31 March 2009

penarik beca..


ha...tahukah anda bagaimana kesusahan penarik beca, saya pun tak tahu..apa orang kata, "berat mata memandang berat lagi bahu memikul".sekarang pun payah nak cari beca ni..saya selalu naik pun di Melaka.kalau tidak saya pun tak pernah naik..huhu

hari ni saya ada mendengar kisah seorang penarik beca.cerita ini disampaikan oleh seorang guru kepada saya.begini ceritanya:

[cerita bermula]

pada suatu ketika ada seorang penarik beca.penarik beca ini sangat rajin.setiap hari dia bekerja sebagai penarik beca bagi mencari rezeki.keistimewaannya, penarik beca ini tidak mengambil upah kepada penumpangnya pada hari Jumaat.

maka pada suatu hari, adalah seorang perempuan yang kaya ingin menaiki becanya.perempuan tersebut memberitahu tempat yang ingin ditujunya.penarik beca itu pun membawanya.sesampainya di sana, perempuan itu memberikan upah kepada penarik beca tersebut, namun dia menolak kerana pada hari itu adalah hari Jumaat.perempuan itu berasa pelik.penarik beca itu menjelaskan yang pada hari Jumaat dikira 'free'..macam tu lah.

pada hari jumaat yang seterusnya, perempuan itu sekali lagi mencari penarik beca tersebut dan ingin menaiki becanya.dia ingin menguji penarik beca tersebut.kali ini,perempuan yang kaya itu meminta penarik beca ini membawanya ke suatu tempat yang sangat jauh.namun tetap sama,penarik beca tersebut tidak mengambil upah kepada penumpangnya pada hari Jumaat.walaupun jaraknya jauh atau dekat.perempuan itu berasa kagum dengan penarik beca tersebut.

sehinggakan pada suatu hari yang seterusnya,perempuan kaya tersebut mencari penarik beca tersebut untuk menaiki becanya.perempuan itu meminta penarik beca tersebut membawanya ke rumah penarik beca tersebut.penarik beca itu pun membawa perempuan tersebut ke rumahnya.apabila dilihat rumah tersebut, menunjukkan penarik beca ini hidup dalam kesederhanaan.

perempuan kaya itu terfikir, walaupun hanya bekerja sebagai penarik beca yang berpendapatan tidak seberapa boleh lagi memberikan perkhidmatan percuma.sedangkan perempuan itu kaya tidak pernah memikirkan kesusahan orang lain.bagi penarik beca itu, perkhidmatan percuma pada hari Jumaat adalah niatnya supaya sentiasa ditambahkan rezeki dan diberkati Allah.baginya rezeki ini luas, bukan hanya wang ringgit.

penarik beca itu telah membuka hati perempuan kaya itu untuk membantu orang lain.akhirnya penarik beca dan keluarganya dapat menunaikan haji atas sumbangan perempuan kaya tersebut.Alhamdulilah.

[cerita berakhir]

26 March 2009

laju ke perlahan?



cmne nak tahu tahap stress seseorang tu, ianya boleh digunakan dengan melihat gmbar ini:

if seseorang tengok ianya tidak bergerak lansung..memang lansung tiada stress..wah hebat tu...

sesiapa yang nampak gambar ni bergerak..maksudnya dia ada stress or tekanan..jika perlahan means stress tidak lah kuat sangat..jika laju means stress or tekanan seseorang itu kuat

tapi jangan tengok lama-lama..nanti jadi pening kepala plak..hee
ujian ni pernah dibuat kepada banduan di suatu tempat di luar negara..sejauh mana ketepatan nya tidak lah diketahui tapi ianya hanya sekadar ujian menguji tahap stress seseorang..

25 March 2009

ringgit Malaysia 25.


hari ni aku pegi ke suatu tempat ni..so sesampai nya di sana aku pun mencari dimanakah kekosongan parking..huh nasib ku baik sebab tak ramai orang..huhu

masa aku jalan-jalan nak cari parking tu...terlintas dibenak fikiran ku,kejadian yang menimpa diriku pada bulan lepas..huhu pasal parking ni la...haha..

satu hari aku pergi ke sebuah shopping complex..wah ramai orang..maklumlah hari ahad kan.aku pergi saje-saje nak jalan,hehehe agak lama telah berjalan ni..masuk lah waktu solat..aku pun bergegas ke surau untuk solat.argh!lapar, terus rasa selepas solat tu...maka aku pun bergerak ke tempat makan yang sesuai..hehe

tiba-tiba aku memeriksa dimanakah kad parking ku..huh cari,mencari,tercari-cari,bercari-carian tetap tiada di dalam beg dan pocket ku..alamak! camne ni..aku pun bertanyakn kawan-kawan ku..dan sama-sama terus cari,mencari,tercari-cari,bercari-carian dimanakah kad itu..malangnya tiada juga

belum sempat sampai di tempat makan yang sesuai aku pergi semula ke kedai-kedai yang aku masuk terutama kedai pakaian berjenama 'G' kerana aku lama duduk disana sehinggakan membeli..haha namun tiada juga

aku boleh kata bertawaf kat dalam shopping complex tu...dengan rasa kelaparan bersama kawanku...aku mengambil keputusan mengadu di kaunter pertanyaan.."how can I do if my card parking was lost"...wah speaking plak..padahal bukan betul sangat.. haha

aku pun bersama kawan yang setia ini menuju kearah pusat pengurusan parking di shopping complex tersebut.tak silap tu lah namanya yang ditranslate dari bi ke bm..mula-mula aku dengar macam KLCC singkatannya..aku tergelak juga..hee

sesampainya disana..aku pun bertanya tapi dalam melayu je lah "camne ek lau kad parking hilang?" camtu lah..huhu ada plak pegawai kat sana tu gelak dan berkata if beli baru bayar ringgit Malaysia 25..aku buat tak tau je..aku pun mintak kurang dengan saje-saje.aku ingat pegawai tu main-main..hehe yela dengan gelak..rupanya aku tengok kertas maklumat memang ye!

wah!tak boleh jadi ni..aku tetap cari,mencari,tercari-cari,bercari-carian kad parking tersebut ..buat sekali lagi tawaf..rasa ni memang penghabisan,huhu pastu pergi ke kereta,cari,mencari,tercari-cari,bercari-carian kad paking tu lah..tapi malangnya tak jumpa juga..aku pun dah kelaparan sangat.

oleh itu aku tetap mengambil keputusan untuk membeli sahaja kad yang baru dengan harga ringgit Malaysia 25.huh sungguh mahal.padahal bayar parking hanya rm1.50...memang jauh beza sekali..selepas itu..aku pun menikmati makanan yang dibeli berharga rm5 dengan perasaan yang agak sedih..huhu alhamdulilah..makan tetap nikmat..hehehe

selepas kejadian itu..aku akan sentiasa memastikan kad parking aku dalam keadaan yang selamat...ceewah! mungkin ada sesetengah pihak menganggap ringgit Malaysia 25 itu sedikit sahaja..tetapi aku rasa tidak berbaloi dengan keadaan aku tadi..apakan daya peraturan tetap peraturan..kalau tidak aku tak dapat balik hostel..hehehe ringgit Malaysia 25 tu pergi balik umahku dari hostel pun cukup..hehehe

*p/s: jaga lah kad parking anda dari saat menerimanya...huhu

24 March 2009

what about now...what about today


hari ni..hujan lebat sangat,pagi-pagi dah hujan..rasa berat hendak ke kelas tapi apa kan daya saya pergi juga,rupanya di kelas tak ramai orang pun..huh tau tadi datang lambat pun tak apa...hahaha..gurau je, sebenarnya tak ada payung pun..so saya mengambil keputusan untuk menunggu hujan berhenti .tapi nampak ada payung yang terbuka tiada bertuan disebelah bilik saya,rasa nak guna tapi takut sebab tak tahu kepunyaan sesiapa.Oleh itu,saya menunggu sehingga tiada siapa di blok dan saya pun gunakannya,huhu patut lah payung itu sudah rosak sebab tak boleh ditutup...hehehe apa pun yang penting masih boleh gunakan...kepada empunya payung yang tidak diketahui terima kasih ye...saya dah letakkan balik pada tempatnya..
so what about today is the day raining heavily..


what about now? sebenarnya sekarang ni memang fikir assingment je..so setiap masa fikir saya dah sampai mana buat..rasa malas je..huhu apa yang penting tarikh hantar kena hantar juga.. so buat relaks- relaks sudah..hehe kepada rakan-rakan selamat membuat assingment..huhu

16 March 2009

tidur yang berkualiti...::


Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

11 March 2009

::kenal kimi?? ahaks..

pernah dengar tak name kimi..hehehe
macm nama orng dalam watak cite 'big is beautiful"
tpi ni bukan nama orng..ini satu laman web yg leh create
picture kite jd cntik..ad mcam2 border n style..
tag line web ni..'imikimi customize your world'
best la website ni...sy mmg suke gune
bnyak dh gmbr yg sy dh cntikkan..eceh
mule2 die ad mcam2 template dgn plbagai tema
erm..kne create akaun dlu..so bile nk gune kne log in..
pastu kne download stu softwre tuk gune website ni.
mmg leh buat time online je lah..
ag stu...customize gmbr kt website ni
bukan je tuk gmbr JPEG,IMG tpi GIF pn leh gk tau!
means gmbr gerak2 lah..hehehe
so nyr leh la nk buat screen saver...huhu
utk mmbr2 yg suke kan graphic boleh lah cube
website ni...hehehe sy mmg suke sgt.

so..layari lah : http://imikimi.com

selamt mncuba...('',)