04 October 2012

seni lompatan

last week sangat happy join vacation dengan family office ayah.PKD Kuala Selangor.even sebelum ni dah selalu pergi Pangkor, tapi trip kali ni sangat berlainan.semua benda dapat try and buat.so ini sebahagian keseronokan di sana ditonjolkan dengan pelbagai aksi lompatan! haha 


up up and up : akmal


on water with my mother


geng blogger shirt :p


siapa tinggi?ha


nice sangat lompatan ayahku


assume depan tu kolam renang


hoyeahhh!


happy family: )

p/s : free vacation taww,gambar lagi next entry! ('', )

27 September 2012

Kid's Athletic

Julung kali diadakan Karnival Prasekolah Peringkat Negeri diadakan pada 25 Sept yang lalu di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam.yess..tempat aku mengajar sekarang.apa yang paling menyeronokkan tema bagi prasekolah ialah warna kegemaran ku,so semua urusetia dapatlah baju free.he segala yang berkaitan dengan pra sekolah, iaitu murid, guru dan pembantu pra menyertai pertandingan dalam karnival ini.ahaa semua daerah-daerah dalam selangor.kuala selangor my hometown agak hebat prestasinya.even tak dapat menjuari juara keseluruhan tetapi merangkul juara dalam kategori perbarisan dan memasak bagi pembantu pra.hebat kan? hee tahniah kepada juara iaitu daerah kuala langat.untuk daerah-daerah yang lain boleh cuba tahun hadapan, namun pada hari tersebut dapat memberi saingan yang agak hebat dan meriah.


sebelum memulakan tugas 



wajah-wajah urusetia



bacaan ikrar



pertandingan memasak



pertandingan bola jaring




kostium hebat

untuk laporan lanjut layari : utusan online


p/s : credit too kak shahida untuk sebahagian gambar yg awesome : )

21 September 2012

dan disaat

dan disaat ku termimpi dirimu, aku sudah terfikir itu adalah mimpi
kerap kali mimpi itu hadir membuatkan daku terfikir tentang dirimu
mungkin ianya sekadar mimpi yang biasa-biasa sahaja
dan disaat kamu bertanya khabarku, aku menjawabnya dengan berlengah
seakan-akan aku malas untuk menjawabnya walaupun aku tertunggu
terkadang aku berfikir apakah perlu kamu tahu kesihatanku
sedangkan aku tidak lansung bertanya tentang khabar dirimu
dan disaat aku berada ditempat yang sama dengan dirimu
kamu sering sahaja tidak perasan akan kehadiranku
namun kamu selalu sering mengharapkan aku berada di tempat
yang sama dimana dirimu berada
dan disaat aku makan kau selalu harap aku makan apa yang kamu minati
sedangkan kamu sudah tahu yang citarasa kita sangat berbeza
dan disaat aku ingin memiliki sesuatu yang daku impikan 
kamu tidak mengiyakan yang itu adalah impian kamu juga
namun kamu nyatakan impian itu di laman sosialmu dan 
mungkin tidak terfikir yang aku dapat melihatnya
dan disaat ku bertanya kebenaran tentang keluargamu
kamu sering mengelak sedangkan aku sebenarnya sudah mengetahuinya
dan disaat kamu menawarkan sesuatu tentang hadiah 
aku anggap ianya hanya lakonan semata-mata darimu
dan disaat kau memuji ketinggian dan kekurusanku
kamu mengharap aku memuji dirimu juga,namun jangan haraplah

dan disaat tangkap gambar..hoyeah!

p/s :nukilan untuk menilai tahap bahasa melayu aku yg agak lemah ;p

19 September 2012

the icon is back



hasrat tahun lepas tak kesampaian,so tahun ni dapat jugak pergi autoshow vw.even kene booking awal tapi berbaloi sangat-sangat.tak macam tahun lepas open je,tak silap kat bukit jalil.wahh..nice and superb la autoshow vw tahun ni.bila kawan-kawan tanya aku, eh ada lagi tak autoshow vw ni?ahaa memang tak la.aku pun book tiket tu 4 hari sebelum tarikh kejadian.kali ni punya show vw tampilkan version baru punya kereta yang dulu-dulu tu kan.korang biasa-biasa panggil kereta kodok kan,so tukar kereta kumbang sekarang..so banyak la bunga yang minat model ni nanti termasuklah aku..eceh, impian tu..honda jazz pun kalah kot.kereta impian bertahun-tahun.hee


yang sangat menarik masa ni,ialah ada satu booth tuk shoot dalam kereta vw.gaya macam kereta tu kita punya la.kelakar tengok gelagat orang buat macam-macam gaya.siyes dalam sesi yang aku pergi tu sabtu malam ahad.8.00 - 9.30 ,malam.orang melayu boleh kira kot dengan jari apatah lagi orang yang bertudung.ada seorang tu makcik, siap pakai baju kurung lagi mybe orang penang kot sebab muka dia mamak-mamak giteww.tak pasti la mungkin ramai yang tak tahu pasal show ni.


the icon is back kira tema untuk show 2012.siap ada lagu tema agak suspen jugak.tu yang menarik tau.ok nak tengok koleksi gambar The Bettele lebih banyak lagi ----> the icon is back



boleh layan video bawah ni.

15 June 2012

Berani

cinta adalah berani.siapa setuju angkat tangan! but antara berani dan ego yang mana akan mengatasi dalam diri kamu dan kamu sekalian.sometimes sebahagian kita mempunyai keadaan HTS. standing for hubungan tanpa status, samada kawan or couple, padahal hati masing sama-sama suka and sentiasa berhubungan.masing-masing takut menyatakan kebenaran tentang hati dan perasaan mereka sesama pasangan.keliru mungkin apa yang akan terjadi selepas keberanian yang diserlahkan menyatakan cinta dan perasaannya.samada hubungan sentiasa rapat or menjadi renggang.tapi jika cinta tiada keberanian sampai bila kita akan sentiasa rasa sakit kerana masih tidak dapat menyatakan cinta kepada yang kita cintai.walaupun bukan kerana ego tetapi kerana takutnya menghadapi kegagalan untuk menerima balasan cinta daripada yang kita cintai.tak pasti ia selalu terjadi dari pihak lelaki atau perempuan.tetapi bagi hati perempuan biasanya dia akan tertarik pada lelaki yang berani menyatakan kejujuran hatinya dengan jelas.



tiada siapa yang memilih untuk kegagalan tetapi berani untuk mencuba!

p/s : pencinta-pencinta dan yang dicintai-dicintai let's go forward!