14 May 2009

u never ever forget..

wah..baru-baru ni Hari Ibu kan..semua orang sibuk wish kat mama@ibu@ummi masing-masing kan.baguslah sekurang-kurang nya ada hari yang dapat mengingati jasa ibu ini..walaupun tak dapat jumpa ibu time hari tu..cume dapat wish pun ok..masa tu pun ibu saya pergi jumpe ibunya(nenek saya) di kampung..maklumlah tak hari-hari jumpa kn..huhu apa pun walaupun dah lepas beberapa hari lalu Hari Ibu ni..sentiasa ingat akan jasa dan pengorbanan ibu dalam mencorakkan dan mendidik kita sehingga dewasa.walaupun kejauhan berdoa lah sentiasa beliau dalam rahmat dan redha Allah subhanawataala.anggaplah bila-bila masa adalah Hari Ibu dan sentiasa lah mengingati beliau.

bagi saya apa yang paling berharga dalam hidup ini..adalah belaian dan kasih sayang ibu..tidak dapat diberi oleh orang lain yang menyamai beliau sejak dari lahir diriku diatas muka bumi Allah ini..teringat diriku pada lagu yang diperkenalkan sewaktu saya berada di sekolah menengah


Belaian Ibu

Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu



U never EVER forget my mum...

She’s kind of perfect
She’s kind of everything I’m not
Yeah, she’s an angel
And it’s amazing how she’s patient
Even more at times I’m not
She’s my conscience
And who decided I’d be hers
I wanna hate them
Cos I can’t live without her


p/s: nak exam ni..minta doa dari ibu ye...may Allah bless our mum


award from zara again!


zara thanxs award ni..sowi lah lambat amek ye..yuhu
ternet kat cni agak problem,huhu anyway strive hard for your praktikal k..



1.Copy badge “2008 Cute’s Blongger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda
2.Link/ ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya




disini fakta or hobi diri ini:

*spongebob kartun kegemaran
*nak ada orang belanja air mangga
*childish mybe..huhu
*suka lah tengok orang pakai baju ada stripe,sendiri pakai pun suka..hee
*amek kos Bahasa Arab..huh
*sekarang ni risau nak exam
*geram sangat dengan line maxis braodband..erghh
*pakai laptop compact 15'
*jenama jam saya 'devaris' tak pernah dengar tak pe,huhu
*i think yellow is nice..

p/s:sori lah..tak nak bagi award ni kat sape2..ahaks

05 May 2009

keranda or kain kapan?



keranda

or

kain kapan



mesti pelik kan..tiba-tiba je cakap pasal benda-benda ni..actually baru ni saya ada dapat teka-teki from - kak ngah baik -...hehehe duk tengah-tengah belajar arab dia bagi teka-teki ni..soalan dia

ada benda ni, kalau orang jual dia sedar, kalau orang beli pun dia sedar, tapi kalau orang pakai mesti tak sedar apa dia?

masa tu jawab ntah apa-apa..tak dapat nak fikir logik..jawapan teka-teki kan..mestilah kita rasa main-main.tak taulah kalau ramai dah tau..tapi saya agak lah dikatakan baru tahu teka-teki ni..ha kan nanti nak jadi ustazah@cikgu@teacher@mualimah tuk budak-budak..so nya kenalah kumpul teka-teki banyak-banyak..heee pas dengar jawapan dia tu..betul lah..logik lah..rasa leh terima..dua-dua boleh jadi jawapan..keranda dan kain kapan..huhu yelakan kalau kain kapan dan keranda tu orang yang pakai or guna barang tu mestilah tak sedar sebab dan meninggal..innalillah....

kematian adalah sesuatu yang ditakuti..sebagai hamba ALLAH yang berada di muka bumi ini...kita sentiasa berasa takut untuk mati kerana adakah kita sudah cukup amalan dan juga taubat untuk dibekalkan di akhirat sana?saya juga hamba Allah yang merupakan insan biasa yang tidak lari dalam melakukan kesalahan..

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."


Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

maka,wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita adalah musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?



kehidupan didunia ini hanya sementara..pelbagai perumpaan kita sebagai manusia hidup di dunia..musafir,orang bercucuk tanam..namun segalanya mempunyai matlamat yang sama..maka sebelum diri kita dipakaikan kain kapan or diletakkan di dalam keranda semasa jasad telah tidak sedarkan diri..sedarlah dahulu tentang kehidupan yang amat berharga ini..ALLAH memberikan peluang dan masa untuk hambanya beramal dan berbuat kebaikan selagi masih hidup diatas muka bumi ini...semoga roh umat islam didunia ini dicucuri rahmat oleh ALLAH subhanawataa'ala...



p/s: sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Haji Nan Azmi (Jabatan Bi) semoga roh beliau dicucuri rahmat..


04 May 2009

dh tukar ke lum?



i changed!


ahaks..tukar apa?actually sal kad mesra petronas saya ni..
baru ni saya baru dapat tukar.pada 20th april baru ni..saya dapat surat diarahkan menukarkan kad petronas, opss kad mesra petronas..la susah-susah gi stesen petronas, borang dah habis lah, borang tak sampai lagi..last-last ahad baru ni lah dapat tukar kad mesra petronas..dah rugi point gak dari 20th april hari tu..isi minyak tak tambah point..
nway not bad lah kad mesra yang baru ni..agak nice lah kale die..heee



ni kad lama nye..huhu

ni kad baru nye...hee


p/s: sape-sape yang nak g carefour beli barang banyak-banyak leh la guna kad mesra ni ek..leh tambah point kite...heeee


02 May 2009

satu sen je..


wah..dekat seminggu lebih tak post entri..tak tau lah..cam tak sempat je..padahal malas..hehe

teringat plak..dalam week ni asyik jumpe duit sen je..kemas-kemas bilik jumpe duit sen..jalan kat koridor jumpe gak..dalam kete memang pun ada..hahaha penting tu nak bayar tol..eceh
kadang-kadang kita macam tak kisah kan duit sen tu..sampailah duit syiling seringgit pun tak ada dah kan..sekarang kita biasa pegang duit 20 sen,10 and 50 sen.tul tak.tapi kadang-kadang 50 sen pun jarang gak..kalau jalan-jalan kat shopping complex nak timbang berat pun payah nak cari duit sen..wah berguna gak duit syiling ni..duit syiling or duit sen..sama je lah kan..hehehe

bukannya apa..rasanya sekarang saya tengok masyarakat kurang menghargai duit syiling ni..nampak kalau duit kertas je berharga.kalau duit syiling macam tak pandang je kan.jumpa kat mana-mana pun buat tak peduli je kan..cuba jalan-jalan jumpa duit kertas rm10..mesti nak tengok betul-betul kan..padahal kalau tak ada satu sen,mana boleh jadi rm10 tu..hehehe


cute tak tabung ni..heeee~

kalau sekarang kita dapat hadiah tabung..rasanya kita guna tak tabung tu..huhu mesti kosong je kan..rasa kalau guna tu macam budak-budak sekolah rendah..hehe.sebenarnya susah sangat nak pupuk amalan menabungkan.bukannya nak menabung,nak berjimat cermat pun payah.sekarang umur-umur remaja ni kira tabung tu bank la kan..wah tak ada duit tinggal cucuk kat mesin ATM,cuba orang dulu yang simpan duit dalam tabung kena pecahkan tabung..huhu

saya lihat pun sekarang ada penubuhan konsulton bagi penasihat kewangan..ini menunjukkan betapa ramai masyarakat kini tidak mampu menguruskan kewangan sendiri..betul tak..macam-macam perlu dibiayai dan diuruskan.sehinggakan ada yang mengalami tekanan untuk menguruskan kewangan ini..kereta,rumah,anak-anak,sekolah..eceh..macam lah saya dah berpengalaman..hehehe..ni cuma daripada pemerhatian saya

apa yang saya ingin katakan..apabila jumpe ke terjumpe duit syiling..simpanlah dan hargailah..walaupun nilai nya kecil..tapi boleh menjadi besar,,kumpul banyak-banyak boleh belanja kawan-kawan..hehehe kalau beli purse tu..beli lah yang ada bahagian wang syiling..eceh..ikut pilihan masing-masing lah..yang penting duit tak hilang..huhu

p/s :sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..hehehe