02 July 2009

ingat dalam berleka

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawab Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri."

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.

Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......! !!!

#Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
#Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Dipetik dariapada ruangan Kamar Sepi


10 pok pek:

ellieandcarl'sstories said...

i love this ntry.. eh i want to ask about something lakk.. curious gile..if u know la er... klu azan kan..ade dua sekali..which 1 should kite sahut..the first.. or the second or both...? feel free to answer if u know erk..thnx for the help..:)

rosanne said...

cerita ini pernah ku dgr..huhu..its nice dan menginsafkan diba..

Mr_17 said...

mekaseh utk criter ni diba...teruskn lagi ngn citer2 mcm ni

Anonymous said...

Moral of the story :

Jangan pandang kecil sesuatu ibadah itu kerana boleh jadi kamu memandang kecil akannya tetapi di sisi Allah pahalnya adalah besar...

diba said...

diba > ticnube

oo..sbnrnyr mmg trtarik pn ngn kisah ni mse 1st bace..syukur..Allah ni maha pemurah kn..
sal azan tu kn..lau ikut pnh blaja jwab mne azan yg kite pling jelas dgr..mstilah lau ade 2 azan 2..xkn dua2 kt tmpt yg sme..mstilah stu jauh ckit kn..so cm2 lah

diba > kak anis
ye..nice story..alhmdulilah dpt mnginsafkn pmbaca2~;D

diba > bakal guru
insyallah..akan diteruskn utk tatapan sume~;D

diba > geekspro
ye btul2..sntiasa lah bersyukur,alhmdulilah

ayisy said...

diba..ni jawapan utk entry Ayisy. Mungkin teori2 tu berlaku kat tempat zaman Ayisy kecik2 jek kot. :)

diba said...

diba > ayisy
yela kot..tpi unik pe teori2 tu..hehe
tpi nk cye mmg logik sgt..hee

a said...

dibaPepel,
baguslah entri ni
perkongsian ilmu yang baik
sebelum ni tak tahu pun pasal catitan dosa pahala tu (tahu-tahu camtu je sebelum ni)
sama-samalah kita meningkatkan amalan :)

diba said...

diba > shahrul

alhmdulilah..ade manfaat nyr blog diba ni pda pembcanya,ye sama2 mningktkan amal~;D

a said...

dibaPepel,
bukankah berkongsi ilmu itu salah satu niat kita membuat blog
jangan menulis omong-omong kosong
terpulang
waAllahhualam