29 May 2011

kisah hati

Alyah -Kisah Hati




Tak semua yang kita impikan dalam percintaan akan dapat dengan mudah.segala yang berlaku adalah ketentuan yang maha esa.nyawa bukan milik kita namun cinta yang dianugerahkan adalah suatu kenangan terindah~


23 May 2011

bujang lapok alaf baru

haaa..demam raja lawak belum berakhir sebelum diisytiharkan Maharajalawak.bermulanya minggu lepas kemasukan R2 dilihat dapat menambahkan seri MRL ini.Ini bermakna R2 juga setaraf dengan yang lain iaitu Jozan, Nabil, Jambu dan Sepah.Paling saya tak tinggal nak tengok gelagat Jozan dan Sepah.Ha..sapa agak-agak jelmaan bujang lapok dalam banyak-banyak peserta MRL ni.Dah bujang lapok 3 orang tengok je la yang mana 3 orang.Senang betul soalan ni.hee Tak dinafikan Sepah antara Raja Lawak yang serasi.dilihat lawaknya sangat ilimiah dan nampak diorang ada buat searching.tengok je la masa MRL jumaat ni.mendapat komen dari Apek "Lawak yang betul-betul Melayu".nak tahu tengok video lawak diorang..''mari berewang'' orang Jawa sinonnim sangat dengan rewang-rewang ni..hee



diambil dari blog Sebuah belog komik amatur

bukan saya yang cakap Sepah ni leh dikatakan macam bujang lapok, tapi saya menyokong kata-kata PuteraMeor di bawah ini :

klik pada gambar untuk lebih jelas

p/s: jom sokong Sepah and JOZAN;)


22 May 2011

pergi selamanya

pada hari minggu lepas ketiadaanku di rumah apabila menziarahi sepupuku yang kritikal setelah mengalami kemalangan(entry tragedi beca) .pada hari minggu ini pula ketidaanku menziarahi kematian sepupuku itu..Ya Allah seminggu masa berlalu dan Allah lebih sayangkannya.Semoga kesemua ahli keluarganya dapat menghadapi dengan tabah.Apa yang menjadikan lebih sayu adalah apabila melihat wajah isteri dan dua orang anaknya yang masih kecil seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu berumur 12 dan 7 tahun.Maut itu datang tidak mengenal usia dan diri ini sentiasa beringat dalam usia muda ini adakah diriku telah banyak menabur pahala untuk bekalan disana atau sangat kurang..Berfikirlah kerana sebaik-baik fikiran adalah mengingati mati.



Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah).




Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.Ameeen.

20 May 2011

fenomena Nur Kasih


iklan-iklan,itulah yang kita lihat pada hari ini dan antara yang mendapat perhatian ialah iklan promo filem Nur Kasih The Movie.ia dilihat menjadi fenomena apabila drama Nur Kasih ini telah mencapai rating yang sangat tinggi iaitu 19 Juta.bersamaan dengan tarikh 19 May filem ini mula ditayangkan dengan filem Pirate.memang mendapat saingan ketika penjualan tiket.Filem Nur Kasih ini dijangkakan menarik dan mendapat perhatian dari semua lapisan masyarakat berkesimnambungan dari drama.Dilihat program di TV3 juga memaparkan mengenai fenomena Nur Kasih seperti 360 dan pada petang ini Al Kuliyah.Pengarah yang cukup terkenal dan hebat Kabir Bahatia juga antara faktor filem ini mendapat perhatian kerana selalunya tidak menghampakan seperti filem Sepi sebelum ini.
Untung dapat pergi Jordan

my review after watching this movie yesterday:


kisah cinta suci antara keluarga,isteri, anak dan ibu
kisah kehidupan islamik yang sangat bagus 
hidup ini banyak dugaan
kesempitan membuatkan kita dekatkan diri dengan pencipta


jom kita layan antara OST filem ini:


  Bertemu Cinta (Mila)


Tanpamu ( Sabhi Sadda & Helena )



 


p/s: jangan tak tengok tau filem ni!;)

19 May 2011

slim jom!

  

p/s : layan tuk week ni..slim jom!



Photobucket

18 May 2011

turn to exam fever



erk..demam ke? tak boleh la..esok kan nak exam, so hari ni la baru betul-betul nak baca dengan serius nota-nota exam.So demam sekejap..Tido buku, Tengok tv buku, Muka buku pun..haaa Makan pun buku..sempat plak layan kupon Mcd hari ni..Sempat juga berbincang-bincang dan studi la kununnya kat sana.Kondusif gak cuma mata menyilau nak tengok orang je..haa apa pun..untuk semua IPG students yang menghadapi exam minggu ni.Selamat berjuang dan buat sehabis baik..(dah macam pengakap plak).hee Doakan yang terbaik untuk semua.


Bittaufiq Wannajah

Good Luck!

Selamat Berjaya.


Sempat lagi ni..sebelum midnight nanti;)


p/s: dah-dah nak solat asar and stud..;)


Photobucket

17 May 2011

tragedi beca

terdetik juga dihati ini apabila ingin menulis coretan tentang beca adalah permainan kanak-kanak.Apabila riang melihat anak-anak sepupuku serta sepupu-sepupuku bermain beca disekeliling rumah.Sebelum dan selepas sekolah terdengar gelak tawa mereka beramai-ramai.Tanpa disangka juga beca itu rupanya menjadi tragedi dan menyebabkan keadaan menjadi sayu pada hari minggu baru-baru ini.Seluruh keluarga mendapat berita apabila sepupuku menaiki beca mengalami kemalangan dengan sebuah lori pada petang hari.Pada ketika itu beliau dalam perjalanan mengambil anak-anaknya di sekolah.keadaannya yang agak kritikal dan mengalami pembedahan di kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.Saya sempat menziarahinya bersama keluarga yang lain pada hari minggu yang lepas.Pada ketika itu beliau berada di Unit Rawatan Rapi dan tidak sedarkan diri.Diharapkan semoga beliau cepat sembuh.


Keadaan selepas kemalangan

p/s: Selamat Hari Guru..lambat sehari..beliau juga seorang guru Add Math.


Photobucket

12 May 2011

jangan padamkan!

tolong jangan padamkan! apabila kita berada di dunia ini..macam-macam yang kita inginkan dan mahukan.apa yang kita inginkan kadang-kadang tidak semua akan tercapai..namun harapan itu sangat besar untuk mendapatkannya.maka biarlah harapan itu sentiasa ada mengiringi hidup kita seharian supaya lebih bersemangat.ambillah tauladan daripada kisah lilin ini.


jangan padamkan!



Terdapat 4 lilin yang menyala,

Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.



Yang pertama berkata: “Aku adalah keindahan. Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.



Yang kedua berkata: “Aku adalah Kasih Sayang. Sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.” Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.



Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:”Aku adalah Cinta. Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.



Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga-tiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.



Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
"Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat
selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
Akulah H A R A P A N “



Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.



Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita….dan kita masing-masing semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Keindahan, Kasih Sayang dan Cinta dengan HARAPAN-Nya…



p/s: Harapanlah yang membuat orang untuk lebih baik lagi, di masa sekarang dan masa yang akan datang. Jadi jangan padamkan semangat dan harapanmu untuk hidup yang lebih baik



Photobucket

10 May 2011

cchop time!

sampai dah masa bila kuliah pun ulangkaji..otak rileks-rileks..mata pun rasa nak tidur..kaki nak jalan-jalan.hee tapi budget dalam poket kedekut-kedekut je..bila malam nak dinner apa..semua pening pale..masak kang asyik-asyik benda yang sama..siang pun makan kat cafe benda yang sama..betul tak..haa so semalam merasa western food..takkan nak layan fast food je..tak elok kan..apa lagi cecuba kedai yang belum rasa iaitu AUSTIN..area seksyen 7 Bangi..lama juga la lepak disini sebab persekitaran yang nyaman dengan lampu yang malap-malap..cuma tv je tak ada..actuallu kedai ni bertemakan cowboy-cowboy gitu..he



my housemate


cik lyana merasa kesedapannya


suasana dalam restoran AUSTIN






aduss...pipiku 


p/s : cubalah makan kat cni..besh gak..shedap;)











Photobucket