16 December 2010

tujuh salam


titipan tujuh salam

salam pertama
adalah sebuah bisikan
menusuk hati seorang jejaka
debar menanti saat pertemuan

salam kedua
dihulur buat sang perawan
kala menerpa kerinduan
tatkala cinta membara

salam ketiga
meniti janji keyakinan
antara dua insan
menyimpul ikatan kesetiaan

salam keempat
terucap kala memasuki istana
lalu memeluk sang bidadari
menyatakan kasih bahagia

salam kelima
bersambut di malam pertama
dalam desah seorang isteri
sama membaringi kenikmatan

salam keenam
gemanya mengiringi tangisan
mengejutkan lena seorang lelaki
mengisi detik-detik penantian

salam ketujuh
tanda kesyukuran nan penuh
pada menerima anugerah ilahi
tanda puji-pujian bagi keagunganNya


dipetik dari nukilan seorang putera*


p/s: bersyukur kehadrat ilahi dengan segala ketentuannya






Photobucket

15 December 2010

hari Asyura'


Seperti mana yang kita ketahui sekarang kita berada dalam bulan Muharram.Esok merupakan Hari Assyuuraa (disebut Asyura),ia berasal dari perkataan Arab, Asyara yang bermaksud sepuluh. Hari ke sepuluh Muharram pula dipanggil hari Assyuuraa.


Sabda Rasulullah SAW; "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa. Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka Allah anugerahkan pahala 10000 ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10000 syuhada (mati syahid) dan dikurniakan pahala 10000 pahala Haji dan Umrah. Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka Allah melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut. Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram".


Di antara fadhilat lain Hari Assyuuraa :

1. Allah menjadikan Adam dan Hawa pada 10 Muharram
2. Allah memasukkan Nabi Adam ke syurga pada 10 Muharram
3. Allah menjadikan syurga pada 10 Muharram
4. Allah menyelamatkan dari api neraka pada 10 Muharram
5. Allah menyembuhkan bala Nabi Ayub pada 10 Muharram
6. Allah memberi taubat kepada Adam pada 10 Muharram
7. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada 10 Muharram
8. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman pada 10 Muharram
9. Allah menenggelamkan Firaun pada 10 Muharram
10. Allah menerima taubat Nabi Adam pada 10 Muharram
11. Allah menaikkan darjat Nabi Idris pada 10 Muharram
12. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan pada 10 Muharram
13. Allah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharram
14. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit pada 10 Muharram
15. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada 10 Muharram
16. Allah menurunkan rahmat pertama pada 10 Muharram
17. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api Namrud pada 10 Muharram
18. Allah menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
19. Allah menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
20. Allah menciptakan lautan pada 10 Muharram
21. Allah menciptakan Qalam (pena) pada 10 Muharram
22. Allah menciptakan Luh Mahfuz (papan tulis) pada 10 Muharram
23. Allah menyelamatkan Nabi Ismail dari sembelihan pada 10 Muharram
24. Allah menurunkan hujan pertama pada 10 Muharram
25. Allah menyelamatkan bahtera Nabi Nuh pada 10 Muharram
26. Penyakit Nabi Ayub disembuhkan pada 10 Muharram
27. Nabi Isa diangkat ke langit pada 10 Muharram
28. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharram
29. Nabi Isa dilahirkan pada 10 Muharram
30. Hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh pada 10 Muharram

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; "Hari Assyuuraa ialah hari diterimanya taubat Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Firaun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa".

Oleh itu kita digalakkan berpuasa pada Hari Asyura ini.Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.('',)



Photobucket

14 December 2010

1 virus seringgit


1 virus seringgit


korang rasa kat mana nak jumpa virus semurah ini..hee virus ni bukan stakat ada kat sesetengah tempat tapi semua tempat yang ada komputer..actually ini hendak menceritakan pasal virus komputer..paling senang nak dapat virus ni kalau kita pergi cyber cafe or kedai komputer untuk printing..betul tak??ehee..


hendak dijadikan cerita..bulan lepas diba ada lah sedikit urusan kerajaan di shah alam..eceh..masa ni memang urgent sangat nak print surat rasmi...tak sempat nak print kat rumah..cari punya cari kedai jumpa satu kedai gambar..kat tempat tu bagi print tapi die kata kalau pendrive ada virus kena cas..huh.. diba dengar macam pelik je..tapi ibu nak juga print kat kedai tu..nasib baik tak ada virus...actually harga satu virus yang muncul seringgit...hee


tak kisah lah..nak cas tu... 2 3 hari tengok pendrive tu...document yang di print kat kedai tu..dah terdelete..memang kedai tu lah..sebab last guna pendrive masa print tu..aish geram juga..maklumlah surat rasmi tu untuk urusan kerajaan..boleh kata antara hidup dan mati kot..betapa pentingnya..tapi bukan diba punya...my mum punya....hee


p/s : lain kedai lain style..macam2 kan..hee





Photobucket

menjawab


sory to effah sebab akak lambat ckit amek award ni.apapun terima kasih('',)


nway..rasa sonok sangat dapat follower macam effah





Photobucket

13 December 2010

12/12

pinky theme...gambar dari FB..hee

12 disember 2010

dua tahun berturut since tahun lepas diba tiada dirumah pada tarikh 12/12..maklumlah tarikh cantik untuk wedding kan..tahun lepas di besut, terengganu dan tahun ni diba ke ipoh, perak untuk perkahwinan rakan sekelas syakira dan pasangannya muhammad yang juga rakan semaktab diba..aha..tahun depan tak tahu plak kat mane..hee wait and see....

tahniah untuk kamu berdua ('',)'',) semoga berbahgia ke akhir hayat~



salah satu gambar dari cameraman




p/s : kebahagiaan dalam pertemuan bila ramai member-member datang('',)



Photobucket

10 December 2010

maha 2010


sempena cuti sekolah ni sempat juga pergi ke pameran-pameran..maklumlah bosan-bosan boleh juga cuci mata..

pameran MAHA yang diketahui ramai telah pun tamat..macam2 yang boleh kita dapat dari pameran tu..kalau nak tengok satu-satu, satu hari pun tak habis..buah-buahan, sayur-sayuran semuanya murah..

ada cadangan PM bahawa tapak pameran MAHA ni dijadikan tapak pelancongan dan sentiasa mempunyai aktiviti setiap bulan..

ha..semua ada tinggal beli je..tapi mcd tak ada la plak


ha lempok durian cara terkini


ada tembikai 4 segi time ni


nampak macam real gak la gambar ni


di tapak pameran



sempat gak snap gambar sendiri..he



p/s: korang rasa best tak pameran nI??huk2




Photobucket

06 December 2010

1432 H

buka minda, terangi hati, ringankan anggota badan dengan kebaikan dan amal soleh demi mencapai keredhaan Ilahi

peliharalah hablum minannas disamping hablum minaALLAH.

tinggalkan yang keruh ambillah yang jernih

selamat menempuh tahun baru Hijrah('',)

p/s:selagi ada masa di dunia ini..hijrah lah kearah kebaikan




Photobucket

01 December 2010

kehijauan menghilang



tatkala pulang ke kampung
daku sempat mendaki kebun yang berbukit
selangkah demi selangkah mengalir peluhku
sesampainya di puncak
ku lihat kiri dan kanan
kanan masih ku lihat kehijauan yang nyaman
kurasakan mataku tenang melihatnya
namun dikiri ku lihat ukiran tanah
ukiran berbentuk 'c' tanpa pokok
mungkinkah tanah kupijak itu akan begitu
aku harap tidak
namun takdir yang menentukan nasib tanah tersebut..
kurasakan mataku semakin tidak tenang melihat
tanah yang gersang tanpa sebarang pepohon..

p/s: save our world!




Photobucket

28 November 2010

doa nenek


Sarah Omar

RIYADH: Nenek Barack Obama, dari Kenya yang menunaikan ibadat haji di Makkah memberitahu bahawa beliau mendoakan supaya Presiden Amerika Syarikat itu memeluk Islam, lapor akhbar di sini semalam.

“Saya doakan cucu saya Barack supaya memeluk Islam,” kata Sarah Omar, 88, dalam temu bual bersama akhbar harian Al-Watan di Jeddah selepas beliau menunaikan haji.

Akhbar itu melaporkan Sarah berada di Arab Saudi untuk mengerjakan haji bersama anak lelakinya yang juga bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama dan empat cucu perempuannya sebagai tetamu Raja Arab Saudi.
Sarah memberitahu akhbar itu beliau hanya boleh membincangkan mengenai perkara berkaitan haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai politik Obama.

“Saya amat gembira kerana mengingati semula apa yang diajar guru di sekolah rendah dulu yang pernah menceritakan mengenai Makkah dan Madinah ketika kami kanak-kanak,” katanya yang berasal dari kampung Koglilu di barat Kenya.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau terhadap kemenangan penggal kedua Obama di Rumah Putih, Sarah ketawa sambil memandang ke arah anaknya Saeed Obama dan cucu beliau.

“Allah saja yang mengetahuinya, ia adalah masa depan yang kita tidak tahu.” Beliau juga mendoakan agar Raja Abdullah cepat pulih sambil menyifatkan pemimpin itu seorang raja yang amat baik.

Putera Mamdouh menganjurkan majlis makan malam bagi menghormati Sarah, anak lelaki dan cucu beliau di istana di Jeddah kelmarin.

Faisal Ambuya, sepupu Obama yang memeluk Islam di bawah bimbingan Sarah berkata: “Nenek saya amat berminat mengajak orang bukan Islam memeluk Islam dan saya belajar mengenai Islam daripadanya.

“Apabila pulang ke kampung saya akan beritahu penduduk mengenai kekuatan Islam,” katanya.

Bapa saudara Obama, Saeed, pula berkata beliau tidak menyangka dapat mengerjakan haji tahun ini.

“Saya amat gembira kerana dapat mengerjakan haji. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana membawa kami mengerjakan haji.”

Musa Ismail, anak lelaki ibu saudara Obama yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi keluarga itu berkata beliau seorang pelajar di Universiti Islam Madinah dan merasakan beliau seperti milik Arab Saudi.



p/s: berita di petik di akhbar Metro-27/11/2010

Photobucket

26 November 2010

Daiso


pusat peralatan/ kedai serbaneka

dah beberapa hari ni tak post entry..biasalah cuti-cuti akhir tahun ni sibuk juga.berjalan cuci-cuci mata.hari ni baru rileks nak menghadap laptop kesayangan..baru ni singgah ke Sunway Pyramid meronggeng bersama rakan-rakan..nak tau apa aktiviti Diba kat sana tengok my FB..ahaa

masa kat sana sempatlah melihat-lihat Daiso Shop..ahaa sapa tak pernah dengar angkat tangan cikgu terangkan..kalau malu cikgu tetap nak terangkan..hee ringkas je..actually kedai ni dah lama juga ada kat Malaysia....kedai ni kalau masuk rasa-rasa macam ada kat Jepun..ok lah tak payah nak naik kapal terbang kan..hee yang menarik kedai ni satu je..semua barang RM5 dari yang sekecil-kecil ke yang sebesar-besar barang..baik ambil yang besar kan...haaa


p/s : ada la beli kotak-kotak comel kat cni..hee

21 November 2010

disebalik Ka'abah


Sewaktu umat islam di dunia ini gembira menikmati hidangan daging-daging korban jangan dilupakan betapa beruntungnya umat islam yang menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci yang dikatakan pusat bumi itu.

9 Zulhijjah 1431 (16 November 2010) – Menerusi program Akar Tradisi Ilmu jam 10:05 malam, TV9 telah menampilkan Ustaz Badli Shah bin Alauddin sebagai pengacara dan Dr Azhar bin Hj Sarip, jurulatih Sumber Manusia sebagai ahli panel dalam rancangan Halaqah yang agak terkenal itu.

Tajuk Halaqah kali ini ialah Di Sebalik Kaa’bah. Ia menghuraikan topik berkenaan Ka’bah dari aspek sains fizik dan spiritual serta gelombang yang bergetar di sekeliling Ka’abah.Mungkin ada sebahagian kita sempat melihat edisi Halaqah ini.Namun disini saya kongsikan sedikit isi yang dikupas.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim (tempat berdiri Nabi Ibrahim ketika membina Ka’bah) sebagai tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, iktikaf, rukuk dan sujud”. (Surah al-Baqarah: Ayat 125).



Kenapa Kaa’bah berbentuk empat segi? Bentuk Kaa’bah empat segi kerana menunjukkan struktur Islam itu sendiri dan gelombang otak juga mempunyai empat jenis iaitu “beta”, “alpha”, “theta” dan “delta”.

Kenapa Kaa’bah ditutupi kelambu berwarna hitam? Ini menunjukkan manusia dipenuhi dengan hawa nafsu. Islam sahaja yang boleh mengawal hawa nafsu tersebut seperti sedikit warna emas yang terdapat pada kelambu Kaa’bah itu.

Kenapa putaran tawaf di Kaa’bah berdasarkan arah lawan jam? Jika dilihat dari satelit, Kaa’bah berada di pusat bumi. Putaran tawaf berdasarkan arah lawan jam kerana ia tertakluk kepada hukum tangan kanan. Kalau seseorang itu bertawaf dengan betul, tenaganya akan meningkat pada gelombang ini dan orang yang sakit pun boleh sembuh.Seperti kisah-kisah yang kita selalu dengar apabila adanya tetamu Allah yang agak uzur atau berpenyakit namun apabila sampainya di Tanah Suci menjadi sihat.

Kenapa solat menghadap Kaa’bah (kiblat)? Solat menghadap kiblat juga seperti bertawaf di Kaa’bah. Ini jika dibuat pengiraan dari sudut ketika rukuk, sujud dan sebagainya dalam perlakuan solat.Cuba kita fikirkan kebaikan ketika bersujud yang dijelaskan dapat menghilangkan stress.

Kenapa Kaa’bah di Masjid al-Haram dipanggil Baitullah? Baitullah ialah rumah Allah. Semakin rendah gelombang maka semakin kuat tenaga seseorang itu. Doa’ makbul di Kaa’bah kerana kesedaran bertuhan iaitu semakin kuat tenaga seseorang itu menunjukkan dia semakin mencintai Allah.

Rumusannya ialah kita mesti menghayati ibadat sama ada ketika bertawaf di Kaa’bah atau ketika solat di negara sendiri. Bagi menyelaraskan gelombang Kaa’bah dan gelombang kita ketika solat, lakukan solat dengan tenang. Insya Allah kita akan jadi lebih sihat.

p/s: kepada sesiapa yang mempunyai mangkuk astro dibumbung rumah, cuba lihat ianya menuju ke arah mana?


18 November 2010

youtube without internet


cuti sudah bermula bagi warga IPG di seluruh Malaysia..agak-agak tak tahu la nak buat apa kan..bagi idea ckit..he untuk semua peminat youtube, rasa-rasa selalu tak geram kalau internet slow..tak dapat nak buka video kat youtube la..video tersekat-sekat la..padahal kita excited nak cari video kat youtube tu..youtube ni antara website yang tertinggi rankingnya di dalam dunia popular dan aktif..tak silap dalam rank 3...di sini cara-cara melihat youtube tanpa internet..puas hati punya;p







p/s: lau elektrik tak ada tak boleh jugak kn..he

15 November 2010

jamilah


nama cik jamilah mana jadi tajuk entry ni...aha jangan marah ye cik or puan jamilah..I guna nama U untuk entry kali ini..bertuah sungguh dengan nama itu..bahasa arab yang bermaksud 'cantik' ('',)..cantik ke blog I ni??..hee

thanks so much to
syazana amira binti norsalihin : http://syazanaamira.blogspot.com/
for this award yang diberikan


memenuhi syarat dapat award ini jawab soalan :

1.nickname untuk pemberi award
deQna('',)

2.ucapan pada pemberi
syukran jazilan kathiraan('',)

3. 6 artis yang anda minat
lisa surihani, david archuleta, ungu band
zac efron, jonas brother, awal ashari

4.bagi pada 10 blog yang cantik or jamilah

p/s: yang terpilih jawab la 4 simple soalan tu..;)

14 November 2010

kekasih suami orang


kekasihmu suami orang ?
kekasih dia suami orang ?
kekasihnya suami orang ?

adakah pertanyaan ini dalam nada terkejut atau sekadar biasa sahaja..bergantung keadaan sekarang samada kita selalu mendengar kisah seperti ini atau tidak..setujukah jika kekasih kawan kamu suami orang?faham kan kalau jodoh memang tak boleh nak kata apa..tapi biarlah pada tempat yang betul..fikir lah secara rasional..kita ingin bahagia dalam perkahwinan tapi kenapa pula perkahwinan kita menyebabkan kesengsaraan orang lain..percaya benar ke pada suami orang yang mencintai perempuan lain itu..

berikut sebab tidak digalakkan bercinta dengan suami orang:

SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan m

sumber: Cari.com.my Forum

p/s : pada yang belum berkawhin..berhati-hati dalam memilih pasangan..(me too;)



11 November 2010

can do it!





all da best tuk semua yang menduduki exam final sem ketika ini..i'm done two paper..arabic tu..huh lega dah..wish me 4 last paper 15hb..caiyok2!

p/s:habis exam..selesai dh tuk 3rd year ni..~




riben pink.


aha..sory pada pemberi award riben pink sebab aku lambat terima..hee

pemberi award: cik bazz

fakta menarik cik diba bersama cik bazz

1. ngan dia ni la aku marathon..bila ag nak buat camtu??

2. aku suka sambal tempoyak yang mak dia buat..nyum2

3. grafik partner with me for majalah AN-NUR..

4. geng selangorku di maktab ni..he

5.rilek's sudaaaa~



p/s : akan datang akan menyusul penerima award yang seterusnya('',)




01 November 2010

rizom nelumbo nucifera


♬ Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah ♬

pernah dengar tak lagu ni..cuba ingat siapa yang nyanyikan..ehee tajuk lagu ni TERATAI..
just sebagai set induksi pada hari ini ye~~

Teratai / Nelumbo nucifera / Lotus / indian lotus, sacred lotus / bean of India / pokok lili air

hari ni rasa nak tulis pasal pokok teratai sebab teringat kat masakan ibu yang pernah memasukkan rizom teratai sebagai salah satu sayuran dalam masakan.gaya macam budak sains sangat plak.rizom ni juga dikatakan sebagai ubi teratai.pelbagai jenis lagi bahagian pada pokok teratai ini boleh dimasak dan berkhasiat.

sayur campur masakan ibu,yang berlubang itulah rizom teratai

namun pada bahagian rizomnya ini adalah lebih berkhasiat berbanding bahagian yang lain.Menurut buku Vegetables for Health and Health, rizom segar lotus mengandungi 80 hingga 85% air, 10 hingga 12% karbohidrat, 2 hingga 3% protein, 0.5 hingga 1% fiber, asid askorbik, riboflavin, kalsium dan thiamine.

rizom /ubi teratai

Walaupun teratai dikatakan berasal sama ada dari Timur Tengah atau India, yang jelas, kebaikan teratai menyebabkan populariti tumbuhan akuatik itu tersebar ke seluruh dunia. Orang Jepun dan Cina antara yang sudah sekian lama mengeksploitasi nikmat kesihatan teratai.Dalam buku Vegetables for Health and Health juga menyatakan, daun teratai baik untuk merawat cirit-birit, pening dan demam manakala bunga teratai baik untuk merawat pendarahan dan impetigo (jangkitan kulit kerana bakteria). Tidak kurang menariknya bunga teratai juga didakwa baik untuk kaum lelaki kerana ia merawat ejakulasi pramatang.

potongan ubi teratai

Sementara itu, antara khasiat yang diberikan rizom teratai kepada tubuh termasuklah pendarahan usus, kolera, cirit birit, pendarahan hidung dan demam. Kemampuan teratai merawat beberapa penyakit itu dikaitakan dengan fungsinya yang menghilangkan panas dalam tubuh.

Salah satu kegunaan biji dan rizom teratai ini ialah menghilangkan panas dalam tubuh. Tetapi pengambilannya tidaklah boleh terlalu berlebihan kerana ia tinggi dengan protein.


fakta teratai diambil dari sihatselalu.com

p/s: rasa dia ala-ala sengkuang juga..nak rasa masaklah sendiri('',)

awardku

















p/s: sebagai link bagi sidebar ''award"..he terima kasih semua ('',)