10 July 2009

kadang-kadang


kadang-kadang
rasa selesa, kadang-kadang tak selesa sangat


kadang-kadang
sejuk sangat, kadang-kadang rasa biasa je

kadang-kadang
malu, kadang-kadang rasa tak malu sangat

kadang-kadang terfikir nak buat camne ni, kadang-kadang rasa tak payah fikir

kadang-kadang
rasa susah nya, kadang-kadang rasa senang sangat


wah..sume nyr kadang-kadang..hee mungkin seseorang akan merasa camni bila tangannya jenis yang sering basah or berpeluh..mestilah tak selesa, rasa nak lap sentiasa bila nak menulis, menaip or pape je lah.bila tangan dah selalu basah ni..pantang jumpa econ..sejuk macam manusia berdarah sejuk plak..opss..manusia sume berdarah panas hee.nak salam or berjabat tangan ngan orang lain malu gak..mesti kena tegur 'sejuknya tangan awak' / 'tangan awak basah ye?'.sinonim lah dengan seseorang yang jenis tangan berpeluh ni.tipu lah kalau tak pernah terfikir rasa camne nak buat..biasala tu..tapi susahnya kalau nak detect cap jari via computer kat bank ke kat mana-mana tempat rasmi...nak kena try beberapa kali..huh tapi paling senang nak buat cap jari sebab cepat lekat dakwat hitam kat tangan yang basah..hee Penyakit ke tangan berpeluh ni???nway mmg penyakit pun, tapi tak merbahaya dan seseorang yang mengalaminya tidak perlu risau sangat.

Info daripada Pakar Perunding Bedah Am,Vaskular & Endovaskular, Hospital Pakar Regency, Masai, Johor

Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.
Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.

Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 - 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.


p/s: apapun bersyukur ke hadrat ilahi,sume yang berlaku dalam kehidupan seharian kita ada kebaikan dan kelebihannya~;D

15 pok pek:

asrar said...

salam......sabo ye
ada kelebihan sbnrnya org tgn basah nie..
kalo kering sangat pun susah jugak..rasa nk basahkan je slalu..

kalo kering ..xselesa jugak..
so,dua2 ada kelbihan yang menyelesakan n ada jugak ketidakselesaannya..

WhoSign said...

ad jugak yg lg teruk rupanya kat dunia ni dlm kes ni..

n ad jugak rupanya org laen yg dekat2 yg kene benda yg sama..

huhu.. siapa la tu.. ad "mu'jizat" tu..

faqhrule said...

huhu berpeluh baca entri ni

Bazzstary said...

er...seb bek kdg2 ajer

diba said...

diba> asrar
ye, stiap yg Allah jdikan ade klebihn n kkurangannya..

diba > husain
nway pngalaman sndri

diba > faqhrule
sabo je la ek..hehe

diba > bazz
tu la psal coz kdg2 aku xtahn..hee

a said...

dibaPepel,g
adakah awak pun pengidap hiperhidrosis?
macam Heliza la ek
hehehe

diba said...

diba > shahrul

xlah disahkan dctr..tpi cm2 lah..hee
dri skul ag..a'ah tau heliza cm2 gk
wah alert ek ngn heliza..huhu~

shehacks said...

erm..sy pun ada sorg mmbe yg hav da same situation mcm awk..
quite hard..
sabar erk..

diba said...

ye..mmg kne sabar pn..
xpr2 sume 2 ade kbaikan n klemhan
just accept~;D

a said...

dibaPepel,
oh!
camtu ek
saya takdala alert dengan news pasal heliza
kebetulan terbaca akhbar berkenaan dia baru-baru ni

diba said...

oo..sal heliza mmg mmbr sy yg gtau..sy xdr trbace pn psal die..huhu

a said...

diba,
terbaca je.
masa balik umah baca news pasal kesihatan.
ada plak pasal sakit dia tu.
tak minat la pasal hiburan malaysia ni.
dah semakin parah.
huhuhu.
:(

diba said...

oo..ok
xpr..mmg pn hiburan skng sume bnde brcmpur aduk..
cm xdr prinsip..huhu

Unknown said...

emm..sye pn sprti awk..

Anonymous said...

InsayaAllah..penyakit ni bleh hilang..saya dulupun ade penyakit ni..bln 7 thn lepas buat pembedahan ETS kat IJN..free je, guna GL..byr wad je dlm belas2 ringgit je.Alhamdulillah peluh kat tangan dah hilang, cuma kesan sampingan sket, cepat berpeluh kat badan, tapi skang IJN follow up lagi, doktor kasi ubat dlm 3 bln mkn..Harapannya moga-moga mslh cpt berpeluh kat badan ni hilang..