07 July 2010

stevia sweet'

macam mane nak elak dari kencing manis ek??hari2 makan gula..macam2 benda yang sweet2 lah..huh! tyme cuti baru ni..jalan2 g pasar ngan ibu and adikku Nina..bese lah geng perempuan dalam family diba..ade satu stall ni jual pokok2..jalan depan stall tu die 'kata cube kak daun manis' dengan ayat tu je..membuatkan ibu aku terberhenti...dengar punye dengar taklimat or penerangan orang yang jual tu...macam bagus...hee ade yg dah diestrak daun pokok tersebut menjadi serbuk gula..kat stall tu ade daun yang dah kering...dirasa macam tu je..memang daun tu manis..siyes manis..tapi memang tak membahayakan kesihatan kata penjual tersebut...he

then..lama duk kat stall tu..nampaknya ibuku berminat...rupanya penjual tu pensyarah UPM yang dah bersara..pokok tu merupakan hasil kajiannya bersama pelajar2 nya..now dia ada buat perushaan untuk membanyakkan pokok stevia tersebut..aha..nama die senang cakap stevia..atau lagi senang daun manis..kirenya daun ni bgus diletak dalam minuman dan akan menjadi manis yang asli tanpa mendatangkan sebarang penyakit.. diberitahu.."pokok tu sangat manja" ceh...

means die perlu dijaga sangat rapi..pesara pensyarah UPM tu bagitau ramai yang dah mengetahui mengenai pokok tersebut,,dan kebanyakan yang menanam pokok tersebut selalu dicuri pokoknya..so memang sangat berminat...nampaknya ibuku nak buat bisnes ni..haha kat rumah tu pokok misai kucing tak larat dh nak keringkan banyak sangat...haa tengok plak menjadi ke tak penanaman pokok manis yang dibeli daripada bekas pensyarah UPM tu..siap pesan lagi..kalau akak tanam subur dan banyak boleh la hantar ke tempat proses produk kami di Gombak katanya....ayah bekas pensyarah tersebut seorang doktor yang mempunyai syarikat kosmetik yang terkenal..ntah tak ingat die bagitau..bekas pensyarah tersebut berpangkat doktor..wah..anak-beranak pandai..hu


maklumat secara am:
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Katanya ini kerana varieti stevia yang benar-benar sesuai belum ditemui sungguhpun enam aksesi berpotensi daripada 68 aksesi yang dibawa masuk dari serata dunia telah disenaraipendekkan. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula.

"Masalah utama penanaman stevia di Malaysia iaitu tanaman ini berbunga terlalu awal dalam keadaan waktu siang yang kurang daripada 13 jam seperti di Malaysia. "Ini menyebabkan stevia terpaksa dituai sehingga 12 kali setahun berbanding satu ke dua kali di negara-negara iklim sederhana. Penuaian yang kerap ini menyebabkan pengeluaran stevia di Malaysia tidak kompetitif dari segi kos," katanya dalam jawapan bertulis kepada Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) di Dewan Rakyat Rabu.

Noh berkata akibat kutipan hasil yang awal kandungan bahan pemanis dalam pokok stevia juga didapati kurang, selain teknologi bagi pembiakan tanaman yang efektif masih sedang diperkemaskan. Beliau berkata Mardi telah menjalankan penyelidikan ke atas tanaman tersebut yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan di mana orang asli Guarani di situ telah lama menggunakannya untuk memaniskan minuman ubatan yang pahit. Noh berkata stevia mungkin selamat diguna oleh pesakit diabetes, untuk mengurangkan berat badan dan tidak akan menyebabkan kerosakan gigi selain ia merupakan satu pemanis semulajadi tidak seperti pemanis rekaan seperti aspartame dan saccharine kerana tidak menyebabkan kesan sampingan yang buruk.

"Mardi telah memulakan penyelidikan yang mendalam ke atas tanaman ini mulai tahun 2004, di mana penyelidikan itu memberi fokus kepada teknologi huluan kerana dari segi pemprosesan, kilang yang berkenaan telah wujud di Malaysia," katanya. Beliau berkata antara aspek penyelidikan utama ialah pemilihan varieti, amalan agronomi, kawalan musuh dan penyakit, mekanisasi ladang dan pengendalian lepas tuai. "Sungguhpun banyak teknologi telah diwujudkan, stevia masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di masa sekarang," katanya.

p/s : bagus tau daun ni,jom same2 tanam...

YES! Holland go to final..('',)


4 pok pek:

Seri said...

info yang sangat berguna. 1st time tahu fasal pokok tu

diba said...

@Seri ehe...diba tau sbb tu share..hee

ahsfantasy24 said...

slamat bsahur!!
hehe.. ^^,

diba said...

@ahsfantasy24 pd awk juga,,slamat brsahur..salam ramadhan;)