pada hari minggu lepas ketiadaanku di rumah apabila menziarahi sepupuku yang kritikal setelah mengalami kemalangan(entry tragedi beca) .pada hari minggu ini pula ketidaanku menziarahi kematian sepupuku itu..Ya Allah seminggu masa berlalu dan Allah lebih sayangkannya.Semoga kesemua ahli keluarganya dapat menghadapi dengan tabah.Apa yang menjadikan lebih sayu adalah apabila melihat wajah isteri dan dua orang anaknya yang masih kecil seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu berumur 12 dan 7 tahun.Maut itu datang tidak mengenal usia dan diri ini sentiasa beringat dalam usia muda ini adakah diriku telah banyak menabur pahala untuk bekalan disana atau sangat kurang..Berfikirlah kerana sebaik-baik fikiran adalah mengingati mati.
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah).
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.Ameeen.
8 pok pek:
may ALLAH bless both, banyak sgt cerite sedeh... sabar and takziah
Sabar & takziah! InsyaAllah ada hikmahnya~
Blog update : Kalau orang, kalau kita?
al-fatihah. takziah diba.
@ticnube btul..akhir ni bnyk dgr psal kmatian kan
@Taufik Jusohinsyaallah..Allah lebih mengetahui~
@zaradgreat thnxs..Allah lbih mnyayanginya
Al Fatihah untuk arwah
@Rozuan Ismail semoga rohnya dicucuri rahmat
Post a Comment