13 April 2009

jarum berbahaya

Aku terbaca kisah ini dan ingin dikongsi bersama:

Pada suatu ketika dahulu, Nabi besar Muhammad saw pernah terkena sihir. Beliau disihir oleh tukang sihir Yahudi dari kaum Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al Ahsam sehingga Allah SWT menurunkan dua malaikat, yang seorang duduk di sisi kepala nabi dan yang seorang duduk di sebelah hujung kaki nabi dan berkatalah malaikat yang duduk di sisi kepala nabi kepada malaikat yang duduk di sebelah hujung kaki nabi bahawa baginda terkena sihir, lalu malaikat yang berada di hujung kaki nabi bertanya:

siapa yang menyihir Baginda, lalu malaikat yang duduk di sisi kepala nabi memberitahu bahawa Labid bin al Ahsam dan malaikat yang duduk di hujung kaki bertanya lagi iaitu dengan apa? Maka malaikat yang duduk di sisi kepala nabi tadi menjawab, pada potongan rambut dan sisir dan penutup kepala laki-laki dihimpit dengan batu di dalam sumur "dzi awzan". Pendekkan cerita Nabi pun pergi ke sumur tersebut untuk membongkar ramuan tersebut.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw menyuruh Ali bin Abi Talib, Amar bin Yasir dan Zubair bin Awwam memeriksa sumur untuk mencari ramuan tersebut, lalu ditimba dan diselami sampai ke bawah sehingga bertemu bungkusan tersebut yang dihimpit dengan batu. Bungkusan tersebut mengandungi guntingan rambut Nabi saw, potongan sisir beliau dan sebuah potongan kayu yang diikat dengan 11 buah ikatan yang setiap ikatan itu ditusukkan jarum, lalu diturunkan oleh Allah SWT surah al-Falak dan An-Nas yang mana kedua surah itu mengandungi 11 ayat. Tiap satu ayat dibaca maka sebatang jarum dicabut dan dibuka ikatannya maka terasa satu keringanan sehinggalah dicabut 11 jarum maka Nabi saw terasa sembuh sama sekali.

itulah keajaiban ayat Al-Quraan yang Allah turunkan merupakan sebagai penawar seperti dalam firmannya:

Allah S.W.T Berfirman, "Dan Kami turunkan al-Quran sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman". QS. Surah al-Isra' Ayat 82

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah)

4 pok pek:

a said...

owhhh
inilah sirahnya
no wonder la digalakkan baca surah 4 Kul untuk elak fitnah orang, hasutan syaitan serta sihir

terima kasih paparkan sirah ini :)

pengisian rohani yang baik~

diba said...

a'ah..memg bgus amalkan 4 kul 2..ag2 sblum tdo tau
smoga drahmati Allah selalu;)

a said...

betul tu
sebaik-baiknya sebelum tdo
disapukan ke seluruh anggota badan

semoga Allah turut rahmati kamu jugak~

zhrhtoodem said...

diba.sila amek award lagi kat blog aku
hehehehe