31 March 2011

hikayat putera haiqal

tak cukup dengan hikayat putera shazlan ke?nak buat putera haiqal plak.agak-agak sedap tak nama tu putera haiqal or haiqal.rasa ramai budak-budak or orang kat luar sana nama haiqal.macam tu la nama student diba kat sekolah.dah masuk 3 kali praktikum ni means dah 3 buah sekolah diba ngajar..setiapnya mesti ada nama haiqal..memang popular betul nama ni.lagi-lagi bila nama ni selalu sangat cikgu ingat..masuk-masuk kelas semua budak laki nak tersasul panggil haiqal.nampaknya diba pun ada rasa macam tu..rasa ramai student yang sesuai dengan nama haiqal..hee agak-agak kenapa ye cikgu selalu ingat nama haiqal ni..ahaks..sebab biasa nama ni yang selalu buat bising dalam kelas..then selalu ada je halnya, tak bawa buku lah..ada yang beberapa  kelas tu haiqal ni suka bertanya..tak habis cikgu menerang dia dah bertanya.he kebanyakan yang bernama haiqal ni aktif betul ke??baguslah if  aktif ke arah positif kan..

agak-agak ada tak yang nama haiqal dalam gambar ni?

actually nama haiqal ni maksudnya pokok yang subur / lush tree.mungkin ada kesinambungan dengan makna nama ni.apapun nama haiqal merupakan salah satu nama-nama yang baik dan digalakkan.antara nama-nama yang menarik iaitu murid-murid yang diba ngajar

mohd HAIQAL

mohd HAIQAL danish

HAIQAL al-muhafiz

mohd HAIKAL putra

mohd harith HAIKAL


p/s: siap buka buku rph tengok senarai nama.setiap kelas ada nama haiqal...hee



Photobucket

30 March 2011

dinner apa lagi??


malam ni nak dinner apa ye?balik dari aktiviti koko kat sekolah ni keletihan jugak..tapi kalau nak fikir lagi dinner nak makan apa pun letih..tu la nak makan pun susah..cuba bagi idea ckit readers blog dibaviolet ni..he duduk rumah sewa ni bukan malas nak masak tapi kurang rajin tu adalah la sebab keletihan kan..he nak masak apapun rasa dah tak ada idea..padahal kalau kat rumah ngan family, ibu masak apa pun..sama dengan semalam pun sumbat je..ahaa betul tak..cakap je la nak ibu yang masakkan betul tak..ahaa dah besar-besar ni duduk rumah sewa tak boleh macam tu..cukuplah dapat balik rumah family setiap minggu..jangan jeles..hee

tapi kan dinner yang bagus kan sebelum maghrib..sunnah nabi kan..kadang-kadang dinner awal gak..tapi nanti malam ckit dah lapar balik..kan3x  tu yang selalu makan area dekat pukul 9..jom kita terjah amalan pemakanan yang mengikut sunnah ye!


 * Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih 
    dahulu, baru makan nasi.



* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam  
  dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak 
  memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka 
  pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.ha..dengar tu!

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat  
  mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.




p/s: tetiba rasa nak makan subway plak! sapa nak belanja??ahaha

Photobucket

29 March 2011

poco-poco

betul ke tarian poco-poco dah tak boleh??selama selalu sangat buat time aerobik..masa tahu pasal pengharaman tarian ni pun terkejut gak..merujuk kepada blog loqman hakim.apa pun baca surat kat bawah ni:






p/s: peringatan bersama ye;)






Photobucket

botol susu anak





Ha..baru-baru ni..kerajaan sibuk mengingatkan kita mengenai botol susu baby ni..mana yang bahaya dan mana yang tak bahaya..maklumlah baby zaman sekarang semua minum susu dalam botol.Tapi apa yang penting kesihatan baby haruslah dijaga dan dipelihara.Bukan sahaja untuk bakal ibu atau ibu namun pihak umum juga harus mengetahui tentang jenis botol susu yang seharusnya sesuai digunakan.Tak digalakkan untuk membeli dan menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.


Terdapat kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER

Contoh :





Dalam hal ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free) mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
polypropylene (PP) antaranya barangan daripada jenama TUPPERWARE..terdapat juga produknya yang dikeluarkan untuk set botol susu bayi.Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan pada diba..hee promot plak..katalog next entry..

p/s: nak jadi ahli TUPPERWARE...dialu-alukan..!hee
Photobucket

just the way you are-girl version!

Jesse Nemitz (Piano / Mixing http://www.youtube.com/jessenemitz )
Tony Pandillo (Engineering/Mixing)
Josh Hilliker (Engineering)
Talour Woodruff (
Grip)

actually maddie jane is 11 years old..her voice so amazing and for me she's the one of the best singers of her age !
this songs is girl version... the piano dude is sensational!!! enjoy this song with maddie jane!




28 March 2011

air mata chaca vs nana


tepat 20 minit tamatnya sinetron sejuta cinta mashanda..muahaha tak boleh kacau kalau tengah tengok sinetron..apa yang boleh diba kata..kesian kat chaca..nangis sokmo..tapi delvin tu pun senang juga menangis kan...hee suka tengok drama tu tapi geram pun ada...penyiksaan terhadap perasaan chaca...namun nana tak boleh gak dapat mengatasi tangisan chaca dan delvin...sebab tangisan nana adalah kegembiraan dan kesyukuran terhadap kejayaan usahanya selama menuntut ilmu di sekolah.

my sis: nur amanina

congratulation to my sister tuk result spm yang diperoleh..hope akan dapat lebih berjaya pada masa akan datang..airmata yang dapat dicurahkan atas kegembiraan ni adalah kepuasan dan penghargaan terhadap diri nana...kesyukuran juga..alhamdulilah..terima kasih nana...tahniah juga kepada semua calon spm 2010 yang berjaya dan yang kurang berjaya teruskan usaha,,rezeki itu datang kat mana-mana apabila kita berusaha.

p/s: jeles sebab dye kalahkan result kakak dye ni..huahua

Photobucket

18 March 2011

RL5




jom-jom tengok raja lawak 5 final...hee rehatkan minda dan banyak duit undilah antara 3 finalis ni:

MAN

R2

BALAS

blog ni dah bersawang-sawang...huh

p/s: ok dinner dlu jom!





Photobucket