tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimilikinya..kebahagiaan orang lain dirampas,harta terlalu banyak hendak direbut, kecantikan paras rupa orang lain hendak dimusnahkan, jawatan yang disandang juga ingin dimiliki padahal semua itu bersifat sementara..sedar tidak sedar itulah yang kita lihat pada hari ini..

PHD membunuh jiwa

Hasad dengki diumpamakan seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti apa yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih berada di dalam diri, itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempurna, malah sifat itu adalah diwarisi daripada syaitan. Apabila sesorang itu mempunyai rasa hasad dengki mahupun dendam tidak mustahil syaitan akan memainkan peranan agar seseorang itu terus tersasar dan sesat dari pegangan agama islam...


Mari kita ambil dari kata-kata Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin menggariskan bahawa sifat "hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka." Itulah yang banyak berlaku pada hari ini..perlakuan keji dan mungkar ini timbul sehinggakan ibu bapa dan anak-anak tidak bertegur sapa, adik-beradik boleh berpecah, kawan-kawan boleh berputus sahabat, suami isteri boleh bercerai..Maka bagaimana hendak dilihat sifat perpaduan kita sebagai Muslim ingin dicapai..


Menurut Imam Al-Ghazali juga, dengki itu ada tiga jenis:

Pertama, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama.Tipulah kalau tiada sifat ini, diba juga merasakannya bagi meningkatkan kemajuan diri kita.Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah.Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.Apa yang penting tidak mendatangkan kesusahan atau keburukan pada orang lain, tetapi kita sendiri yang berubah meningkatkan kemajuan diri.

p/s: hadith dan kata-kata Imam Al Ghazali dipetik daripada Halaqah.net

17 October 2010

Kotak : Episod 1


Kotak Kayu + Dalam Tanah =Keranda

Hari ni nak cerita pasal keranda..tapi bukan nak tazkirah tentang sakaratul maut...hu cuma perasaan ni geram sangat beberapa hari lepas sebab berasa seolah-olah diperkotak katik kan di dalam kotak kayu..tapi bukan diba duduk dalam kotak kayu or keranda..sebenarnya geram dengan satu movie kat cinema sekarang,baru ni main redah je pergi tengok movie..konon-konon tak nak la tengok cerita melayu..so pilih la cerita omputih...ha..tajuk macam ok..siap 18 tahun keatas je..keluar wayang frust je...huk2 ..


tajuk movie : BURIED

pelakon : sorang je tak ingat nama dye..he and ada ular seekor

tempat : kotak kayu lebih tepat keranda sahaja..terang and gelap dalam tu je..ha

bahan-bahan : handphone and mancis


jalan cerita dye simple je..orang tu ditanam hidup-hidup selepas ditahan..then lepas sedar tengok-tengok lam keranda..mengisahkan bagaimana dye cuba untuk menyelamatkan dirinya keluar daripada keranda..endingnya mati juga tertimbus dengan pasir...huh! mybe ada orang lain kata best...pendapat orang kan lain-lain ...daa~

p/s :entry ni bermulanya episod yang bertemakan kotak dan jalan cerita yang berbeza untuk episod seterusnya...hee


Perhimpunan Guru 1 Malaysia


guru-guru malaysia yang hadir dari seluruh Malaysia

hari ni tanggal 16 oktober 2010 merupakan hari bersejarah apabila julung kalinya diadakan Perhimpunan Guru 1 Malaysia bersama kepimpinan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak..

dah batch terpilih kami tuk hadiri perhimpunan tu..so ikut je lah...budak baik..tak nak la ponteng-ponteng..eceh..hee dah tak dapat nak weekend kat rumah...waaaaaaaaaa! sekejap je pun kat sana..tapi terdetik juga rasa bangga bakal menjadi guru walaupun pada dasarnya dahulu tidak minat dalam bidang ini...tersentuh juga mendengar sajak yang dinukilkan dan dideklamasikan oleh penulis sajak tersebut khas buat guru-guru di Malaysia...apa yang paling penting profesion perguruan dikatakan profesion yang mulia..tidak perlu untuk diperincikan kerana semua orang dan manusia mempunyai guru dan dapat menilai sendiri siapakah sebenarnya guru..

dalam perhimpunan tadi just ucapan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri..then ada persembahan dari IPGM Kampus Ilmu Khas...nway nama IPG Kampus Pend. Islam pun bergema di Stadium Putra Bukit Jalil apabila pembaca doa diumumkan...Timbalan Pengarah IPG diba membacakan doa..amin...

button yang diberikan "guru pemangkin 1 Malaysia''

antara isi ucapan Perdana Menteri yang penting bagi guru-guru ialah :

guru perempuan boleh mendapatkan cuti bersalin selama 90 hari..yeah! bangga jadi perempuan...haa kahwin pun belum..tapi guru-guru yang rajin or rasa bosan kat umah..kurang dari 90 hari masuk sekolah pun tak apa..lau diba nanti tak kan sia-sia kan peluang ni..eceh;p

kemudian, beliau juga mengumumkan bahawa PTK untuk guru dalam perancangan untuk dimansuhkan..kemungkinan bermula Jun tahun hadapan..bagus gak..tengok ramai guru-guru yang merungut pasal PTK ni..tak payah tengok jauh, ibu diba pun..huk2

pengumuman terakhir dari Perdana Menteri ialah sumbangan RM500 bonus bagi guru yang bawah DG 54 dan guru-guru pesara....ha tu je lah yang diba dengar..lau diba tersalah dengar betulkan la ye...he.

at the end Perhimpunana tu nyanyi lagu 1 Malaysia dan Malaysia Berjaya...kenapa la tak nyanyi lagu Guru Malaysia..tak termasuk pulak dalam tentatif...kalau ada mesti lagi bersemangat...he

p/s: pape pun..elaun IPG tetap sama..he



16 October 2010

kek mufin crayon




nampak sedap tak kek mufin ni...siap ada crayon lagi..sapa nak boleh tempah ye..ngee..tipu2x,,haha just special wish for mama in my class..





may your birthday bring you as much happiness as you give to everyone who knows you
p/s: semoga bahagia bersama papa..ops;p

15 October 2010

weight and height


hari ini rasa tak selesa...mukus-mukus muncul dalam ruang hidungku..argh...membuatkan ku malas, padahal hidung je pun..yang lain baik-baik je....nasib baik hari ni jumaat hati senang je lau hari jumaat..tak nak wat entry berat-berat cuma nak share pasal berita terbaru yang berkaitan kanak-kanak dan ala ala kanak-kanak..satu pasal ketinggian satu pasal berat badan..




weight

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kilogram (kg) yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibunya Xiao Lin dari bandar Guangzhou, selatan China kini merayu doktor supaya membantu mengurangkan berat badannya.

"Saya membawanya berenang bagi tujuan senaman tetapi amat sukar untuk mencari pakaian renang yang sesuai buatnya," kata ibunya.

Beberapa doktor menyatakan kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan pertumbuhan hormon.

Purata berat kanak-kanak seusia dengannya ialah 12.70kg.

Seorang doktor dari sebuah hospital kanak-kanak Guangdong, Lu Hong berkata, kanak-kanak itu bukan sahaja berat berlebihan tetapi amat tinggi.

"Dia (kanak-kanak itu) tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegini kerana jantungnya tidak mampu untuk menanggung berat badannya," kata Hong.


height

POKHARA, Nepal - Seorang remaja Nepal, Khagendra Thapa Magar diisytiharkan sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh seorang pegawai Guinness Book of World Records, Marco Frigatti semalam.

Magar yang setinggi 67 sentimeter (sm) dan berat 5.5 kilogram (kg) mengambil alih gelaran itu daripada Edward Nino Hernandez dari Colombia yang setinggi 70sm.

Dia diumumkan sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas umurnya genap 18 tahun sekali gus menepati syaratGuinness Book of World Records yang hanya menyenaraikan individu berumur 18 tahun ke atas sebagai pemegang rekod dunia.

Majlis pengisytiharan itu diadakan di sebuah hotel di Pokhara barat Kathmandu, Nepal.

Semasa dilahirkan, beratnya cuma 600 gram.

Pada tahun depan, dia menjadi duta muhibah yang dilantik pemerintah sempena Tahun Melawat Nepal.

"Saya sangat gembira dan teruja," kata Magar yang merupakan anak seorang penjual buah-buahan.

Dia mempunyai adik lelaki berusia 13 tahun yang mempunyai ketinggian normal.

Doktor-doktor tempatan gagal menjelaskan punca yang menyebabkan tubuh Magar tidak membesar.

Dr. Hum Prasad Newpane yang menjadi doktor Magar sejak lima tahun lalu berkata, struktur tubuh remaja itu seperti budak tiga tahun dan dia berfikir serta berkelakuan seperti kanak-kanak.


p/s: kejadian Allah itu pelbagai dan setiapnya ada hikmah yang tersembunyi

14 October 2010

Dia Milikku


aha..tengok tajuk entry mesti terpikir pasal luahan jiwang2 kan...tak apalah lain kali lah nak cerita jiwang2 ek..he actually sekarang fenomena sinetron indonesia cinta kirana yang menggantikan benci bilang cinta yang ramai juga penontonnya..kira-kira 2 bulan dah sinetron ni ditayangkan..dah lama gak diba layan cerita ni..boleh tahan lah...jalan cerita tak pernah lagi ada yang camtu..bila tengok cerita ni rasa betapa payah nya kirana nak mencapai kebahagiaan..nice gak cerita ni..kelakar pun ada kan3x?? tuk sape yang tengok tu la..hee tajuk entry ni.. OST cinta kirana ni..lirik lagu dia memang sesuai sangat2..hee


Dia Milikku

Yovie & The Nuno

semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu

reff:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

reff2:
dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
kusarankan engkau mundur saja, ooo

repeat reff
repeat reff2

dia untuk aku
bukan, dia untuk aku


even kadang tak sempat nak tengok masa tyme sebenar ditayangkan..tengok ulangan pun berulang kali..hee maklumlah ASTRO kan..balik kuliah je bilik tv sambil makan2 lunch..lagi-lagi sekarang ni..rileks sangat asgment semua lama dah hantar..he teruja juga nak tengok sebab pelakon utama dia ley kata cute dan handsome...kan3x haaa sekarang dah separuh episod gak la ditayangkan..he



sinopsis cinta kirana

Kirana adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari Saat sedang mengantarkan Koran pada pelanggannya, Kirana tertabrak mobil yang dikemudikan Galang. Karena Galang malah menertawakannya, Kirana kehilangan emosi dan menampar Galang.

Saat tau kejadian yang menimpa neneknya, Kirana marah besar. Kirana mendatangi rumah Rama dan melabraknya. Rama lalu ikut dengan Kirana ke RS untuk mengurus segala hal. Betapa terkejutnya Rama saat melihat Sita. Ternyata Rama dan Sita dulunya adalah sepasang kekasih yang terpisah karena keadaan.

Rama yang menyukai Kirana berniat menjodohkan Kirana dengan Galang. Rama berjanji pada Sita untuk menyatukan kedua cucu mereka itu. Sementara itu Riana diminta oleh Sandra, ibunya, untuk secepatnya meresmikan hubungannya dengan Galang. Riana dan Ibunya mempunyai niat jelek untuk memanfaatkan harta Galang, supaya mereka dapat hidup senang.

Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan Hati, Rama tetap memintanya bertemu dengan Kirana. Galang akhirnya bersedia. Kirana yang juga dipaksa oleh neneknya, akhirnya mau menemui Galang. Tapi pertemuan mereka selalu berujung dengan keributan, sampai akhirnya Rama yang melihat mereka bertengkar memberitahu kalau Galang dan Kirana sudah dipertunangkan. Galang dan Kirana sama sama terkejut. Kirana yang pusing curhat pada Baim. Baim yang memang mencintai Kirana, mengajak Kirana kabur.

Peristiwa demi peristiwa yang dihadapi Kirana dan Galang membuat mereka dekat, dan tanpa mereka sadari, benih benih cinta mulai muncul dihati mereka. Saat hubungan Kirana dan Galang mulai membaik, terjadi sebuah kecelakaan. Galang yang harus melakukan pekerjaan ke luar kota, mengalami kecelakaan dan dinyatakan meninggal, Karena semua orang menganggap Galang sudah meninggal, usaha keluarga Kakek mengalami kebangkrutan, Kirana berusaha menenangkan Kakek dan nenek Galang dan berjanji akan menjadi penopang keluarga. Melihat semua usaha Kirana, Kakek dan Nenek terharu.

Kirana lalu mencari pekerjaan, mulai dengan narik bajaj sampai jadi tukang cuci piring di sebuah restoran namun tak satupun yg sukses. Semua gagal karena kecerobohannya. Kirana yang putus asa lalu menemui salah seorang teman Galang untuk minta kerjaan. Teman Galang itu lalu memperkenalkannya pada seorang Pria bernama Evandra. Evandra pemilik penerbitan kecil yg tak menerima karyawan perempuan akibat membenci perempuan. Semakin mengenal Kirana Kebencian Evandra terhadap wanita juga perlahan-lahan menghilang setelah ia merasa menyukai Kirana. Sayangnya semua tahu bahwa Kirana sangat setia dan masih menunggu Galang.

Suatu hari saat sedang bekerja, Kirana bertemu dengan seseorang yang sangat mirip dengan Galang, tapi dia tidak mengenali Kirana dan mengatakan bahwa namanya adalah Mischa, dan dia adalah tunangan seorang Wanita bernama Renata.

Mischa sebetulnya adalah Galang namun karena Tidak tega meninggalkan Renata yang sudah menolongnya, dia rela mengambil jati diri Mischa yang sebenarnya adalah Adik kembarnya. Galang terus berakting sebagai Mischa untuk Renata. Namun tanpa sepengetahuan Renata, Galang suka diam-diam mendatangi rumahnya hanya untuk memandang wajah Nenek, Kakek atau Kirana. Galang bahagia karena Kirana menjaga keluarganya namun juga hancur karena tak bisa mengembalikan cintanya untuk Kirana.

Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Cinta_Kirana

p/s:entry ni tuk blogger yang layan sinetron indonesia..diba minat je.('',)