31 October 2010

attracted


I was attracted to it


suggested entry:


p/s: smalam tak sihat hari ini letih..entry yg pendek...daa~~

28 October 2010

bencana cinta


semakin rancak diri ini menonton sinetron cinta kirana dan terkesan terhadap kebahagiaan cinta dan kesakitan cinta di dalamnya..bila dilihat daripada aspek penderitaan dan kesakitan cinta bolehkah cinta ini dikatakan bencana..bencana ni semua aspek buruk sahaja ke..ahaa..cuba kita lihat salah satu bencana alam gunung berapi ni..ianya telah ditetapkan di dalam kejadian bumi akan terjadinya letusan gunung berapi dan mengeluarkan lavanya..kejadian ini amat digeruni namun pada beberapa ketika selepasnya kawasan yang dilimpahi lava akan menjadi subur dan mendatangkan keuntungan kepada manusia..betulkan..haa angguk-angguk..hee macam tu lah cinta..memang telah ditakdirkan dalam sesebuah hubungan percintaan itu adanya kebahagiaan dan kesedihan dimana setiapnya ada hikmah yang tersirat.


cinta ni kan bukan sekadar perasaan tapi cinta ni merupakan komitmen..sebab perasaan sebenarnya akan datang dan kemudian pergi..cinta tidak seharusnya berakhir bahagia kerana sebenarnya cinta tidak harus berakhir..mungkin pada suatu ketika cinta akan meninggalkan hatimu ibarat serpihan kaca-kaca yang dipecahkan..huk huk namun tajamkanlah fikiranmu pandang kehadapan bahawa ada seseorang yang akan datang merawat luka dan mencamtumkan kembali serpihan-serpihan kaca itu..sehingga hatimu akan bersemangat kembali..bahagiakan..

jika dirimu mencintai orang lain jangan terlalu mengharapkan orang yang kamu cintai itu mencintai kamu setaraf dengan cinta kamu itu..pasti diantaranya akan mencintai lebih dan adanya yang seorang lagi itu kurang..kerana itu didalam cinta ada yang mencari dan ada pula yang menanti....hanya orang yang bercinta itu dapat menilai cintanya..

jangan pernah takut untuk jatuh cinta terutamnya jatuh cinta kembali, mungkin akan menyebabkan kesakitan, kesedihan dan menderita..tapi jika tidak mengikut kata hati pastinya jauh lebih pedih dan mungkin ada penyesalan..kerana pada saat itu mungkin seseorang itu tidak memberikan cinta itu satu jalan...namun kata hati itu perlu juga diiringi dengan akal fikiran yang rasional

maka apabila komitmen cinta ini sedia diterima perlulah sedia untuk menerima penderitaan kerana jika hanya mengharapkan kebahagiaan bukanlah mencintai melainkan memanfaatkan..lebih baik kehilangan sifat ego itu daripada kehilangan seseorang yang kita cintai kerana dilihat perasaan itu yang selalu ada dalam sesuatu hubungan cinta..

kita selalu mendengar '' cintakan bunga akan layu..cintakan manusia akan mati..cintakan Allah kekal abadi..'' sangatlah benar namu dalam cinta manusia yang semua insan miliki perlulah '' mencintai seseorang itu bukan ibarat bunga kerana bunga akan mati maka mencintailah seperti samudra dikala lautan sentiasa mengalir selamanya''


cinta sejati mendengar walaupun tidak dikatakan dan mengerti walaupun tanpa penjelasan sebab cinta tidak hadir dari bibir dan lidah atau fikiran melainkan dari HATI..

p/s: daaaa...bebelanku sebelum tido..nite~




26 October 2010

sSsSsSsS


sSsSsSsS=== saya telah ditag..oleh cikgu azam (ipg ipoh)...kui2,walaupun sebenarnya malas..hee saya akan menggunakan setiap ayat dengan huruf S k...dah baca sila senyum je('',)


Once you have been tagged, you are supposed to write a note

with 25 random things, fact, habits, or goal about you.

At the end, choose 25 people to be tagged.

You have to tagged the person who tagged you

If I tag you, its because i want to know more about you

gambar hiasan: cuba teka umur girl lam gambar ni??

1. suka jalan-jalan makan angin..mujur la angin tak ada mulut ley makan semua orang..aaha

2.sudah biasa dikatakan sombong sebelum orang mengenali diri ini..eceeh..he

3.sampai bila-bila pun tetap suka warna ungu ni

4.sangat tertarik kepada lelaki yang bermuka kebudak-budakkn kot..wahaaha

5.sana-sini tetap mengingati ibu dan ayah tercinta

6.sesiapa pun jangan cuba merampas kebahagiaan yang diba ada tau!

7.sensitif bila masa memerlukan...hu

8.suruh masak boleh....menjahit belum pro lagi la

9.saat-saat waktu di sekolah amat dirindui

10.sekolah ku : intersaber, sliss, samsed

11.sengal-sengal badan apabila hendak ke kelas dan sesuka hati tido sahaja di bilik (kadang-kadang)

12.selalu mandi pada waktu yang ditetapkan sendiri

13.sejuk yang teramat apabila berada di dalam econ sampai ada yang berkata ''ko darah sejuk ke diba''

14.sweet sour sangat suka tapi gula-gula tak suka

15.selain itu,suka sangat melayan sinetron indonesia hindustan no no no!

16.sejenak terfikir bila lah tarikh kawin aku ek...hoho

17.solat pada waktu yang tidak diharamkan

18.senior kerek sangat anti!tapi jadi senior kerek mcam besh kot..huk

19.semalam aku makan roti canai

20.sudah-sudah la..rasa penat la nak jawab sampai 25 ni

21. sungguh terharu pada yang menghargai

22.simple jangan yang serabut-serabut last2 kelam kabut

23.study smart better than stud hard (tuk yang kurang rajin)

24.susah macam mana pun hidup ni kena tempuh gak..harap diri ini tabah

25.semua yang diatas tiada menyentuh individu atau pihak lain hanya diri ini..

p/s: daaaaaa!jawab la tag ni sapa2 yang rajin ek('',)

iwak sardin


"seng jeneng nge iwak yo..sopo orak kenal"..hee saja nak mulakan dengan bahasa keturunan diba..tapi tak pandai pun nak bertutur..tahu untuk menggunakan dan faham bila didengar..

iwak = ikan

lately ni diba kurang update blog memandangkan line broadband yang agak slow..rasa dah duduk kawasan bandar..huh camtu lah..kadang-kadang rasa tak berbaloi setiap bulan..pasal entry ikan sardin ni konpem semua orang suke kan..suka makan la...tak suka angkat tangan..yang dalam tin tu la..ramai beli lagi-lagi yang duduk kat asrama..dulu diba pernah dengan pasal ikan sardin satu jenama ni yang dikatakan sedap sebab diletakkan katak dalam ramuannya..aahaa dengar macam tak percaya je..ni ada satu lagi kisah pasal orang yang suka makan ikan sardin dalam tin..dapat daripada kiriman e-mel dan mungkin ada yang pernah terbaca di FB


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Assalamualaikum wbh


Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal. Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin.

Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin. Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin.

Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya. Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras. Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin. Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin?

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

p/s: berhati-hati lah dengan makanan yang korang makan..kesihatan perlu diutamakan

21 October 2010

Rianti Cartwright murtad??


agak-agak korang ingat tak gambar kat atas ni berkaitan dengan apa??? tak ingat pun tak apa lah...diba jawab je..haha dulu kita pernah dihujani dengan fenomena Ayat-ayat cinta iaitu sebuah filem cinta yang dikatakan Islamic daripada Indonesia..berdasarkan adaptasi novel oleh penulis terkenal Habiburrahman El-Shirazi..Pelakon utama dalam filem ini seperti mana di dalam gambar diatas iaitu Rianti Rhiannon Cartwright yang memegang watak Aisha isteri kepada Fahri dikatakan telah keluar daripada Islam dengan kata nama lain murtad..ketika berita ini disiarkan terdapat lagi 2 orang pelakon Indonesia yang turut murtad..maklumat lanjut disini..

Rianti Cartwright merupakan pelakon terkenal di Indonesia yang juga banyak berlakon di dalam sinetron yang berkonsepkan Islamic seperti Munajah Cinta yang seingat diba pernah ditayangkan di TV9..pelakon ini dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas..Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.Rianti juga dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

p/s: now Ayat-Ayat Cinta dah habis musim..beralih arah ke Ketika Cinta Bertasbih