31 March 2009

penarik beca..


ha...tahukah anda bagaimana kesusahan penarik beca, saya pun tak tahu..apa orang kata, "berat mata memandang berat lagi bahu memikul".sekarang pun payah nak cari beca ni..saya selalu naik pun di Melaka.kalau tidak saya pun tak pernah naik..huhu

hari ni saya ada mendengar kisah seorang penarik beca.cerita ini disampaikan oleh seorang guru kepada saya.begini ceritanya:

[cerita bermula]

pada suatu ketika ada seorang penarik beca.penarik beca ini sangat rajin.setiap hari dia bekerja sebagai penarik beca bagi mencari rezeki.keistimewaannya, penarik beca ini tidak mengambil upah kepada penumpangnya pada hari Jumaat.

maka pada suatu hari, adalah seorang perempuan yang kaya ingin menaiki becanya.perempuan tersebut memberitahu tempat yang ingin ditujunya.penarik beca itu pun membawanya.sesampainya di sana, perempuan itu memberikan upah kepada penarik beca tersebut, namun dia menolak kerana pada hari itu adalah hari Jumaat.perempuan itu berasa pelik.penarik beca itu menjelaskan yang pada hari Jumaat dikira 'free'..macam tu lah.

pada hari jumaat yang seterusnya, perempuan itu sekali lagi mencari penarik beca tersebut dan ingin menaiki becanya.dia ingin menguji penarik beca tersebut.kali ini,perempuan yang kaya itu meminta penarik beca ini membawanya ke suatu tempat yang sangat jauh.namun tetap sama,penarik beca tersebut tidak mengambil upah kepada penumpangnya pada hari Jumaat.walaupun jaraknya jauh atau dekat.perempuan itu berasa kagum dengan penarik beca tersebut.

sehinggakan pada suatu hari yang seterusnya,perempuan kaya tersebut mencari penarik beca tersebut untuk menaiki becanya.perempuan itu meminta penarik beca tersebut membawanya ke rumah penarik beca tersebut.penarik beca itu pun membawa perempuan tersebut ke rumahnya.apabila dilihat rumah tersebut, menunjukkan penarik beca ini hidup dalam kesederhanaan.

perempuan kaya itu terfikir, walaupun hanya bekerja sebagai penarik beca yang berpendapatan tidak seberapa boleh lagi memberikan perkhidmatan percuma.sedangkan perempuan itu kaya tidak pernah memikirkan kesusahan orang lain.bagi penarik beca itu, perkhidmatan percuma pada hari Jumaat adalah niatnya supaya sentiasa ditambahkan rezeki dan diberkati Allah.baginya rezeki ini luas, bukan hanya wang ringgit.

penarik beca itu telah membuka hati perempuan kaya itu untuk membantu orang lain.akhirnya penarik beca dan keluarganya dapat menunaikan haji atas sumbangan perempuan kaya tersebut.Alhamdulilah.

[cerita berakhir]

8 pok pek:

Hanis Amanina said...

syukur.. ser0n0k penarik beca tu dpt gi haji~~

Anonymous said...

sememangnye penat.. tp ada hikmahnye

aziee said...

Baik nye penarik beca tu.. doa2 la.. aku pon nak jadi pemurah dan berhati mulia cam penarik beca tu jugak.. semoga bertambah murah rezeki.. insyALLAH..

diba said...

insyaallah..sentiasa ditambahkan rezeki

zhrhtoodem said...

tetbe terigt iklan raya petronas yang psl penarik beca.hehehe..
aku xsanggup nak tgk....
diba.amek award kt blog aku.

diba said...

a'ah kn..btul3x hehehe
ok2

a said...

biarlah kita hidup dalam kesederhanaan
tetapi dengan berkat dari ALLAH :)

diba said...

insyaallah..mhon sentiasa rezeki kita diberkati..(",)