05 May 2009

keranda or kain kapan?



keranda

or

kain kapan



mesti pelik kan..tiba-tiba je cakap pasal benda-benda ni..actually baru ni saya ada dapat teka-teki from - kak ngah baik -...hehehe duk tengah-tengah belajar arab dia bagi teka-teki ni..soalan dia

ada benda ni, kalau orang jual dia sedar, kalau orang beli pun dia sedar, tapi kalau orang pakai mesti tak sedar apa dia?

masa tu jawab ntah apa-apa..tak dapat nak fikir logik..jawapan teka-teki kan..mestilah kita rasa main-main.tak taulah kalau ramai dah tau..tapi saya agak lah dikatakan baru tahu teka-teki ni..ha kan nanti nak jadi ustazah@cikgu@teacher@mualimah tuk budak-budak..so nya kenalah kumpul teka-teki banyak-banyak..heee pas dengar jawapan dia tu..betul lah..logik lah..rasa leh terima..dua-dua boleh jadi jawapan..keranda dan kain kapan..huhu yelakan kalau kain kapan dan keranda tu orang yang pakai or guna barang tu mestilah tak sedar sebab dan meninggal..innalillah....

kematian adalah sesuatu yang ditakuti..sebagai hamba ALLAH yang berada di muka bumi ini...kita sentiasa berasa takut untuk mati kerana adakah kita sudah cukup amalan dan juga taubat untuk dibekalkan di akhirat sana?saya juga hamba Allah yang merupakan insan biasa yang tidak lari dalam melakukan kesalahan..

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."


Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

maka,wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita adalah musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?



kehidupan didunia ini hanya sementara..pelbagai perumpaan kita sebagai manusia hidup di dunia..musafir,orang bercucuk tanam..namun segalanya mempunyai matlamat yang sama..maka sebelum diri kita dipakaikan kain kapan or diletakkan di dalam keranda semasa jasad telah tidak sedarkan diri..sedarlah dahulu tentang kehidupan yang amat berharga ini..ALLAH memberikan peluang dan masa untuk hambanya beramal dan berbuat kebaikan selagi masih hidup diatas muka bumi ini...semoga roh umat islam didunia ini dicucuri rahmat oleh ALLAH subhanawataa'ala...



p/s: sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Haji Nan Azmi (Jabatan Bi) semoga roh beliau dicucuri rahmat..


3 pok pek:

diba said...

thanxs ed..i'm fine now n wish luck 4 my exm..

Anonymous said...

Nasihat Hassan Al-Basri Kepada Muridnya :

" Kematian akan membongkar segala kegiatan manusia di atas dunia sehingga tiada seorangpun akan merasa senang dengannya "

setiap kita pasti pernah melakukan kesilapan seandainya kita tidak bertaubat mungkin keburukan tersebut akan dizahirkan oleh Allah sewaktu kita hendak meninggal dunia...nauzubillah..

diba said...

syukran ye..atas mklumat ni..yg baik kite kongsi kn,,ye sbgai manusia biasa mmg pasti ada kesalahan yg dilakukan..