Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

19 October 2011

01 August 2011

kesyukuran ramadhan


alhamdulilah.bertemu lagi aku ramadhan kali ini.Allah masih lagi peluang padaku untuk mempertingkatkan amalan dan pahala pada waktu ramadhan.harap aku sentiasa bersemangat dan istiqamah pada ramadhan kali ini serta dipermudahkan untuk melakukan perkara-perkara sunat.kemenangannya adalah syawal nanti.semoga semua umat islam dapat memanfaatkan ramadhan yang dikurniakan ini.salam ramadhan dariku;)

layan jap gelagat anwar hadi with his friend ni.he




p/s : juadah buka puasa 1 ramadhan??

20 May 2011

fenomena Nur Kasih


iklan-iklan,itulah yang kita lihat pada hari ini dan antara yang mendapat perhatian ialah iklan promo filem Nur Kasih The Movie.ia dilihat menjadi fenomena apabila drama Nur Kasih ini telah mencapai rating yang sangat tinggi iaitu 19 Juta.bersamaan dengan tarikh 19 May filem ini mula ditayangkan dengan filem Pirate.memang mendapat saingan ketika penjualan tiket.Filem Nur Kasih ini dijangkakan menarik dan mendapat perhatian dari semua lapisan masyarakat berkesimnambungan dari drama.Dilihat program di TV3 juga memaparkan mengenai fenomena Nur Kasih seperti 360 dan pada petang ini Al Kuliyah.Pengarah yang cukup terkenal dan hebat Kabir Bahatia juga antara faktor filem ini mendapat perhatian kerana selalunya tidak menghampakan seperti filem Sepi sebelum ini.
Untung dapat pergi Jordan

my review after watching this movie yesterday:


kisah cinta suci antara keluarga,isteri, anak dan ibu
kisah kehidupan islamik yang sangat bagus 
hidup ini banyak dugaan
kesempitan membuatkan kita dekatkan diri dengan pencipta


jom kita layan antara OST filem ini:


  Bertemu Cinta (Mila)


Tanpamu ( Sabhi Sadda & Helena )



 


p/s: jangan tak tengok tau filem ni!;)

15 December 2010

hari Asyura'


Seperti mana yang kita ketahui sekarang kita berada dalam bulan Muharram.Esok merupakan Hari Assyuuraa (disebut Asyura),ia berasal dari perkataan Arab, Asyara yang bermaksud sepuluh. Hari ke sepuluh Muharram pula dipanggil hari Assyuuraa.


Sabda Rasulullah SAW; "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa. Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka Allah anugerahkan pahala 10000 ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10000 syuhada (mati syahid) dan dikurniakan pahala 10000 pahala Haji dan Umrah. Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka Allah melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut. Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram".


Di antara fadhilat lain Hari Assyuuraa :

1. Allah menjadikan Adam dan Hawa pada 10 Muharram
2. Allah memasukkan Nabi Adam ke syurga pada 10 Muharram
3. Allah menjadikan syurga pada 10 Muharram
4. Allah menyelamatkan dari api neraka pada 10 Muharram
5. Allah menyembuhkan bala Nabi Ayub pada 10 Muharram
6. Allah memberi taubat kepada Adam pada 10 Muharram
7. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada 10 Muharram
8. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman pada 10 Muharram
9. Allah menenggelamkan Firaun pada 10 Muharram
10. Allah menerima taubat Nabi Adam pada 10 Muharram
11. Allah menaikkan darjat Nabi Idris pada 10 Muharram
12. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan pada 10 Muharram
13. Allah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharram
14. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit pada 10 Muharram
15. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada 10 Muharram
16. Allah menurunkan rahmat pertama pada 10 Muharram
17. Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api Namrud pada 10 Muharram
18. Allah menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
19. Allah menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
20. Allah menciptakan lautan pada 10 Muharram
21. Allah menciptakan Qalam (pena) pada 10 Muharram
22. Allah menciptakan Luh Mahfuz (papan tulis) pada 10 Muharram
23. Allah menyelamatkan Nabi Ismail dari sembelihan pada 10 Muharram
24. Allah menurunkan hujan pertama pada 10 Muharram
25. Allah menyelamatkan bahtera Nabi Nuh pada 10 Muharram
26. Penyakit Nabi Ayub disembuhkan pada 10 Muharram
27. Nabi Isa diangkat ke langit pada 10 Muharram
28. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharram
29. Nabi Isa dilahirkan pada 10 Muharram
30. Hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh pada 10 Muharram

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; "Hari Assyuuraa ialah hari diterimanya taubat Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Firaun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa".

Oleh itu kita digalakkan berpuasa pada Hari Asyura ini.Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.('',)



Photobucket

06 December 2010

1432 H

buka minda, terangi hati, ringankan anggota badan dengan kebaikan dan amal soleh demi mencapai keredhaan Ilahi

peliharalah hablum minannas disamping hablum minaALLAH.

tinggalkan yang keruh ambillah yang jernih

selamat menempuh tahun baru Hijrah('',)

p/s:selagi ada masa di dunia ini..hijrah lah kearah kebaikan




Photobucket

28 November 2010

doa nenek


Sarah Omar

RIYADH: Nenek Barack Obama, dari Kenya yang menunaikan ibadat haji di Makkah memberitahu bahawa beliau mendoakan supaya Presiden Amerika Syarikat itu memeluk Islam, lapor akhbar di sini semalam.

“Saya doakan cucu saya Barack supaya memeluk Islam,” kata Sarah Omar, 88, dalam temu bual bersama akhbar harian Al-Watan di Jeddah selepas beliau menunaikan haji.

Akhbar itu melaporkan Sarah berada di Arab Saudi untuk mengerjakan haji bersama anak lelakinya yang juga bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama dan empat cucu perempuannya sebagai tetamu Raja Arab Saudi.
Sarah memberitahu akhbar itu beliau hanya boleh membincangkan mengenai perkara berkaitan haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai politik Obama.

“Saya amat gembira kerana mengingati semula apa yang diajar guru di sekolah rendah dulu yang pernah menceritakan mengenai Makkah dan Madinah ketika kami kanak-kanak,” katanya yang berasal dari kampung Koglilu di barat Kenya.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau terhadap kemenangan penggal kedua Obama di Rumah Putih, Sarah ketawa sambil memandang ke arah anaknya Saeed Obama dan cucu beliau.

“Allah saja yang mengetahuinya, ia adalah masa depan yang kita tidak tahu.” Beliau juga mendoakan agar Raja Abdullah cepat pulih sambil menyifatkan pemimpin itu seorang raja yang amat baik.

Putera Mamdouh menganjurkan majlis makan malam bagi menghormati Sarah, anak lelaki dan cucu beliau di istana di Jeddah kelmarin.

Faisal Ambuya, sepupu Obama yang memeluk Islam di bawah bimbingan Sarah berkata: “Nenek saya amat berminat mengajak orang bukan Islam memeluk Islam dan saya belajar mengenai Islam daripadanya.

“Apabila pulang ke kampung saya akan beritahu penduduk mengenai kekuatan Islam,” katanya.

Bapa saudara Obama, Saeed, pula berkata beliau tidak menyangka dapat mengerjakan haji tahun ini.

“Saya amat gembira kerana dapat mengerjakan haji. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana membawa kami mengerjakan haji.”

Musa Ismail, anak lelaki ibu saudara Obama yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi keluarga itu berkata beliau seorang pelajar di Universiti Islam Madinah dan merasakan beliau seperti milik Arab Saudi.



p/s: berita di petik di akhbar Metro-27/11/2010

Photobucket

21 November 2010

disebalik Ka'abah


Sewaktu umat islam di dunia ini gembira menikmati hidangan daging-daging korban jangan dilupakan betapa beruntungnya umat islam yang menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci yang dikatakan pusat bumi itu.

9 Zulhijjah 1431 (16 November 2010) – Menerusi program Akar Tradisi Ilmu jam 10:05 malam, TV9 telah menampilkan Ustaz Badli Shah bin Alauddin sebagai pengacara dan Dr Azhar bin Hj Sarip, jurulatih Sumber Manusia sebagai ahli panel dalam rancangan Halaqah yang agak terkenal itu.

Tajuk Halaqah kali ini ialah Di Sebalik Kaa’bah. Ia menghuraikan topik berkenaan Ka’bah dari aspek sains fizik dan spiritual serta gelombang yang bergetar di sekeliling Ka’abah.Mungkin ada sebahagian kita sempat melihat edisi Halaqah ini.Namun disini saya kongsikan sedikit isi yang dikupas.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim (tempat berdiri Nabi Ibrahim ketika membina Ka’bah) sebagai tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, iktikaf, rukuk dan sujud”. (Surah al-Baqarah: Ayat 125).



Kenapa Kaa’bah berbentuk empat segi? Bentuk Kaa’bah empat segi kerana menunjukkan struktur Islam itu sendiri dan gelombang otak juga mempunyai empat jenis iaitu “beta”, “alpha”, “theta” dan “delta”.

Kenapa Kaa’bah ditutupi kelambu berwarna hitam? Ini menunjukkan manusia dipenuhi dengan hawa nafsu. Islam sahaja yang boleh mengawal hawa nafsu tersebut seperti sedikit warna emas yang terdapat pada kelambu Kaa’bah itu.

Kenapa putaran tawaf di Kaa’bah berdasarkan arah lawan jam? Jika dilihat dari satelit, Kaa’bah berada di pusat bumi. Putaran tawaf berdasarkan arah lawan jam kerana ia tertakluk kepada hukum tangan kanan. Kalau seseorang itu bertawaf dengan betul, tenaganya akan meningkat pada gelombang ini dan orang yang sakit pun boleh sembuh.Seperti kisah-kisah yang kita selalu dengar apabila adanya tetamu Allah yang agak uzur atau berpenyakit namun apabila sampainya di Tanah Suci menjadi sihat.

Kenapa solat menghadap Kaa’bah (kiblat)? Solat menghadap kiblat juga seperti bertawaf di Kaa’bah. Ini jika dibuat pengiraan dari sudut ketika rukuk, sujud dan sebagainya dalam perlakuan solat.Cuba kita fikirkan kebaikan ketika bersujud yang dijelaskan dapat menghilangkan stress.

Kenapa Kaa’bah di Masjid al-Haram dipanggil Baitullah? Baitullah ialah rumah Allah. Semakin rendah gelombang maka semakin kuat tenaga seseorang itu. Doa’ makbul di Kaa’bah kerana kesedaran bertuhan iaitu semakin kuat tenaga seseorang itu menunjukkan dia semakin mencintai Allah.

Rumusannya ialah kita mesti menghayati ibadat sama ada ketika bertawaf di Kaa’bah atau ketika solat di negara sendiri. Bagi menyelaraskan gelombang Kaa’bah dan gelombang kita ketika solat, lakukan solat dengan tenang. Insya Allah kita akan jadi lebih sihat.

p/s: kepada sesiapa yang mempunyai mangkuk astro dibumbung rumah, cuba lihat ianya menuju ke arah mana?


21 October 2010

Rianti Cartwright murtad??


agak-agak korang ingat tak gambar kat atas ni berkaitan dengan apa??? tak ingat pun tak apa lah...diba jawab je..haha dulu kita pernah dihujani dengan fenomena Ayat-ayat cinta iaitu sebuah filem cinta yang dikatakan Islamic daripada Indonesia..berdasarkan adaptasi novel oleh penulis terkenal Habiburrahman El-Shirazi..Pelakon utama dalam filem ini seperti mana di dalam gambar diatas iaitu Rianti Rhiannon Cartwright yang memegang watak Aisha isteri kepada Fahri dikatakan telah keluar daripada Islam dengan kata nama lain murtad..ketika berita ini disiarkan terdapat lagi 2 orang pelakon Indonesia yang turut murtad..maklumat lanjut disini..

Rianti Cartwright merupakan pelakon terkenal di Indonesia yang juga banyak berlakon di dalam sinetron yang berkonsepkan Islamic seperti Munajah Cinta yang seingat diba pernah ditayangkan di TV9..pelakon ini dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas..Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.Rianti juga dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

p/s: now Ayat-Ayat Cinta dah habis musim..beralih arah ke Ketika Cinta Bertasbih


18 October 2010

PHD membunuh jiwa


diri ini bukan seorang yang sempurna yang tidak mempunyai dosa tapi sebagai hamba Allah yang bernama insan sudah semestinya sifat alpa itu ada dalam diri.makna perkataan insan itu juga berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud lupa.kebelakangan ini kita dapat lihat dan dengar bermacam-macam kejadian berlaku dalam kehidupan seharian kita.boleh dikatakan semuanya berpunca daripada hasad dengki dan iri hati..seolah-olah manusia kini tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimilikinya..kebahagiaan orang lain dirampas,harta terlalu banyak hendak direbut, kecantikan paras rupa orang lain hendak dimusnahkan, jawatan yang disandang juga ingin dimiliki padahal semua itu bersifat sementara..sedar tidak sedar itulah yang kita lihat pada hari ini..

PHD membunuh jiwa

Hasad dengki diumpamakan seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti apa yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih berada di dalam diri, itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempurna, malah sifat itu adalah diwarisi daripada syaitan. Apabila sesorang itu mempunyai rasa hasad dengki mahupun dendam tidak mustahil syaitan akan memainkan peranan agar seseorang itu terus tersasar dan sesat dari pegangan agama islam...


Mari kita ambil dari kata-kata Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin menggariskan bahawa sifat "hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka." Itulah yang banyak berlaku pada hari ini..perlakuan keji dan mungkar ini timbul sehinggakan ibu bapa dan anak-anak tidak bertegur sapa, adik-beradik boleh berpecah, kawan-kawan boleh berputus sahabat, suami isteri boleh bercerai..Maka bagaimana hendak dilihat sifat perpaduan kita sebagai Muslim ingin dicapai..


Menurut Imam Al-Ghazali juga, dengki itu ada tiga jenis:

Pertama, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama.Tipulah kalau tiada sifat ini, diba juga merasakannya bagi meningkatkan kemajuan diri kita.Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah.Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.Apa yang penting tidak mendatangkan kesusahan atau keburukan pada orang lain, tetapi kita sendiri yang berubah meningkatkan kemajuan diri.

p/s: hadith dan kata-kata Imam Al Ghazali dipetik daripada Halaqah.net

06 October 2010

kamu, awak dan kau


ada tak sapa2 rasa dia hidup sorang je kat dunia ni??

kamu, awak dan kau..if kita belajar bahasa melayu ni merupakan kata ganti nama tuk orang kan...orang tu manusia sebab kita berkomunikasi sesama manusia..tapi sejauh mana kita sedar tahap komunikasi dan hubungan kita sesama manusia itu baik.

Tak payah kita nak susah2 ukur hubungan seseorang tu dengan Allah...sebesar manapun serban dia dan selabuh manapun hijabnya...hanya Allah saja yang tahu hubungan hamba dengan Khaliqnya...Dosa pahala itu hanya Allah yang menentukan.

Tanda2 keikhlasan keintiman kita dengan Allah...adalah sejauhmana keikhlasan kita berbaiksangka sesama manusia.Pernah ke kita sama-sama terfikir tentang itu.

Dalam kehidupan sekarang, kita senang sekali berkawan dengan orang yang free hair,yang bertudung litup, yang cakap lain2 bahasa, yang putih dan yang hitam pun senang berkawan dengan kita.

Selami hati budi...kita kenal kawan dan lawan, kenapa dia jadi begitu kenapa dia jadi begini,kita kongsi duka lara,kunjungi guru untuk menimba ilmu,ziarah orang2 sakit buat kita insaf, jalinkan hubungan baik bersama anak2 kecil dengan yang tua maupun yang muda,kita boleh kutip ilmu dimana2 saja demi memantapkan hubungan kita dengan Allah. tambahan pula sewaktu menetap di IPG ini. Memang sudah semestinya kita berhubungan sesama manusia untuk mendapatkan ilmu

Hiasi diri dengan senyuman...sentiasa senyum dengan orang lain.bukannya kita mengetahui sesama Muslim bahawa senyuman itu adalah satu sedekah..Subhanallah kita patut sedar betapa mudah Allah beri pahala sedekah hanya dengan senyuman

Bila kita berbaik dengan orang sudah tentu orang pun berbaik2 dengan kita,kita panjatkan kesyukuran atas nikmat ini sebab kita tak nak cipta musuh...cuma kadang2 musuh yang mencari kita diatas hati mereka yang tidak berasa syukur diatas kenikmatan yang Allah berikan padanya dan berasa iri hati terhadap orang lain.Pernahkan perasaan itu dirasai??

Islam itu indah kalau kita buat jadi mudah...tak payah nak pening2 kepala kalau orang tu tak bertudung...tak berjubah, tak berserban ,sampai hidayah nanti..entah2 dia lebih alim dari kita yang asyik2 tak puas hati sebab orang ni tak tudung lagi,orang tu tak sembahyang lagi,orang tu macam tu...orang tu masih macam ni.Selagi kita mampu untuk membantu dia kearah kebaikan itu sudah cukup tetapi bukan dengan kekerasan.Apa yang penting hubungan kita sesama manusia antara hati ke hati dengan tidak menyakiti sesiapa pun.Antara yang penting bubungan antara manusia perlukan ini:
  1. Tolong menolong
  2. Nasihat menasihati
  3. Forgive and forget
  4. Doakan orang lain
Sesiapa pun kita di bumi Allah ini kita adalah hambanya dan apa pun kejadian manusia di dunia ini ada sebabnya.
Janganlah biarkan hati kita dikotori dengan sikap2 yang keji

Dalam Ihya' 'Ulumiddin Imam Al Ghazali;

Ada 4 sifat yang dapat mengangkat seseorang ke darjat tertinggi meskipun kurang amal dan ilmunya;
1) Sifat Penyantun
2) Rendah Hati
3) Pemurah
4) Elok budi pekerti

Tercipta keindahan budi bilamana 4 syarat ini terkendali;
1) Daya ilmu
2) Kekuatan mengendalikan amarah
3) Kekuatan mengendalikan nafsu
4) Tenaga untuk seimbangkan ketiga2 sifat tersebut

Budi pekerti baik juga mengalami kehancuran kerana pekerti manusia ada 4 jenis
1) Pekerti Syaitan
2) Pekerti haiwan
3) Pekerti binatang buas
4) Pekerti Malaikat

Ada 4 sendi2 akhlak bagi meletakkan unsur2 dalam tubuh mengikut landasan yang betul;
1) Hikmat atau kebijaksanaan
2) Keberanian
3) Kelapangan Dada
4) Keadilan

Manusia diperintahkan untuk menyingkap kegelapan kebodohan dengan cahaya fikiran.
Tidak seorang pun boleh mencapai darjat setinggi dan sempurna Nabi S.A.W. Cukuplah bila insan2 dapat mengikuti jejak2 Baginda dan memiliki keperibadian seumpama para2 isteri dan khalifah baginda.Sebab itu Nabi S.A.W. merupakan contoh yang terbaik bagi umat islam.


Sabda Nabi S.A.W.

' Sesungguhnya kamu semua tidak dapat mempergauli para manusia itu hanya dengan hartamu saja, maka pergaulilah mereka itu dengan wajah yang berseri2 serta baiknya budi pekerti'


p/s: janganlah kita abaikan hablum minannas disamping hablum minaallah


29 September 2010

Mimpi Seorang Gadis


Untuk Renungan Kita Bersama.

Bismillahirrahmanirrahim

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah"Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosa ibumu terampun. INSYALLAH"

p/s: harta dan kemewahan didunia adalah pinjaman sahaja..jadilah seorang pemurah~


04 September 2010

maghfirah


وَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya)

pembebasan dari api neraka.

Periwayat-periwayat Hadith:

• al-Uqaili • Ibnu ‘Adi • al-Khothii-b • ad-Dailami • Ibnu ‘Asaa-kir


seperti yang diketahui sekarang telah memasuki fasa terakhir ramadhan yang penuh barakah ini..segalanya mempunyai kelebihan masing-masing..adakah kita rasa sudah cukup segala amalan yang seharusnya dilakukan dalam ramadhan kali ini..kita sama-sama perlu menyedari ramadhan hanya datang sekali dimana ia mempunyai banyak manfaat dan kelebihan.seolah-olah Allah memberi bonus kepada hambanya..

pintu taubat terbuka seluas-luasnya..selesaikan taubat dosa besar dahulu pada bulan ramadhan ini..Pada bulan ramadhan ini digalakkan menyelesaikan taubat terhadap dosa-dosa besar dengan Allah dahulu.Dengan cara ini, dosa-dosa kecil dapat dimaafkan.Taubat dengan Allah bersungguh-sungguh.

p/s: manfaatkan ramadhan sebaiknya krn belum pasti kita menemuinya lagi~



05 December 2009

selembar bulu mata

Renungkanlah kisah ini...

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium dan menghidu" Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang berkata-kata" Tangan meneruskan, "Saya yang memegang dan menggenggam." Kaki menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam.

Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara berlaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."


Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

p/s:Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."







29 November 2009

kelebihan orang fakir

suatu pagi diba duk dapur dengar radio tentang cerita ini..tentang kelebihan orang fakir yang tak akan dimiliki oleh orang kaya...





Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Orang-orang fakir mengutuskan utusan mereka kepada Nabi Muhammad SAW maka ia berkata:

"
Ya Rasulullah, saya utusan fakir kepadamu."

Jawab Nabi Muhammad SAW: "Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutuskanmu, engkau datang dari orang-orang yang dicintai Allah SWT."

Utusan itu berkata: "Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata: "Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka."

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sampaikan kepada orang fakir daripadaku: "Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah SWT, maka ia akan mendapat tiga macam yang tidak boleh didapati oleh orang-orang yang kaya iaitu:

1. Di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga itu melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di langit, tidak dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.

2. Orang fakir yang masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas dan Nabi Sulaiman bin Daud AS akan masuk sesudah nabi-nabi yang lainnya sekira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah SWT kepadanya.

3. Jika orang fakir membaca: 'Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar' dengan tulus ikhlas dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya."


Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang fakir miskin apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW itu kepada mereka, maka mereka berkata: "Kami redha, ya Tuhan. Kami puas, ya Tuhan."


p/s: Allah itu Maha Adil..setiap keadaan yang diberiNYA ada kelebihannya.




27 August 2009

sukar ditahan


apa yang susah sangat nak ditahan ni..huhu biasalah berkaitan dengan rutin harian kita setiap hari..tambah2 plak sekarang bulan ramadhan mesti duduk rehat2 mata mudah aje nak terlelap kan...sebelum tu mesti menguap bnyak kali pastu sedar2 aje dah tersedar dari tidur..malam2 plak nak solat terawikh 20 rakaat..huh sedar tak sedar kadang kita terlelap time solat kan..tengok orang lain menguap kita plak ngantuk..biasalah kan..rasa semua penah mengalaminya..lagi2 yang pernah duduk hostel 3 tahun or 5 tahun time sekolah dulu..selalu sangat kan menguap dalam kelas,menguap dalam surau time ceramah..hee apa kurang nya sekarang pun kalau time kuliah..tu yang malas nak datang kuliah, kesian kat lecterur time nagaja student dia menguap2 lah..pastu tertidur..eceh~
tapi sebenarnya perasan tak bila seorang menguap orang lain pun ikut menguap juga? Penyelidik menyatakan dalam 40-60% orang yang tengok gambar orang menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pun kadang2 boleh buat orang ikut menguap. Bukan manusia saja yang menguap.. Binatang pun menguap juga. Kalau korang tengok kucing yang korang pelihara tu ke, boleh nampak kucing tu pun menguap2.huhu

Kenapa kita menguap?
Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oksigen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berfikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan.(contoh cam dalam kuliah;p)

Kepercayaan orang dahulu kala
Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greeks (tak boleh percaya sangat kot) yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap, dia akan ditimpa bahaya.

So kenapa menguap boleh berjangkit?
Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.

Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunikasi dengan kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.



ada juga terbaca bahawa:
nabi Muhammad saw dan para nabi yang lain tidak pernah menguap. Sebagai satu sunnah, nabi ajar kepada kita supaya menutup mulut dengan menggunakan tapak tangan kanan, atau sebelah belakang tapak tangan kiri. Bila menguap, jangan sesekali mengeluarkan bunyi sebagaimana biasa yang dilakukan orang lain. Paling baik, ucapkanlah, istighfar selepas menguap..ha..amalkan lah selalu kn..