20 December 2009

soundtracks of our lives~



songs:soundtracks of our lives...
ayat tu diba tertarik..ahaks...mesti banyak kan lagu-lagu feberet sepanjang kehidupan yang kita lalui ini...setiap zaman mesti lain-lain and lagu-lagu ni yang akan mengembalikan memori kita pada zaman tu kan...tak salah nak dengar lagu-lagu ni asal jangan melalaikan..betul3x..heee

salah satu lagu ni betul-betul buat diba rasa nak balik pada masa tu..sebab rasa macam belum puas..hee nak kate ingt kawan ke tak lah jugak..tapi teringat kehidupan masa tu...masa tu zaman kemunculan band indonesia yang famous tu..ungu band..tapi bukan sebab diba minat kale ungu tau!..first time dengar lagu die yang 'demi waktu'..padahal lagu tu tak ada makna pun buat diba...just teringat lagu tu popular time diba nak masuk matrikulasi kat Melaka...dengar-dengar macam besh je..hee nway now dh bosan la dengar...haha bile dengar kat radio tau dh pukul berapa masa lagu tu keluar...time tu area tahun 2006..SPM 2005...

yela...sebelum pergi kuliah bukak radio lagu tu...balik kuliah lagu tu...time rehat pun lagu tu...hehe dah terminat lagu tu ringtone pun lagu tu..opss..time tu zaman polifonik ag...diba lum pakai nset mp3..nset pn selalu bunyi....maklumlah diba kat melaka...family kat selangor..bertahun-tahun duk hostel dekat je..amek kau masa tu hostel negeri lain..selalu lah family call..ag pun selangor mana ada matrikulasi...haha

bukan nak kata diba sorang je cam agak tergila-gila lagu tu...member-member diba gak...haha tapi lama dah tak jumpe diorang...just zara je..tu pun coz study dekat ngan diba..hee masa tu pun duk matrikulasi kejap je.. tu rasa tak puas...huhu sebab nya nak kene masuk maktab...nasib baik dapat maktab yang agak paling dekat ngan umah...hee even berat sangat-sangat nak pergi maktab tapi go on je...now everything ok...just this song keep my memories in Malacca Matriculation College..Miss U all my frens..~;D

rasa ramai je tau lagu ni...not bad gak kan..hee 1st time dengar lagu ni minat lah ngan ungu band ni...hee

p/s: how about u all?...tell me your songs..hee




19 December 2009

mas kahwin


mas kahwin atau ia juga dipanggil mahar...rasa semua sedia maklum kan apa penting sangat mas kahwin ni..lagi-lagi yang dah pernah ikut kursus kahwin...ops tapi lagi dah faham sangat tuk yang dah berumah tangga...hee

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ".
( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".
( Riwayat Ahmad )

Namun di Malaysia banyak negeri yang telah menentukan mas kahwin..ianya ditentukan oleh Pejabat Agama setiap negeri..ini adalah senarai mas kahwin terkini.10 tahun lagi tak tahu lah ubah atau kekal...hee


Sedikit info yang mungkin dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang mas kahwin atau mahar ini..(dipetik dari info islam )

WAJIB MASKAHWIN

Maskahwin itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut didalam akad jika dinyatakan dimasa akad dan maskahwin itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan yang berikut:-

i) Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul dan dipersetujui oleh pihak isteri, oleh yang demikian isteri berhak melarang atau meghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.

ii) Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila kadi menentukannya akan maskahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak boleh hutang).

GUGUR SEPARUH MASKAHWIN

Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah ta'ala Yang bermaksud: "Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya , maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".

Gugur separuh maskahwin sekiranya perceraian ini berlaku berpunca dari pihak suami, seperti suami jadi murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak. Tetapi sekiranya berlaku perceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN

Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak waris si suami wajib membayar maskahwin itu sepenuhnya kepada bekas isterinya dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris bekas isterinya jika maskahwin itu belum dijelaskan lagi.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:

"Dari Alqamah katanya seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwin pun belum ditentukan kadarnya. Kata Ulqamah, mereka mengadu hal tersebut kepada Abdullah, maka Abdullah berpendapat perempuan itu berhak mendapat mahar misil sepenuhnya, dan perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula dengan bereddah. Maka ketika itu Ibnu Ma'kul bin Sanan Al- Saja'i menjelaskan bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memutuskan terhadap Baraq bin Wasaq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi". (Riwayat Al-Tarmidzi)

p/s: jodoh pertemuan ditangan tuhan insyaallah dipermudahkan~;D

07 December 2009

kerabu bebuas

hari ni diba pergi pasar nak beli sayur...biasalah, tak pergi sendiri lah..pergi ngan ibu...sampai kat tempat sayur ternampak lah deretan ulam-ulam such as daun ulam raja, daun penggaga, daun belinjau...daun roselle pun dikira ulam..dan satu daun ni tak pernah plak diba nampak apatah lagi nak makan..hehe tanya lah.."daun apa ni pakcik"..."bebuas dik.." " he bebuas" dalam hati diba tergelak je..kelakar gak..nampak sekali macam daun pokok bunga raya..last2 diba tak beli pun daun tu...cume beli daun belinjau je..hee

actually daun bebuas ni salah satu herba...info mengenai daun bebuas ni:




Bebuas

Nama Saintifik :Premna foetida Reinw.

Terdapat dua lagi spesies yang berkait rapat de­ngannya, iaitu Premna cordifolia dan Premna integrifolia.

Bebuas adalah sejenis tanaman yang sukar ditemui kecuali dikampung-kampung atau ditanam oleh segelintir individu yang mengetahui khasiatnya.Sejak akhir-akhir ini Bebuas semakin popular terutamanya di kalangan pengidap SARS dan jenis penyakit berjangkit yang datang tak menentu seperti H1N1.Malah ia turut dicari oleh orang awam yang menyedari khasiat yang terkandung di dalamnya.

Pokok Bebuas ini tumbuh tinggi menegak.Pokok Bebuas yang masih muda berbatang coklat manakala pokok yang telah matang akan berwarna kelabu.Daun Bebuas tumbuh tunggal,lebar dan bertepi rata serta hujungnya merucing tajam.Warnanya hijau muda dan tumbuh dengan tangkai yang berhadapan. Bunga Bebuas dipercayai banyak mengandungi khasiat dan amat popular.Warnanya putih dan berbentuk seperti loceng.Bunga Bebuas berbau kuat dan menusuk hidung.

Dikatakan daun bebuas ni semakin popular sejak adanya penyakit SARS...namun pelbagai penyakit dapat disembuhkan dengan daun bebuas ini.Oleh sebab itu ia juga dikatakan salah satu herba yang berkhasiat.

Daun bebuas ini boleh dimakan begitu sahaja.Selain itu boleh dimasak seperti direbus, kemudian diminum airnya.Ia juga dikatakan boleh menghilangkan bau ikan dalam gulai.Untuk sesiapa yang minat kerabu ia juga boleh dibuat kerabu...kerabu daun bebuas (tekan disini untuk dapatkan resepi ).Mungkin ada nama panggilan lain di kawasan-kawasan lain bagi daun bebuas ini.Rupanya banyak tumbuhan yang terdapat di muka bumi ini ada manfaatnya untuk manusia.

p/s: makanlah makanan berkhasiat~;D



05 December 2009

selembar bulu mata

Renungkanlah kisah ini...

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium dan menghidu" Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang berkata-kata" Tangan meneruskan, "Saya yang memegang dan menggenggam." Kaki menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam.

Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara berlaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."


Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

p/s:Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."







02 December 2009

kolam renang???


smalam duk tengok tv...ade lah orang datang...'assalamualaikum'..maka jawablah 'waalaikumslam' dan melihat pada siapakah gerangannya...huhu...hanya lah pemberi surat saman...opss!surat jemputan...wah..ade dekat 10 keping...huhu...semuanya lawa2 belaka...orang sekarang ni mewah2...lau diba kawin nanti tak taulah kad jemputan camne..hehe ade satu ni diba tertarik kad jemputan die kale purple...tapi unik la...memang nampak mewah...alamak! nak tunjuk gambar nanti ada nama plak...tak pe lah...
nak carilah empunya kad jemputan ni dari mana...so nyer tengok lah pada peta yang dipaparkan...ahaa...rumah kawan diba je..kakak nya kawin...beres boleh pergi kot...lau tak ada hal...hehe ag pun dekat je..satu kampung...tapi yang musykil ada simbol kolam renang dalam peta tu...bila plak wujud dalam kampung diba ada kolam renang..pelik2...tanya kat ibu and adik yang duk hostel( nina ) pun tak tau...tanya kat adik yang bongsu tu...dia jawab "a'ah ada kolam renang.dekat ngan umah kawan adik...bayarannya dalam RM 5 or kurang kot"...dalam hati diba " bia betul...tak penah dengar cite pun" tanya ayah diba, ayah kata ada sebab pernah dengar orang cite...tapi ayah tak pernah nampak gak...huhu...aish tak boleh jadi ni....

so nyer diba, ibu ngn nina pergi lah...mencari dimanakah letaknya kolam renag tersebut....hehe padahal minggu lepas dah seminggu mandi kat kolam renang kat 'my vacation home '...hee naik-naik kereta dah bawak peta umah pengantin...tapi tengah2 jalan baru perasan salah kad jemputan...bukan kad jemputan yang peta ada kolam renang tu...haha dah tu ayah bagi petunjuk....tapi cari-cari ag tak jumpe gak....haha...dah pusing banyak kali..dah la kampung ni banyak lorong...tu lah tak ada keje sangat...last2 balik umah...ibu kata ' g tukar kad jemputan tadi'...hee then g jalan2 ag..cari2 ag....upenyer..kolam ikan je....memang kurang asam betul...haha..bak kata ibu ni 'kolam ikan berenang'...tak pe lah...sekurang-kurang nya...dapat pusing satu kampung...lau tak...keluar umah pergi bandar pastu balik umah...jalan sama je...huhu..balik lah kiteorang anak beranak tergelak....hehehe


p/s : sayangilah kampung kita~;D