15 December 2011

mismatched

mata dah ngantuk ni tapi rasa nak membebel kejap sebelum tido.hee puas berjalan-jalan then makan-makan area Batu Pahat with my nenek.agak-agak siapa dapat teka diba pakai baju warna apa tadi?.he it's ok nanti diba update pasal jalan-jalan tadi.he bagi yang selalu hangout ke jalan-jalan mesti sampai satu tahap rasa 'erk..tak tau dah nak pakai baju apa kan..rasa semua baju dah biasa pakai,tapi baju banyak..huh nak termuntah dah almari dalam bilik tu kan2x??haa terasa gak macam tu sebenarnya,opss tapi tak banyak sangat kot baju;P

actually..memang baju kita banyak kan.lepas tu kita selalu dah set..baju ni pakai dengan seluar ni, ok tudung ni.biasa ikut tema warna betul x??haa tapi rasa tak salah kan sebenarnya kita pakai lain..tudung ni, baju tu..seluar  lain plak, maybe yang agak kontra warnanya.tapi orang nampak macam mismatced la..bagi yang yakin sebenarnya sepadan.he betul tak? kebanyakan orang takut or tak berani nak pakai dengan warna-warna kontra, contoh hijau biru, oren purple..tapi sekarang rasa macam dah trend kot.bagi diba.apapun semua bergantung pada keyakinan kita and kesesuaian badan kita.jangan takut kalau tudung kuning baju biru then seluar jeans and sneakers oren..fuhhh..mmg mantap..haa sebenarnya penah buat camtu..;P pastu ada orang tegur mismatched..haa maklumlah sneakers rata-rata warna yang oren, purple of coz la feberet, coklat and biru..


perasan tak kalau kita pakai macam ala-ala warna or style yang mismatched, mesti orang pandang.haha rare kot orang buat camtu.tapi persepsi orang kan dua-dua ada positif and negatif.he so apapun dalam berfesyen ni kena yakin baru penampilan tu menyerlah.kalau kat kaca tv selalunya pengacara-pengacara pakaian diorang bukan satu tema warna pun.tapi bila sesuatu tema warna dah dibiasakan orang tak nampak pelik pun.sekarang ni tema untuk perkahwinan pun tak macam dulu kan.kalau semua pink semua serba serbi pink.tapi sekarang tak..ada pink + grey..pink + blue..sebab ada yang mulakan so semuanya nampak ok,actually pada asalnya kira mismacthed.so tak perlu bila beli satu baju je terus nak beli tudung, kasut or seluar yang sama sepadan, tambah-tambah butang lagi brooch tu..haa memang penat lah..hand bag lagi..payahlah..hee btw jangan membazir jugak!he


p/s: orait sok nak drive bp to ks..so tidoww dulu.

12 December 2011

SPP ohh..SPP

lamanya tak update blog.huh..nway alhmdulilah selamat dah semuanya diba menghabiskan tugas-tugas kat maktab.and the last hari tu temuduga SPP stand for Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.macam-macam jangkaan sebelum temuduga tu.tahniah untuk semua kawan-kawan IPG yang dah lepas.untuk yang akan datang.all da best!yakin btw kena study gak la.tak boleh main taram je masuk bilik temuduga.he senyum sentiasa itu yang penting.orait nak kongsi ckit masa temuduga SPP hari tu.diba antara group terawal coz hari pertama daripada kawan-kawan yang lain.

Tarikh : 30 November 2011
Masa : Jangkaan 9.30pagi  tapi masuk bilik area 11.30 pagi
Rakan Group : Ise, Jijah, Kiah and Chah ( maceh sume !)
Bilik : Bilik Temuduga 2. (bilik feberet..he)

Actually kteorang semua tak tahu pun penemuduga tyme hari tu.so yang tak disangka-sangka bilik tu bertuah ditemuduga oleh Timbalan SPP sendiri.wah..seronok sebab muka beliau memang tersenyum sentiasa.so kteorang pun cool je dalam bilik tu.Geng-geng yang temuduga sebelum tu dalam bilik yang sama gak respons memang seronok and tersenyum.tapi keputusan tak tahu la kan.and lagi seorang penemuduga iaitu Pn. Rohaya.

TIMBALAN PENGERUSI SPP
YBHG. DATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

totally masa temuduga tu pertanyaan sebanyak 4 soalan.tapi menjawab nya lama kot.sebab sorang-sorang kan.sebelum soalan-soalan itu diajukan kteorang memperkenalkan diri dalam bahasa Arab sebab kteorang coz bahasa
Arab..hee dari situlah tau rupanya penemudaga Dato Haji Pangiran ni orang tempat diba gk..haa orait antara soalannya:

1.satu situasi diberikan and kami diminta kupas pendapat sebagai seorang guru.
Jawapan : depends pada pendapat korang.yang penting sentiasa bersikap positif.

2. apa beza maklumat ilmu and maklumat??
Jawapan : ilmu dah diproses, maklumat belum diproses : huraiannya maklumat tu kan kita boleh dapat kat mana-mana but tak tahu lagi sahih ke tidak.tapi ilmu ni suatu benda yang kita dah tahu ianya betul.so sebab itu ilmu untuk disampaikan dan 'Ilmu itu Pedoman Hidup'

3.apa itu 1M 1S ?
Jawapan : baca nota tu then huraikan lah.rasa senang je kan nak faham

4. cara bagaimana tarik minat murid untuk sukan?
Jawapan : Guru itu sendiri kena minat then kita join dan fahami murid-murid kita.baru murid-murid rasa bersemangatkan.macam-macam lagilah yang ni boleh difikirkan and yang penting positif sebagai seorang cikgu.

Apa yang penting dalam temuduga ini..cara percakapan kita sebagai seorang cikgu.positif dan setiap hujah and pendapat perlu berasaskan daripada mana-mana sumber.bukan diba cakap ni, penemuduga yang cakap.sebelum temuduga dah bagitahu kriteria apa yang nak dilihat.penampilan itu mestilah.nametag jangan lupa sebab senang nak dipanggil nama;))


after temuduga SPP tu..ramai juga la yang berjaya dalam SPP nya plak ;P yang ni stand for Suruhanjaya Pertunangan Perkahwinan.ahaks! ..hee  especially tuk kawan-kawan sebatch maktab diba yang selamat bertunang and berkahwin.semoga berbahagia selamanya;) sory tak dapat nak attend semua invitation..tapi dapat gak tengok muka-muka berseri korang kat FB.Congrate !


Kahwin:
Fazila(mon) & Husband
Qamar & Dila
Wan Fitri & Zatul
Amirul Syahida & Husband
Shida & Husband 

Tunang:
Afiq & Seha
Lias & Chah


p/s: semoga berjaya untuk SPP..;))