03 November 2009

siapakah yang rugi??

Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang yang paling rugi adalah orang yang sudah berasa selesa dan orang yang sudah berputus asa kerana kedua-duanya menutup pintu usaha. Orang yang sudah berasa selesa tidak lagi mahu berusaha kerana merasa sudah cukup dengan apa yang ada. Orang yang sudah berputus asa tidak lagi mahu berusaha kerana merasa sudah tidak ada gunanya berbuat apa-apa. Akhirnya orang yang sudah berasa selesa dan orang yang sudah berputus asa kekal pada keadaannya sampai bila-bila sedangkan orang lain semakin hari semakin jauh meninggalkan mereka.

Sesungguhnya..tabah lah mengahadapi dugaan dan cabaran hidup ini..jangan berputus asa.. walaupun kita berasa selesa dgn apa yang ada sentiasalah berusaha untuk buat yang terbaik.. sesuatu milik kita yang tidak akan kehabisan walau sebanyak mana kita berikan adalah SENYUMAN!

p/s: so tak rugi hadiahkan senyuman pada sesiapa...simpanlah kesedihan kita bagi kegembiraan orang sekeliling...~;D


6 pok pek:

Mr_17 said...

tabahlah ngan ujian dan halangan sbb semua itu yg mematangkan kiter...tgh bersedih ke ni???

diba said...

insya Allah tu la yg matangkn kite.....xlah tgh brsedih sgt...huhu

Anonymous said...

Rasa Berpuas Hati Dan Selesa Pada Diri Sendiri Penghalang Kita Mencapai Kejayaan Cemerlang..

Antara Mereka Yang Rugi Juga Termasuk Mereka Yang Merasa Aman Dengan Azab Allah Sebagaimana Firman Allah Taala Dalam Surah Al-A-raaf ayat 99 :

Tidak Ada Yang Merasa Aman Dengan Azab Allah Melainkan Orang-Orang Yang Rugi..

Jangan sekali2 merasa selamat dan aman dengan azab Allah kerana manusia yang merasa aman dari azab akan bertindak melakukan perkara yang akan merugikan diri sendiri..

Allahu A'lam..

zhrhtoodem said...

betul2!!
aku sangat setuju!

aiSyah (", said...

yup~
senyum slaluu :)

diba said...

geekspro: maceh tuk kate2 tu~

zara n aisyah :~;D