13 January 2011

marah yang bermakna

rasa suka tak kalau kena marah..kadang-kadang kan kalau kita kena marah air mata tu senang je mengalir..macam-macam sebab kenapa boleh menangis bila dimarahi..mungkin kita seorang yang tak boleh menerima suara tinggi atau kita malu disebabkan kemarahan itu...siapa yang tak pernah kena marah dalam hidup dia memang pelik lah..tapi sebenarnya perlu ke sifat marah dalam diri seseorang tu kan..haa fikirkan kita ni sendiri macam mana sifat kemarahan..akan berdiam diri apabila marah atau memberontak menggunakan tingkah laku serta kata-kata..



jika tahap kemarahan kita terlalu tinggi maka ia mungkin akan menyebabkan akhlak seseorang itu buruk..marah yang berlebihan menunjukkan kita tidak dapat mengawal hawa nafsu..ini bukan lah bermakna kita tidak boleh lansung untuk marah..lagipun kita juga manusia yang tetap ada sifat marah.Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas),sifat marah ini dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri seluruhnya diancam dan dimusuhi..kita perlu marah jika kita merasai diri kita dipermainkan atau dipersendakan..itu amat perlu supaya tidak menunjukkan diri kita ini seorang yang lemah.


Wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya bahawa marah itu bermakna:

Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

sesiapa pun hidup didunia ini pernah merasai sifat marah dan juga pernah dimarahi..namun setiapnya bukan disengajakan berlaku dan terjadi..semoga kita semua dapat mengawal sifat marah kerana kita juga manusia yang mempunyai tahap kesabaran.biarlah fikiran kita itu pandang kehadapan apabila ingin melakukan sesuatu yang bersifat perasaan marah ini..mungkin akan datangnya akan menjadi lebih baik atau buruk..

p/s: tapi kan kalau jadi cikgu kena ada marah juga ckit2..hee;D

Photobucket

4 pok pek:

rockinsudu said...

kdang2 marah tu perlu gak. tp jgn smpai ikot syaitan.

student said...

kadang-kadang marah itu perlu sebagai tanda cinta dan sayang... :)

diba said...

@rockinsudu
ye..btul2 jgn trikut2 hawa nafsu..

diba said...

@student
ye btul2..syg la..lau buat slah kne marah..hee