22 June 2009

with him


him??siapakah gerangannya..mestilah lelaki.sempena hari bapa ini seharusnya kita bersyukur adanya hari memperingatinnya..sebagai anak ingat lah selama kehidupan ini kita dah buat insan yang bergelar ayah ini gembira atau sedih..jika kedua-duanya ada biarlah kegembiraan itu lebih daripada kesedihan.ayah adalah insan yang cukup bermakna dalam kehidupan setiap anak..hargailah segala jasa ayah apabila beliau masih hidup.apa yang penting sentiasa mendoakan kesejahteraannya bersama keluarga tercinta.sebagai seorang anak yang masih menuntut ilmu diperantauan sentiasalah mengingatinya walaupun dikejauhan.dulu ustaz saya pernah berpesan setiap kali akan berjauhan bersama ayah atau ibu mestilah sentiasa memohon maaf supaya kita lebih tenang apabila ingin menuntut ilmu..


~note for him~
hadiah yang terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya ialah dengan mencintai ibu mereka.cintailah isteri nescaya anak-anak akan mencintai kita.jangan sesekali memisahkan kasih antara anak dan ibu, nanti putus pula kasih antara anak dan bapa...



p/s: uhibbuka ya abi abadan abada~;D

18 June 2009

cikgu! betul ke??

kalau nak diikutkan sekarang ni..student2 kat sekolah sibuk mendapat markah ngan keputusan exam pertengahan tahun mereka..macam2 reaksi guru dan murid2 masa dapat markah..mungkin ada yang boleh dibanggakan dan mungkin ada yang menyedihkan..tapi takpe lah..baru pertengahan tahun..ada lagi peluang pada akhir tahun nanti..hehe


macam2 reaksi ni..ada juga student2 yang tak percaya dengan markah diorang..huhu.baru-baru ni ada seorang student darjah 3.student tu berada dalam kelas keempat daripada lima kelas..suatu hari ni..guru sainsnya masuk ke kelas dan memberi kembali kertas exam sains diorang..sampailah kepada giliran student 'x' ni..gurunya pun memanggil " 'x' markah kamu 72%"..

student tu pun pergi ke hadapan kelas dan memberitahu cikgu! betul ke??banyak betul!!....hahahaha kedengaran rakan-rakan sekelasnya mentertawakannya..student itu hanya tersenyum..gurunya hanya berkata "yela..ni kertas kamulah.." dalam hati guru tersebut ada perasaan pelik juga.then student tu berkata lagi "tapi cikgu macam bnyak sangat je.." sambil bibirnya tersenyum..gurunya bertanya " markah pelajaran lain kamu berapa"..student tu menjawab "saya xingat sangat cikgu, xsilap saya matematik saya 38%" kedengaran kembali rakan-rakan sekelasnya ketawa.

maka guru tersebut menyemak kembali kertas exam student 'x' tersebut..tapi akhirnya kertas tersebut dipulangkan kembali kepada student 'x' tersebut tanpa perubahan dan berkata "yela..ni memang betul markah kamu..baguslah! kamu ni.." guru tersebut tersenyum sahaja.student 'x' tersebut kembali ke tempat duduknya sambil tersenyum sipu~;D

kisah ini diceritakan oleh guru tersebut kepada saya..sebagai renungan bahawa pelbagai kerenah student kita akan temui nanti..orang kata sabo je lah..hehehe sabar separuh daripada iman..

ll award ku ll



apabila kau berteman, janganlah krn kelebihannya, krn mungkin dengan 1 kelemahan, kau akan menjauhinya..


andai kau berteman, janganlah krn kebaikannya, krn dgn 1 keburukan kau akan membencinya..

andai kau bersahabat, janganlah krn ilmunya, krn apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya..

andai kau berkawan, janganlah krn sifat cerianya, krn andai dia tidak ceria, mungkin kau akan menjauhinya..

andai kau bersahabat, trimalah dia seadanya krn dia juga adalah manusia biasa sepertimu..


khas untukku dan untukmu jua wahai sahabat~


p/s : maceh banyak lady yaya 4 dis award;D

10 June 2009

keharuman yg menghilang

perfume kew?wangian ape yg harum tu..semua tu haruman buatan manusia..huhu mcam2 ag yg harum salah satu daripada nya..haruman dari buah-buahan..durian and kuinin..ahaks tu pun tuk sape2 yang suka boleh la kate harum.kalau yang memang alergi and anti ngan dua jenis buah ni..mesti kate busuk..hukhuk ish2 hilang satu nikmat kalau sesiapa yang tak suka makan dua jenis buah ni..tapi biasalah tu mesti ada buah yang kita kurang atau tidak minat..




apa yang saya maksudkan menhilang kerana keharuman dua buah ini tidak lagi dapat dibau..baru-baru ni saya telah pulang ke kampung yang terletak di kawasan Parit Sulong dalam daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim..sewaktu di sana saya sibuk melangsaikan durian2 yang ada kat sane..wah masa tu..sedap nya lah bau...suka sangat bau durian..tambah pula buih kuinin pun ada...suma nyr fresh dari pokok..yela lepas dengar bunyi jatuh..terus pegi tengok bawah pokok..maklum lah kebun pun belakang rumah..cuma dipisahkan dengan parit yang jernih airnya dimana tempat saya bermandi-mand asewaktu kecil dahulu eceh..


tak tahulah nape semangat sangat maybe sebab dh lama tak makan durian kot..hehe semua ahli keluarga ayah, ibu, adik2 semangat nak makan durian..hehe setiap kali makan buah durian jd pncuci mulut..huhu memang semerbak je bau durian..heee apapun alhamdulilah dapat balik kampung dan membuatkan nenek dan atok lebih gembira dalam cuti sekolah ini..but now saya dah pun balik ke selangor kerana ayah tidak bercuti lama dan adik pula ikut tusyen..hukhuk hilanglah bau-bauan yang harum dari kedua-dua buah tersebut...daaa~


p/s: makan lah buah-buahan tempatan~

07 June 2009

air yg mengalir...

apakah air yang mengalir sebelum kita solat?dh tentu lah..air wudhu'.wudhu merupakan salah satu cara bersuci..sememangnya kita tidak perasan berapa kali kah satu hari kite berwudhu'.tapi yang pasti kita memang berwudhu' sebelum solat.mungkin kita fikir wudhu' ni ringan je..padahal ianya merupakan satu sunnah bukan sahaja untuk bersolat malah sebelum kita melakukan kerja seharian.kita juga sunnah sentiasa berwudhu' sebelum solat walaupun kita tahu yang wudhu' kita sebelum itu tidak batal.selalu juga kita dinasihatkan supaya berwudhu' sebelum solat.ia nya juga merupakan perkara yang disunnahkan untuk berwudhu'

wudhu'lah menggunakan air mutlak

kita mungkin rasa kita budak kecil atau sekolah rendah untuk mengetahui bab wudhu' ini.namun ianya amat penting kerana wudhu' ini merupakan perkara yang kita lakukan pada setiap hari.wudhu' adalah salah satu cara bersuci dengan menggunakan air mutlak.kita pun sedia maklum apa dia air mutlak.iaitu air yang suci lagi menyucikan.kita seharusnya bersyukur kerana kita mudah mendapatkan air mutlak ni di tempat kita tinggal sama ada di rumah, tempat belajar, maktab, kampus.apa yang lebih penting di malaysia ini kita amat mudah untuk bersolat walaupun musafir dengan adanya masjid dan surau yang lengkap dengan keperluan solat

disini diba ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai keutamaan kita berwudhu':



Keutamaan Wudhu

1. Allah Subhanahu wa Ta’ala mencintai orangorang
yang bersih, sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala maksudnya:

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih (Al-Baqoroh :222)

2. Sesungguhnya gurrah dan tahjil (cahaya akibat
wudhu yang nampak pada wajah, kaki, dan
tangan) merupakan alamat khusus ummat
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam pada
hari kiamat kelak, sebagaimana sabda Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang bermaksud :

“Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahwajah, tangan-tangan dan kaki- kaki mereka karena bekas wudhu” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

3. Wudhu dapat menghapuskan dosa-dosa dan
kesalahan-kesalahan, sebagaimana sabda Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang bermaksud :

"Barang siapa yang berwudhu lalu membaguskannya, maka akan keluar kesalahan-kesalahannya dari badannya bahkan sampai keluar dari bawah kuku-kukunya". (Hadits riwayat Muslim no 245)

4. Wudhu boleh mengangkat darjat, sebagaimana
sabda Rosulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam :

“Maukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang Allah menghapuskan kesalahankesalahan dengannya dan mengangkat derajat-derajat?” Para sahabat menjawab : “Tentu, Ya Rosulullah”, Beliau berkata : “Sempurnakanlah wudhu pada saat keadaankeadaan yang dibenci (misalnya pada waktu musim dingin-pent) dan perbanyaklah langkah menuju mesjid-mesjid dan setelah sholat tunggulah sholat berikutnya …”.(Hadits riwayat Muslim no 251)

5. Dengan wudhu seseorang boleh masuk surga
dari pintu-pintu surga yang dia sukai,
sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Salam :

"Tidak ada seorang pun dari kalian yang berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya kemudian berkata : (ayat pertama doa selepas berwudhu') kecuali akan dibukakan baginya pintu-pintu surga yang delapan dan dia masuk dari pintu mana saja yang dia sukai". (Hadits riwayat Muslim, Irwa’ul Ghalil no 96)

*'keutamaan berwudhu' ini dipetik drpd:"Kemudahan di dalam Sifat Wudhu' Nabi " by Al-Ustadz Abu 'Abdil Muhsin as- Soronji Lc

p/s : walaupun sesuatu perkara itu nampak ringan namun pelbagai manfaat terhadapnya