29 November 2009

kelebihan orang fakir

suatu pagi diba duk dapur dengar radio tentang cerita ini..tentang kelebihan orang fakir yang tak akan dimiliki oleh orang kaya...





Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Orang-orang fakir mengutuskan utusan mereka kepada Nabi Muhammad SAW maka ia berkata:

"
Ya Rasulullah, saya utusan fakir kepadamu."

Jawab Nabi Muhammad SAW: "Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutuskanmu, engkau datang dari orang-orang yang dicintai Allah SWT."

Utusan itu berkata: "Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata: "Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka."

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sampaikan kepada orang fakir daripadaku: "Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah SWT, maka ia akan mendapat tiga macam yang tidak boleh didapati oleh orang-orang yang kaya iaitu:

1. Di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga itu melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di langit, tidak dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.

2. Orang fakir yang masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas dan Nabi Sulaiman bin Daud AS akan masuk sesudah nabi-nabi yang lainnya sekira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah SWT kepadanya.

3. Jika orang fakir membaca: 'Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar' dengan tulus ikhlas dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya."


Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang fakir miskin apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW itu kepada mereka, maka mereka berkata: "Kami redha, ya Tuhan. Kami puas, ya Tuhan."


p/s: Allah itu Maha Adil..setiap keadaan yang diberiNYA ada kelebihannya.




4 pok pek:

Muallim Adham said...

salam ziarah.. thanks artikel ni sbg tazkirah buat cikgu..

mmg betul byk kelebihan org fakir dan agak menyusahkan sebenarnya byk harta..

slmt menyambut ibadat korban..

Mr_17 said...

5 star utk citer ni..seswai sgt sempena aidiladha ni..

Me said...

biar fakir harta,
tapi jiwa itu suci,
jangan kerana dunia,
Manusia saling membenci..
peaCe 4eVa!!=0

diba said...

ckg adham@ same2~;D
bnyk hrta nnt kne soal bnyk kelak..
salam aidliadha

mr17@yup..sbb tu dgr kt radio pn dkt2 ngn aidiladha~;D

me@same2 sucikan jiwa..aidiladha ni
peace 4 ever gk~;D