Showing posts with label ipg. Show all posts
Showing posts with label ipg. Show all posts

12 December 2011

SPP ohh..SPP

lamanya tak update blog.huh..nway alhmdulilah selamat dah semuanya diba menghabiskan tugas-tugas kat maktab.and the last hari tu temuduga SPP stand for Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.macam-macam jangkaan sebelum temuduga tu.tahniah untuk semua kawan-kawan IPG yang dah lepas.untuk yang akan datang.all da best!yakin btw kena study gak la.tak boleh main taram je masuk bilik temuduga.he senyum sentiasa itu yang penting.orait nak kongsi ckit masa temuduga SPP hari tu.diba antara group terawal coz hari pertama daripada kawan-kawan yang lain.

Tarikh : 30 November 2011
Masa : Jangkaan 9.30pagi  tapi masuk bilik area 11.30 pagi
Rakan Group : Ise, Jijah, Kiah and Chah ( maceh sume !)
Bilik : Bilik Temuduga 2. (bilik feberet..he)

Actually kteorang semua tak tahu pun penemuduga tyme hari tu.so yang tak disangka-sangka bilik tu bertuah ditemuduga oleh Timbalan SPP sendiri.wah..seronok sebab muka beliau memang tersenyum sentiasa.so kteorang pun cool je dalam bilik tu.Geng-geng yang temuduga sebelum tu dalam bilik yang sama gak respons memang seronok and tersenyum.tapi keputusan tak tahu la kan.and lagi seorang penemuduga iaitu Pn. Rohaya.

TIMBALAN PENGERUSI SPP
YBHG. DATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

totally masa temuduga tu pertanyaan sebanyak 4 soalan.tapi menjawab nya lama kot.sebab sorang-sorang kan.sebelum soalan-soalan itu diajukan kteorang memperkenalkan diri dalam bahasa Arab sebab kteorang coz bahasa
Arab..hee dari situlah tau rupanya penemudaga Dato Haji Pangiran ni orang tempat diba gk..haa orait antara soalannya:

1.satu situasi diberikan and kami diminta kupas pendapat sebagai seorang guru.
Jawapan : depends pada pendapat korang.yang penting sentiasa bersikap positif.

2. apa beza maklumat ilmu and maklumat??
Jawapan : ilmu dah diproses, maklumat belum diproses : huraiannya maklumat tu kan kita boleh dapat kat mana-mana but tak tahu lagi sahih ke tidak.tapi ilmu ni suatu benda yang kita dah tahu ianya betul.so sebab itu ilmu untuk disampaikan dan 'Ilmu itu Pedoman Hidup'

3.apa itu 1M 1S ?
Jawapan : baca nota tu then huraikan lah.rasa senang je kan nak faham

4. cara bagaimana tarik minat murid untuk sukan?
Jawapan : Guru itu sendiri kena minat then kita join dan fahami murid-murid kita.baru murid-murid rasa bersemangatkan.macam-macam lagilah yang ni boleh difikirkan and yang penting positif sebagai seorang cikgu.

Apa yang penting dalam temuduga ini..cara percakapan kita sebagai seorang cikgu.positif dan setiap hujah and pendapat perlu berasaskan daripada mana-mana sumber.bukan diba cakap ni, penemuduga yang cakap.sebelum temuduga dah bagitahu kriteria apa yang nak dilihat.penampilan itu mestilah.nametag jangan lupa sebab senang nak dipanggil nama;))


after temuduga SPP tu..ramai juga la yang berjaya dalam SPP nya plak ;P yang ni stand for Suruhanjaya Pertunangan Perkahwinan.ahaks! ..hee  especially tuk kawan-kawan sebatch maktab diba yang selamat bertunang and berkahwin.semoga berbahagia selamanya;) sory tak dapat nak attend semua invitation..tapi dapat gak tengok muka-muka berseri korang kat FB.Congrate !


Kahwin:
Fazila(mon) & Husband
Qamar & Dila
Wan Fitri & Zatul
Amirul Syahida & Husband
Shida & Husband 

Tunang:
Afiq & Seha
Lias & Chah


p/s: semoga berjaya untuk SPP..;))


31 March 2011

hikayat putera haiqal

tak cukup dengan hikayat putera shazlan ke?nak buat putera haiqal plak.agak-agak sedap tak nama tu putera haiqal or haiqal.rasa ramai budak-budak or orang kat luar sana nama haiqal.macam tu la nama student diba kat sekolah.dah masuk 3 kali praktikum ni means dah 3 buah sekolah diba ngajar..setiapnya mesti ada nama haiqal..memang popular betul nama ni.lagi-lagi bila nama ni selalu sangat cikgu ingat..masuk-masuk kelas semua budak laki nak tersasul panggil haiqal.nampaknya diba pun ada rasa macam tu..rasa ramai student yang sesuai dengan nama haiqal..hee agak-agak kenapa ye cikgu selalu ingat nama haiqal ni..ahaks..sebab biasa nama ni yang selalu buat bising dalam kelas..then selalu ada je halnya, tak bawa buku lah..ada yang beberapa  kelas tu haiqal ni suka bertanya..tak habis cikgu menerang dia dah bertanya.he kebanyakan yang bernama haiqal ni aktif betul ke??baguslah if  aktif ke arah positif kan..

agak-agak ada tak yang nama haiqal dalam gambar ni?

actually nama haiqal ni maksudnya pokok yang subur / lush tree.mungkin ada kesinambungan dengan makna nama ni.apapun nama haiqal merupakan salah satu nama-nama yang baik dan digalakkan.antara nama-nama yang menarik iaitu murid-murid yang diba ngajar

mohd HAIQAL

mohd HAIQAL danish

HAIQAL al-muhafiz

mohd HAIKAL putra

mohd harith HAIKAL


p/s: siap buka buku rph tengok senarai nama.setiap kelas ada nama haiqal...hee



Photobucket

12 February 2011

hati suci

masuk minggu kedua..dah rileks la..selamat tuk observe tuk kali pertama dari guru pembimbing..lecturer pun dah membuat lawatan sosial bagi melihat bahan-bahan yang perlu disemak terutama buku RPH and portfolio..beres dan perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa..so far semakin selesa disekolah tu...cikgu-cikgu sangat baik..student pun ok..nakal-nakal tu biasalah juga..yang penting seronok..lepas observe kali pertama tu..dapatlah beberapa point yang penting perlu dilakukan bagi meningkatkan keserasian dalam PnP, antaranya:




ngajarlah dari hati yang suci..rela hati..

janganlah terlalu tertekan dan sentiasa terikat dengan langkah-langkah rph or masa..

rileks and cool..

jangan stress..senyum selalu dalam kelas

buat perhubungan yang baik..dekat dengan student..

itulah yang paling penting pada permulaan kelas..kehidupan di dalam kelas hanya guru dan pelajar..semoga kita dapat menjadi guru yang disayangi dan dihormati selalu...hee



p/s: wah seronoknya hari cuti..he

Photobucket

07 February 2011

rindu saat-saat bohsan itu

sempat je snap pic tyme kuliah bulan januari ..haa

sekarang dah pun masuk ke bulan Februari..saat-saat kerja semakin banyak dan terlambak..macam-macam benak fikiran ini hendak difikirkan..semakin berkurangan hari tempoh diriku untuk belajar di maktab ini..selepas Tahun Baru Cina ini bermula praktikum bagi Fasa 3 dan yang terakhir..beratnya diri ini hendak melangkah kesekolah..campur tolak kira malas la jugak..macam-macam hendak dibuatnya..tapi apa pun kena redah juga buat yang terbaik..hopefully sekolah yang diba duduk 3 bulan ni membahagiakan..so far so good..

rasa macam nak balik hari-hari ada kuliah dengan lecterur..tu la manusia..dulu masa banyak kuliah..skip2 juga pergi kuliah..sekarang ni rasa rindu nak pergi kuliah..biarpun bohsan kan tapi otak ni rileks je..argh..sekarang nak kena fikir macam-macam..belum hendak difikirkan masa akan datang..opss...jangan tersasar jauh je..tapi awan-awan sering juga muncul dikepala sebab memang tak terlepas kalau bab2 berangan-angan..sape tak suke angan-angan...sweet kot..;p

dah2..tak boleh nak rindu masa-masa hari kuliah kan..tempuh hari akan datang kat sekolah sebaiknya..sangat mengharapkan akan menjadi cikgu yang terbaik..dan sentiasa tidak menangguh kerja..azam praktikum kali ini..untuk semua sem 7 student maktab selamat berpraktikum..untuk abang and kakak senior batch sulung..selamat berposting...agak-agak nak mintak mana ye.....ahaks..

p/s: caiyok2..jangan malas..kan3x






Photobucket

13 December 2010

12/12

pinky theme...gambar dari FB..hee

12 disember 2010

dua tahun berturut since tahun lepas diba tiada dirumah pada tarikh 12/12..maklumlah tarikh cantik untuk wedding kan..tahun lepas di besut, terengganu dan tahun ni diba ke ipoh, perak untuk perkahwinan rakan sekelas syakira dan pasangannya muhammad yang juga rakan semaktab diba..aha..tahun depan tak tahu plak kat mane..hee wait and see....

tahniah untuk kamu berdua ('',)'',) semoga berbahgia ke akhir hayat~



salah satu gambar dari cameraman




p/s : kebahagiaan dalam pertemuan bila ramai member-member datang('',)



Photobucket

17 October 2010

Perhimpunan Guru 1 Malaysia


guru-guru malaysia yang hadir dari seluruh Malaysia

hari ni tanggal 16 oktober 2010 merupakan hari bersejarah apabila julung kalinya diadakan Perhimpunan Guru 1 Malaysia bersama kepimpinan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak..

dah batch terpilih kami tuk hadiri perhimpunan tu..so ikut je lah...budak baik..tak nak la ponteng-ponteng..eceh..hee dah tak dapat nak weekend kat rumah...waaaaaaaaaa! sekejap je pun kat sana..tapi terdetik juga rasa bangga bakal menjadi guru walaupun pada dasarnya dahulu tidak minat dalam bidang ini...tersentuh juga mendengar sajak yang dinukilkan dan dideklamasikan oleh penulis sajak tersebut khas buat guru-guru di Malaysia...apa yang paling penting profesion perguruan dikatakan profesion yang mulia..tidak perlu untuk diperincikan kerana semua orang dan manusia mempunyai guru dan dapat menilai sendiri siapakah sebenarnya guru..

dalam perhimpunan tadi just ucapan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri..then ada persembahan dari IPGM Kampus Ilmu Khas...nway nama IPG Kampus Pend. Islam pun bergema di Stadium Putra Bukit Jalil apabila pembaca doa diumumkan...Timbalan Pengarah IPG diba membacakan doa..amin...

button yang diberikan "guru pemangkin 1 Malaysia''

antara isi ucapan Perdana Menteri yang penting bagi guru-guru ialah :

guru perempuan boleh mendapatkan cuti bersalin selama 90 hari..yeah! bangga jadi perempuan...haa kahwin pun belum..tapi guru-guru yang rajin or rasa bosan kat umah..kurang dari 90 hari masuk sekolah pun tak apa..lau diba nanti tak kan sia-sia kan peluang ni..eceh;p

kemudian, beliau juga mengumumkan bahawa PTK untuk guru dalam perancangan untuk dimansuhkan..kemungkinan bermula Jun tahun hadapan..bagus gak..tengok ramai guru-guru yang merungut pasal PTK ni..tak payah tengok jauh, ibu diba pun..huk2

pengumuman terakhir dari Perdana Menteri ialah sumbangan RM500 bonus bagi guru yang bawah DG 54 dan guru-guru pesara....ha tu je lah yang diba dengar..lau diba tersalah dengar betulkan la ye...he.

at the end Perhimpunana tu nyanyi lagu 1 Malaysia dan Malaysia Berjaya...kenapa la tak nyanyi lagu Guru Malaysia..tak termasuk pulak dalam tentatif...kalau ada mesti lagi bersemangat...he

p/s: pape pun..elaun IPG tetap sama..he



16 October 2010

kek mufin crayon




nampak sedap tak kek mufin ni...siap ada crayon lagi..sapa nak boleh tempah ye..ngee..tipu2x,,haha just special wish for mama in my class..





may your birthday bring you as much happiness as you give to everyone who knows you
p/s: semoga bahagia bersama papa..ops;p

05 October 2010

pensel dan pemadam




korang penah tak jumpe pensel cmni??hakhak


pencil : you know, i'm really sorry

eraser : sorry for what?? you didnt do anything wrong!

pencil : well, every time when I make a mistake, you will be there to eraser my mistake.but, as time pass by, part of you are gone.

eraser : you see, i'm made to do this.even though i know one of these day i'll be gone, and you have to replace me with another. i'm still happy to do this job. so don't be sad! it worries me!


hepi bufday to bazz.. may ALLAH bless u ('',)

p/s: hargailah kawan-kawan kita diwaktu susah or senang sebelum ianya hilang untuk selamanya