11 October 2010

twin twin


" Beautiful girl
All over the world
I could be chasin'
But my time would be wasted
They got nothin' on you, baby (yeah... yeah there we go)
Nothin' on you, baby...."

aha..tu my msg nyr ringtone..selalu before nak tido mesti ada msg..ops...msg ape ek..he msg tuk tuan ''twin twin'' sebelum tido... "twin twin" ,ni adalah nama lain tuk bantal peluk..ehee geng2 diba la start bagi nama panggilan ni..so nyr my geng je la yang tau...hee kalau korang, ley tak tido kalau ''twin twin'' tak ada...tak!!! ahaa..cam tipu je...kat kelas tyme kuliah tido gak kan..hee lau diba tak kisah gak..tapi nak gak ada...lau tak ada 4 twin twin..satu pun cukup lah...;p

ni ada satu story dari korea tau..pasal twin twin..hee

bantal tu macam perempuan pun tak...he

Kisah seorang lelaki KOREA yang mengahwini bantal peluk ini berlaku sekitar awal bulan MEI 2010. Adakah bantal peluk itu bantal busuk beliau? mybe memang twin twin dye kot...hehe..

Lee Jin-gyu 28 seorang "OTAKU" dalam bahasa Jepun yang membawa maksud 'seorang yang terlalu obses' telah mengahwini bantal peluk yang telah dihias dengan baju pengantin dimana wajah pengantin tersebut telah diganti dengan wajah FATE TESTAROSSA iaitu anime siri jepun.


FATE TESTAROSSA

Aduss..pasangan ini still melakukan rutin seperti manusia yang berkahwin biasa antaranya keluar bersiar-siar ditaman, pergi ke Fun Fair sambil menaiki permainan bersama-sama, Makan pun sama-sama siap ada makanan buat bantal tersebut, tapi tak tahu lah mana mulutnya...haa..Kalau kat Malaysia sah dah kena hantar tanjung rambutan..ish2

Ini bukanlah pertama kali berlaku didalam dunia. Sebelum ini ada seorang dari Jepun mengahwini sebuah watak dari permainan Nintendo DS Game pada bulan November lepas. Apa sudah jadi dengan manusia..pelik-pelik.If sayang sangat ngan twin twin pun...tak yah la sampai nak jadi camtu...bagi diba memang tak normal la...jangan tiru camni ye...hee

______.--..--..--..--..--..--..--..--...
____.'_\__(`.____(_)___________\
__.'____|__'._)_________(_)_____|
__\ _.')_\______.-------..-------.___/
__|(_.'__|____/____.---\---.___\__|
__\____0|____|___(__O|_O)__'|'o|
___|____|___.---._____.'.___.-.__'|
___\_(_)_|_o_________`-` .---`__|
____|____\___|`-._____ _ ___\__/
____\____|___|__`.__|_||_|____|
____|_o__|____\_______\______|_____-.___
.-.
____|.-.__\_____`--..-'______O_'|_____`.
`-'_.'
___.'__.'__|_____`--.--'________/-.____'
.-'
.'_`-.` '.__|='=.='=.='=.='=='=''|._/_ `-' .'
`-.___`.__|__________/\______|____`-.'
___.'___)._| '=' '=''=''='\/ '=''='=|
___`._.`__'-------------------------'
___________//___\_____//___\
_____________||________||
_____________||_.-._____||_.-.
____________(_.--__)___(_.--__)


nampak tak kartun animasi ape ni???teka2,,,hee
dis one of twin twin yang diba minat('',)

tragedi 10.10.10

jam 8.45 malam sampai nya berhampiran persimpangan susur keluar simpang empat/ alor gajah..kesesakan lalu lintas yang amat sangat dan sewaktu itu dalam perjalanan balik ke bangi daripada rumah di batu pahat..setelah beberapa minit baru lah mendapat berita mengenai kemalangan dan menyebabkan highway dari arah utara dan selatan ditutup..jem nyr camne tak tahu nak cakap..semua kereta terpaksa masuk ke laluan biasa yang juga bergerak perlahan..tak nak cerita banyak2 lah..letih ni lewat sampai...huuu video diambil daripada salah seorang yang sempat merakam kemalangan..lihat disini kemalangan ngeri 10.10.10...tersebut beberapa laporan mengenai kemalangan setakat ini.~

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Harakahdaily

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.


12 maut, lebih 40 cedera dalam kemalangan enam kenderaan
Metro


REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.
Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital

berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-Bernama


12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan
Utusan


SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.

Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.


p/s: alhamdulilah sampai gak ngan selamat



07 October 2010

bahaya panadol

angkat tangan sapa tak pernah makan panadol??ahaks

4 oktober 2010

pagi : menghadapi manusia melepaskan marah dekat setengah jam jugalah kat tapak perhimpunan.then baru dimulakan nyanyian lagu..time tu hanya Allah yang tahu pening nya kepala ni dan sakitnya perut..mybe ada effect lepas tengok orang marah2..ish2..
terpaksa lah balik bilik tidur.sempat gak beli panadol kat koperasi sebab tak tahan sangat..balik2 tengok panadol extend yang tuk sendi2 tu..tak jadi la nak telan panadol tahan je la sakit2 tu.

petang: around hari 2..tdo je..bangun juga la then tdo ag sampai petang si fulanah ni ajak teman buka pose

si fulanah : weh..ko cmne ok dh pening kepala ngan sakit perut ko??

diba : ok gak lah..tapi td tak dapat nak telan panadol coz tersalah beli..aku nak panadol activefast..hoo feberet dh cepat rase lega..he

si fulanah : weh..pakwe aku kata, tak elok ah panadol tu..ada effect kat buah pinggang..cmne ntah tapi yang penting menganggu proses buah pinggang and mengambil masa untuk pulih balik dalam badan kita

diba : ko siyes ke??ak memang selalu je lau penin kepala and sakit perut, demam telan panadol..lau camtu ak takut gak..sekarang dah ah senang je aku tengok orang sakit buah pinggang


so after ni diba try tuk kurangkan and the best tak payah ambil panadol..muda ag plak tu..hari tua kang bahaya..ada kisah ni diba share kan tuk semua pembaca blog ini bagi sesiapa yang belum tahu secara terperinci...ianya merupakan kenyataan yang benar..

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


p/s: so sekarang kita perlu berjaga2 terutamnya kepada wanita..


06 October 2010

kamu, awak dan kau


ada tak sapa2 rasa dia hidup sorang je kat dunia ni??

kamu, awak dan kau..if kita belajar bahasa melayu ni merupakan kata ganti nama tuk orang kan...orang tu manusia sebab kita berkomunikasi sesama manusia..tapi sejauh mana kita sedar tahap komunikasi dan hubungan kita sesama manusia itu baik.

Tak payah kita nak susah2 ukur hubungan seseorang tu dengan Allah...sebesar manapun serban dia dan selabuh manapun hijabnya...hanya Allah saja yang tahu hubungan hamba dengan Khaliqnya...Dosa pahala itu hanya Allah yang menentukan.

Tanda2 keikhlasan keintiman kita dengan Allah...adalah sejauhmana keikhlasan kita berbaiksangka sesama manusia.Pernah ke kita sama-sama terfikir tentang itu.

Dalam kehidupan sekarang, kita senang sekali berkawan dengan orang yang free hair,yang bertudung litup, yang cakap lain2 bahasa, yang putih dan yang hitam pun senang berkawan dengan kita.

Selami hati budi...kita kenal kawan dan lawan, kenapa dia jadi begitu kenapa dia jadi begini,kita kongsi duka lara,kunjungi guru untuk menimba ilmu,ziarah orang2 sakit buat kita insaf, jalinkan hubungan baik bersama anak2 kecil dengan yang tua maupun yang muda,kita boleh kutip ilmu dimana2 saja demi memantapkan hubungan kita dengan Allah. tambahan pula sewaktu menetap di IPG ini. Memang sudah semestinya kita berhubungan sesama manusia untuk mendapatkan ilmu

Hiasi diri dengan senyuman...sentiasa senyum dengan orang lain.bukannya kita mengetahui sesama Muslim bahawa senyuman itu adalah satu sedekah..Subhanallah kita patut sedar betapa mudah Allah beri pahala sedekah hanya dengan senyuman

Bila kita berbaik dengan orang sudah tentu orang pun berbaik2 dengan kita,kita panjatkan kesyukuran atas nikmat ini sebab kita tak nak cipta musuh...cuma kadang2 musuh yang mencari kita diatas hati mereka yang tidak berasa syukur diatas kenikmatan yang Allah berikan padanya dan berasa iri hati terhadap orang lain.Pernahkan perasaan itu dirasai??

Islam itu indah kalau kita buat jadi mudah...tak payah nak pening2 kepala kalau orang tu tak bertudung...tak berjubah, tak berserban ,sampai hidayah nanti..entah2 dia lebih alim dari kita yang asyik2 tak puas hati sebab orang ni tak tudung lagi,orang tu tak sembahyang lagi,orang tu macam tu...orang tu masih macam ni.Selagi kita mampu untuk membantu dia kearah kebaikan itu sudah cukup tetapi bukan dengan kekerasan.Apa yang penting hubungan kita sesama manusia antara hati ke hati dengan tidak menyakiti sesiapa pun.Antara yang penting bubungan antara manusia perlukan ini:
  1. Tolong menolong
  2. Nasihat menasihati
  3. Forgive and forget
  4. Doakan orang lain
Sesiapa pun kita di bumi Allah ini kita adalah hambanya dan apa pun kejadian manusia di dunia ini ada sebabnya.
Janganlah biarkan hati kita dikotori dengan sikap2 yang keji

Dalam Ihya' 'Ulumiddin Imam Al Ghazali;

Ada 4 sifat yang dapat mengangkat seseorang ke darjat tertinggi meskipun kurang amal dan ilmunya;
1) Sifat Penyantun
2) Rendah Hati
3) Pemurah
4) Elok budi pekerti

Tercipta keindahan budi bilamana 4 syarat ini terkendali;
1) Daya ilmu
2) Kekuatan mengendalikan amarah
3) Kekuatan mengendalikan nafsu
4) Tenaga untuk seimbangkan ketiga2 sifat tersebut

Budi pekerti baik juga mengalami kehancuran kerana pekerti manusia ada 4 jenis
1) Pekerti Syaitan
2) Pekerti haiwan
3) Pekerti binatang buas
4) Pekerti Malaikat

Ada 4 sendi2 akhlak bagi meletakkan unsur2 dalam tubuh mengikut landasan yang betul;
1) Hikmat atau kebijaksanaan
2) Keberanian
3) Kelapangan Dada
4) Keadilan

Manusia diperintahkan untuk menyingkap kegelapan kebodohan dengan cahaya fikiran.
Tidak seorang pun boleh mencapai darjat setinggi dan sempurna Nabi S.A.W. Cukuplah bila insan2 dapat mengikuti jejak2 Baginda dan memiliki keperibadian seumpama para2 isteri dan khalifah baginda.Sebab itu Nabi S.A.W. merupakan contoh yang terbaik bagi umat islam.


Sabda Nabi S.A.W.

' Sesungguhnya kamu semua tidak dapat mempergauli para manusia itu hanya dengan hartamu saja, maka pergaulilah mereka itu dengan wajah yang berseri2 serta baiknya budi pekerti'


p/s: janganlah kita abaikan hablum minannas disamping hablum minaallah


05 October 2010

pensel dan pemadam




korang penah tak jumpe pensel cmni??hakhak


pencil : you know, i'm really sorry

eraser : sorry for what?? you didnt do anything wrong!

pencil : well, every time when I make a mistake, you will be there to eraser my mistake.but, as time pass by, part of you are gone.

eraser : you see, i'm made to do this.even though i know one of these day i'll be gone, and you have to replace me with another. i'm still happy to do this job. so don't be sad! it worries me!


hepi bufday to bazz.. may ALLAH bless u ('',)

p/s: hargailah kawan-kawan kita diwaktu susah or senang sebelum ianya hilang untuk selamanya