19 December 2009

mas kahwin


mas kahwin atau ia juga dipanggil mahar...rasa semua sedia maklum kan apa penting sangat mas kahwin ni..lagi-lagi yang dah pernah ikut kursus kahwin...ops tapi lagi dah faham sangat tuk yang dah berumah tangga...hee

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ".
( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".
( Riwayat Ahmad )

Namun di Malaysia banyak negeri yang telah menentukan mas kahwin..ianya ditentukan oleh Pejabat Agama setiap negeri..ini adalah senarai mas kahwin terkini.10 tahun lagi tak tahu lah ubah atau kekal...hee


Sedikit info yang mungkin dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang mas kahwin atau mahar ini..(dipetik dari info islam )

WAJIB MASKAHWIN

Maskahwin itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut didalam akad jika dinyatakan dimasa akad dan maskahwin itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan yang berikut:-

i) Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul dan dipersetujui oleh pihak isteri, oleh yang demikian isteri berhak melarang atau meghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.

ii) Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila kadi menentukannya akan maskahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak boleh hutang).

GUGUR SEPARUH MASKAHWIN

Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah ta'ala Yang bermaksud: "Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya , maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".

Gugur separuh maskahwin sekiranya perceraian ini berlaku berpunca dari pihak suami, seperti suami jadi murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak. Tetapi sekiranya berlaku perceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN

Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak waris si suami wajib membayar maskahwin itu sepenuhnya kepada bekas isterinya dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris bekas isterinya jika maskahwin itu belum dijelaskan lagi.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:

"Dari Alqamah katanya seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwin pun belum ditentukan kadarnya. Kata Ulqamah, mereka mengadu hal tersebut kepada Abdullah, maka Abdullah berpendapat perempuan itu berhak mendapat mahar misil sepenuhnya, dan perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula dengan bereddah. Maka ketika itu Ibnu Ma'kul bin Sanan Al- Saja'i menjelaskan bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memutuskan terhadap Baraq bin Wasaq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi". (Riwayat Al-Tarmidzi)

p/s: jodoh pertemuan ditangan tuhan insyaallah dipermudahkan~;D

11 pok pek:

Muallim Adham said...

salam..
slmt menyambut maal hjrah..
bagus artikel ni.. kdg2 kita terlepas pndang.. msykt skrg byk yg terlepas pandang dan memandang remeh isu soal mas kahwin ni...

ayisy said...

Salam. Mas kahwin kat Malaysia bg saya taklah mahal. Masih biasa2 jek. Org jrg bincang pasal maskawin sebab lebih suka bincang wang hantaran. Hehe...

sujah said...

aiii roomateKu,Nak keno Bagitau abe ni...hahahaha

Mr_17 said...

kawen ngn trg klantan r sbb xditetapkan..hahaha

diba said...

cikgu adham@yup..slalu org trlepas pndang pdhal ni bnde pntg sgt lam prkahwinan

ayisy@ tu la..kt mlaysia ni xtggi sgt...nk kate mas kahwin ngn hantaran...hntaran xpntg sgt...mas kahwin yg milik isteri spenuhnya..hantran leh share2..kdg tu ade yg hutang je sbb hntaran...huhu

sujah@ aiyo! abe hok mano so ni...haha

mr-17@ ala...ngeri lain pn ok je..xdr mhal mane...actually ngeri yg ditetpkan tu bgus gk coz mngelakkan berlaku sifat mnunjuk2 tuk yg mampu sgt..hehe ag stu snang org xyah pk2 nk tntukan brapa...kan nabi kate brsederhana...lau org kaya sgt sjuta pn sderhana..lau org miskin ckit sderhana mybe rm500...so lau dtentukan snang lah...hee
ni bukn komen diba...dgr ustazh kt jakim ckp...haha

Sharinginfoz said...

thanks for sharing.. bosan2 singgah le

Nuffnang

Mr_17 said...

diba...mas kawen xde la nk menunjuk2..yg bese org kaya menunujuk2 2 hantaran..org skrg kn dh bertukar hantaran ngn mas kawen..pakai ikut sedap sebut jer..

diba said...

sharinginfoz@ came2..~;D

mr 17@ pkai ikut sdap sebut tpi hutng..huhu xpr lah jgn kite jd cm2 udh la ye..hee

aisha said...

pelik kan...ad smpai nk hutg2...
lbh baekk ikt kmmpuan kn...
mas kawen johor : 22.50 tunai..hehe slmt xnaik2..huuhu

diba said...

aisha@a'ah..ikut kmampuan..jhor same ngn pahang..lau naik pun xslah kn...bukan masalh prmpuan..boy la..hehe

Kejernihanku said...

adoi mahalnye orang selangor...mcm mane nai cari org selangor ni..nak cari org luar mak tak bagi..suruh org selangor jugak hehe..