28 November 2010

doa nenek


Sarah Omar

RIYADH: Nenek Barack Obama, dari Kenya yang menunaikan ibadat haji di Makkah memberitahu bahawa beliau mendoakan supaya Presiden Amerika Syarikat itu memeluk Islam, lapor akhbar di sini semalam.

“Saya doakan cucu saya Barack supaya memeluk Islam,” kata Sarah Omar, 88, dalam temu bual bersama akhbar harian Al-Watan di Jeddah selepas beliau menunaikan haji.

Akhbar itu melaporkan Sarah berada di Arab Saudi untuk mengerjakan haji bersama anak lelakinya yang juga bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama dan empat cucu perempuannya sebagai tetamu Raja Arab Saudi.
Sarah memberitahu akhbar itu beliau hanya boleh membincangkan mengenai perkara berkaitan haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai politik Obama.

“Saya amat gembira kerana mengingati semula apa yang diajar guru di sekolah rendah dulu yang pernah menceritakan mengenai Makkah dan Madinah ketika kami kanak-kanak,” katanya yang berasal dari kampung Koglilu di barat Kenya.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau terhadap kemenangan penggal kedua Obama di Rumah Putih, Sarah ketawa sambil memandang ke arah anaknya Saeed Obama dan cucu beliau.

“Allah saja yang mengetahuinya, ia adalah masa depan yang kita tidak tahu.” Beliau juga mendoakan agar Raja Abdullah cepat pulih sambil menyifatkan pemimpin itu seorang raja yang amat baik.

Putera Mamdouh menganjurkan majlis makan malam bagi menghormati Sarah, anak lelaki dan cucu beliau di istana di Jeddah kelmarin.

Faisal Ambuya, sepupu Obama yang memeluk Islam di bawah bimbingan Sarah berkata: “Nenek saya amat berminat mengajak orang bukan Islam memeluk Islam dan saya belajar mengenai Islam daripadanya.

“Apabila pulang ke kampung saya akan beritahu penduduk mengenai kekuatan Islam,” katanya.

Bapa saudara Obama, Saeed, pula berkata beliau tidak menyangka dapat mengerjakan haji tahun ini.

“Saya amat gembira kerana dapat mengerjakan haji. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana membawa kami mengerjakan haji.”

Musa Ismail, anak lelaki ibu saudara Obama yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi keluarga itu berkata beliau seorang pelajar di Universiti Islam Madinah dan merasakan beliau seperti milik Arab Saudi.



p/s: berita di petik di akhbar Metro-27/11/2010

Photobucket

6 pok pek:

Seri said...

semoga doa nenek dimakbulkan Allah

hidayah milik Allah

ahsfantasy24 said...

a'ah..
de bce at metro smlam,
hehe mudah2an, sme2 doakan :)

EEFFAH said...

moga Allah beri hidayah pada beliau
=)

diba said...

@Seri
ye btul kak, Allah yg tntukan

diba said...

@ahsfantasy24
tu la mula mmg bce kat metro gk..he

diba said...

@EEFFAH
insyaallah=)